Wednesday, October 31, 2007

ada apa dengan cinta

apa yang dapat aku kongsikan kali ini agaknya?
ada satu post yang amat menarik kat website akh muhtar suhaili, iaitu post yang bertajuk "Ibadah itu CINTA"
waah. merefleksi kembali diri, rasanya masih jauh lagi perjalanan diri ini untuk mencapai tahap CINTA itu.
di dalam post tersebut, penulis saudara azree telah memaknakan CINTA itu.
CINTA
kata beliau, manusia, apabila mencintai seseorang manusia lain, pasti akan sentiasa cuba memenuhi apa yang dikehendaki oleh orang yang dicintainya itu. melakukakan sehabis baiknya untuk menggembirakan orang yang dicintai itu.
lagi, manusia, apabila mencintai seseorang itu, pasti akan sentiasa cuba mengelak atau menghindari daripada melakukan sesuatu perkara atau perbuatan yang tidak disukai oleh orang yang dicintainya itu.
ada juga manusia yang mencintai manusia sangup menggadaikan maruah diri demi manusia yang dicintainya itu.
nau'zubillah min zalik.
itulah manusia yang mencintai manusia.
manusia, apabila mencintai harta, pasti akan dipelihara dan dijaganya dengan rapi harta itu. jika ada emas berkati-kati, disimpan kukuh dalam peti besi. wang bertimbun-timbun, terjaga rapi di dalam bank. banglo mewah yang berdiri gah dan tersergam indah, ketat dikawal rapi pasukan sekuriti.
jangankan harta sebesar dan sebanyak itu, manusia apabila mencintai harta, hatta kereta kancil yang tercalar dek kecuaian orang lain (e.g: masa cuci kereta, etc.) sanggup bergaduh, meninggi suara di khalayak ramai hingga hilang maruah diri.
cinta menghilangkan maruah diri? adakah itu cinta hakiki?
ahh. kalau untuk smaller scale (e.g myself, etc), kadang-kadang terlalu berkira dalam hal-hal yang berkaitan dengan harta benda kita yang kita rasakan bernilai (taklah bernilai mana pun sebenarnya). macam, mp3 ka, laptop ka, bantal ka, kasut ka, baju ka, buku ka, komik ka, pensel tekan ka, pembaris ka, and the list goes on. haih (pinjam trademark orang. hehe. minta izin)
CINTA kepada tuhan adalah apabila mampu melakukan segala yang disuruh-Nya dengan sehabis baiknya serta meninggalkan segala yang dilarang-Nya.
CINTA kepada tuhan akan menaikkan martabat diri insan dari hina kepada mulia.
CINTA kepada tuhan mampu menjadikan insan gembira dalam duka dan lara.
kalau manusia putus cinta dengan manusia, ataupun manusia hilang harta, manusia akan merasa SENGSARA yang tiada berpenghujung sudahnya.
Kemanisan Iman
masa form 5, kita semua ada belajar, kemanisan iman hanya akan dapat dikecapi jika cinta terhadap ALLAH s.w.t dan Rasulullah mengatasi rasa cinta terhadap manusia dan dunia.
dan, betapa banyak keindahan dunia yang perlu dikorbankan demi CINTA itu.
menjadi persoalan, sejauh manakah insan yang kerdil lagi hina ini sanggup melakukan segala pengorbanan itu?
Allahuakbar.
Konklusi
kita mahu CINTA itu. mana mungkin kita tidak mahu. yup, terbit rasa seakan diri tidak layak mendapat CINTA itu. tapi, itulah kewajipan kita. berusaha sebaiknya ke arah meuju redha-Nya. lakukan sehabis baiknya segala yang termampu. insyaAllah.
Bersedialah !
dalam kehidupan ini pun, sudah menjadi lumrah, jika inginkan sesuatu yang kejayaan atau keuntungan yang besar, perlulah bersedia untuk menrima segala risikonya. mentally and physically. boleh dianalogikan, jika ingin mutiara paling berharga, perlu menyelam di lautan yang paling dalam. ataupun, jika ingin mencapai bintang (dalam zaman moden ni, dengan erti kata lain pergi ke angkasa la maksudnya), perlu sanggup terbang ke langit.
(err, dalam zaman moden ini maksudnya, e.g angkasawan kita, perlu menjalani pelbagai latihan yang amat mencabar mental dan fizikal sebelum layak untuk menajdi angkasawan. selain itu kerajaan pula perlu membelanjakan berbillion-billion ringgit bagi menjayakan misi angkasawan ini)
gagaga. apa-apa pun analogi yang digunakan, yang paling tepat adalah yang datang dari kalam Allah.
Firman Allah dalam Surah al-Ankabut ayat 2 dan 3 :

أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ "

"َلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِين

yang bermaksud :
"Do people think that once they say: We are believers, they will be left alone and will not be tested?" (2)
"And indeed We tested those who were before them, so that (with those tests) will be manifested what Allah knows concerning those who prove themselves true and will be manifested what He Knows concerning those who are lying." (3)
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (2)
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta." (3)
"众人以为他们得自由地说:“我们已信道了”而不受考验吗?" (2)
"我确已考验在他们之前的人。真主必定要知道说实话者,必定要知道说谎者。" (3)
semoga KITA semua berjaya dalam mencari CINTA itu. semoga KITA menjadi orang yang terpilih untuk mendapat CINTA itu. ameen.
Last but not least
lirik lagu dari kumpulan raihan :
Carilah cinta yang sejati
Yang ada hanyalah padaNYA
Carilah cinta yang hakiki
Yang hanya padaNYA Yang ESA
Carilah cinta yang abadi
Yang ada hanyalah padaNYA
Carilah kasih yang kekal selamanya
Yang ada hanyalah pada TUHANmu
Di dalam mencari cinta yang sejati
Banyaknya ranjau kan ditempuhi
Di dalam mendapat cinta yang hakiki
Banyaknya onak yang diredahi
Namun janjiNYA Kepada hambaNYA
Tidak pernah dimungkiri
Dan tidak pernah melupakanmu


Alhamdulillah.
Subhanaka laa 'ilmalana illa ma 'alamtana innaka antal 'alimul hakim.
Allahu'alam.

Monday, October 29, 2007

tiba-tiba

erm..sejak dua menjak ini, aku jarang berada di taylors. maksud aku semenjak AS bermula. hal ini kerana, tiada kelas lagi. tiada sesi pembelajaran lagi. cuma memunculkan diri di taylors pada hari-hari yang ada paper. itupun dalam seminggu cuma sehari dua.
konklusinya, kebanyakan masa, aku berada di kediamanku di pangsapuri ridzuan. sebab gap yang agak panjang antara each paper, sebahagian kawanku kembali ke rumah masing2. contohnya, 2 hari lepas, aku sorang2 sahaja di rumah.
erm. i dunno. sik takut ka sorang2 di rumah? entah la. honestly, aku suka duduk di rumah sorang2. maybe sebab kurang orang di rumah, lagi sunyi. maybe more privacy. ahah. pelik2.
Alhamdulillah, aku dapat overcome perasaan takut. since last year, semasa adik-adikku join silat, aku dah 'dibiasakan' tinggal sorang2 di rumah. adik-adikku ada latihan silat biasanya waktu malam lepas isyak. lokasi latihan pula di lutong. rumahku pula di kampung luak. erm. sesiapa yang pernah ke lutong dan luak, amat memahami betapa jaraknya jarak antara luak-lutong.
konklusinya, parents aku terpaksa menghantar mereka ke latihan silat dan menunggu sehingga mereka selesai berlatih silat. sik lelah pulang balit ngantar ngambik. in fact, bapaku pun join silat.
(aku dan silat? nope. sik minat and abis aher gilak. gagagaga)
p/s: kalau ada sifu kungfu..maybe la..heheh..
ehs. isk2. tersasar lagi.
owh, jadi sepanjang berada di rumah, many things occured to my mind..ini konklusinya :
tiba-tiba..
terasa nak tulis cherita pendek (cerpen)..tapi, kering idea bernas...
tiba-tiba..
terasa nak main squash..tapi, tak tahu pun bagaimana nak main + sikda raket pun..
tiba-tiba..
terasa mok tangga drama korea.. and menjadilah satu hari yang ntah apa-apa..
tiba-tiba..
teringat bubur ayam yang enak dimakan dan senang dimasak, juga sempat beli kiub ayam (masa pegi jusco sunway pyramid), potong halia, masak beras, etcetra..and lunch sorang2 pada hari ahad dengan bubur ayam ala-ala bubur ayam mcD (except sikda ayam, but ganti wif tuna dalam tin..hehe)
ahah. itulah antara 'tiba-tiba' pada hari-hari yang mendatar aku berada di rumah.. =p
Allahu'alam.

Tuesday, October 23, 2007

Monday, October 15, 2007

Raya 2007

Alhamdulillah. pagi tadi selamat sampai dari marudi ke miri dengan penerbangan yang mengambil masa lebey kurang 15 minit.
Sebelum raya
alkisah, pada jumaat yang lepas, seperti yang dijadualkan penerbangan kami ke marudi adalah pada pukul 1515hrs. walau bagaimanapun, atas kesilapan teknikal, pernerbangan pada petang itu dibatalkan!
wah! cuak! the very last day of puasa, and yet mendengar berita peng'kensel'an flight. esok raya! huhu. setelah diikhtiarkan begitu dan begini, akhirnya, dengan izin Allah jua hendak-Nya, kami selamat sampai sampai di marudi dengan menggunakan jalan darat. tetapi tidak sempat untuk berbuka puasa di marudi bersama kazen-mazen dan nenek atuk dan pakcik makcik yang lain. dan kami telah berbuka di atas bukit di tengah hutan!
sesungguhnya, kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan.
Syawal 1428H di Kpg Dagang, Marudi
raya muncul lagi. pagi raya itu memang agak kelam-kabut. semua last minute iron baju. ahah. beratur panjang kami hendak meng'iron' baju. apa tidaknya, malam sebelumnya semua sibuk menbuat kerja-kerja rumah. tv pun 'kurang' sempat untuk dijenguk. =p
yang lelaki semua bersiap-siap awal kerana perlu bergerak ke masjid (masjid baru kat kpg dagang) untuk menunaikan solat sunat aidilfitri. segak berbaju melayu. yang perempuan, agak lewat pagi itu barulah bersiap-siap dengan baju raya masing-masing.
syukur, di kesempatan raya tahun ini, hampir kesemua anak-anak dan cucu-cucu nenek dan atukku di sebelah mak pulang beraya. sudah sekian lama tidak kumpul beramai-ramai di marudi pada raya yang lepas-lepas. biasalah adat berkahwin, perlu ikut giliran. ada pula yang tidak dapat pulang kerana kekangan kerja, dan sebagainya. alhamdulillah, bole dikatakan 95% daripada kami ada di marudi tahun ini kecuali famili Pak Zam, isterinya, Mak Naz, dan kazenku yang kiut-Warith beraya di rumah keluarga mertuanya di Tekajong- sekitar Sibu.
Cut the story short
best! best! raya kat marudi. Alhamdulillah.
uhuhu. ingin sahaja aku meneruskan penaipan 'tentang raya' ini. however, masa tidak mengizinkan.
p/s: lot of pics were taken. (^_^)

Friday, October 12, 2007

30 ramadhan 1428H

Alhamdulillah. tatkala ini, aku berada di rumahku. penerbangan airasia AK5254 telah mendarat di lapangan terbang miri sekitar jam 9.40 pagi tadi.

(uhuk2. agak mengantuk rasa mata nih)

apa tidaknya, sedari malam tadi lagi aku telah menunggu di LCCT. sesampai sahaja di LCCT lewat malam tadi, aku lantas mencari kerusi untuk duduk. syukur, aku bertemu dengan sebuah kerusi untuk diduduki. kemudian aku meng'online'kan diri dengan wifi klia.

online punya online, sehingga ahernya bateri laptop telah lemah. pada ketika itu, sudah melepasi tengah malam (dan aku belum menidurkan diri, by the way, tidak mengantuk kerana dah tertidur di dalam bas ke LCCT). kemudian, aku pun mengambil keputusan untuk bangkit dari tempat duduk dan bersiar-siar (tensi gak duduk di kerusi sahaja).

ingin merehatkan diri di surau LCCT, huh, bertuah punya mangement, surau ditutup dan akan dibuka semula pada pukul 5 am. mungkin pihak mangement ada alasan tersendiri untuk berbuat demikian.

dalam LCCT, manusia bergelimpangan. (hehe. exaggerate nih). maksud aku, ramai yang tidur di tepi-tepi dinding. mungkin mereka sama seperti aku, memilih untuk bermalam di LCCT sementara menunggu flight pada awal pagi berikutnya. ada yang beralaskan kain pelikat, ada yang beralaskan surat khabar, ada yang tidak beralas, ada yang bersandar pada beg, dan banyak lagi lah. isk2.

kemudian, aku makan french fries dan bubur ayam di mcD. ketika itu sudah pukul 2 lebih kalau tidak silap. nasib baik ada meja kosong di satu sudut di luar LCCT. selepas makan, aku bercadang untuk stay sahaja di situ memandangkan bilangan kerusi yang limited di dalam LCCT. dan, ahernya, aku tertidur di meja itu. ZzZzZ. tetiba, aku dikejutkan dengan suara orang. 2 orang 'pakcik' yang membawa tray meminta izin untuk makan di situ kerana tiada meja lain lagi yang kosong.

alamak! seganlah aku nak tidur di situ. aku pun berganjak pergi. huhu. cuba mencari spot yang sesuai. jalan punya jalan, akhirnya aku singgah di kedai membeli newspaper cina-untuk dijadikan alas. dah desperado, terpaksalah dengan slumbernya duduk di atas lantai beralaskan surat khabar. dan aku telah menemui spot yang agak terpencil-di sebelah mesin atm dekat dengan kaunter chek in. di situ tiada orang. ZzZzZ. huhu. nyiluk tulang tido atas lantai yang sejok.

walaubagaimanapun, tidak berapa lama kemudian (orang sarawak kata sik jenak tido), terdengar commotion tidak jauh dari situ. rupa-rupanya, orang sudah mula berpusu-pusu beratur untuk chek in, sekitar pukul 4 lebih kalau tidak silap. dan, lagi sekali, aku terpkasa berganjak pergi.

aku pun join beratur untuk chek in. setelah chek in, barulah aku dapat masuk ke dalam ruang perlepasan. dan berehat-rehat di surau di situ. sehinggalah ke subuh. kemudian, menunggu untuk penerbangan ke miri di pintu P2.

itulah semalaman aku di LCCT. tiada lain yang mampu aku ungkapkan, selain, itulah namanya PENGALAMAN. semoganya pengalaman akan terus memberi pengajaran dan pelajaran buat diri ini.

Chemistry 32
jadi semalam, selama 2 jam aku menduduki paper itu. isk2. 2 soalan iaitu 2 bentuk eksperimen. soalan pertama tentang 'rate of reaction', kami perlu mencampurkan beberapa larutan, menggunakan starch indicator- dari colourless menjadi biru-untuk menunjukkan yang reaction telah complete. ambil masa reaction menggunakan stopwatch. penjadualan data. plot graf. huhu. bunyi macam simple. tetapi eksperimen itu telah memakan masa lebih dari sejam! sedangkan eksperimen kedua iaitu 'Qualitative analysis' belum lagi dimulakan. ergh!

eksperimen 1 itu, ada sahaja kesilapan teknikal yang berlaku. hal ini berikutan, kami perlu mencampurkan 5 reagent dengan ukuran yang berbeza-beza. alat pengukur yang disediakan 2 burette dan 2 measuring cylinder. mula-mula eksperimen dah terkonfius. dan sebagai manusia, sering sahaja buat silap dan terlupa, ada lah beberapa kali aku terlupa untuk memasukkan salah satu daripada reagent tersebut. implikasinya, beberapa kali itu aku tidak mendapat pemerhatian yang sepatutnya. ada juga tersalah ukur isipadu reagent. mistake-mistake. dan aku lihat semua orang pun begitu kerana setelah sejam berlalu, kebanyakan daripada kami masih stuck di eksperimen 1. isk2. saba jak la.

qualitative analysis pula, eksperimen untuk menentukan apakah ion yang wujud dalam 3 larutan yang disediakan. jadi, cuma perlu buat beberapa confirmation test. masa spm, pernah belajar tentang ini cuma tidak berpeluang mempraktikkannya secara amali.

contohnya, tambahkan NaOH atau NH3, lihat sama ada mendakan terbentuk atau tidak. perhati apakan perubahan warna mendakan itu. dan adakah larut dalam NaOH atau NH3 secara berlebihan. ada juga confirmation test seperti menggunakan kayu uji bernyala untuk meng'confirm'kan kehadiran gas hidrogen dengan bunyi 'pop'. ataupun kayu uji berbara yang akan menyala dengan kehadiran oksigen. dan sebagainya lagi.

dulu-dulu, masa mula-mula belajar qualitative analysis, aku tidak berapa gemar kerana tidak faham. alhamdulillah, dengan bimbingan cikgu, menjadi seronok apabila sudah memahaminya.

overall, exam semalam memang kesuntukan masa. huhu. jadual pun tak berapa nak kemas. huhu. kawan seangkatan yang lain pun mengalami permasalahan masa yang lebih kurang serupa. mudah2an, gredding diturunkan. itulah harapan kami.

okies. enough about that. lagi sekali, doakan segalanya khair buatku untuk paper seterusnya.

gtg. perlu bersiap-siap. petang nanti perlu ke airport untuk ke marudi.

lagi sekali selamat hari raya untuk semua! (^_^)

subhanaka laa 'ilmalana illa ma 'alamtana innaka antal 'alimul hakim

Wednesday, October 10, 2007

28 ramadhan

uhuk2. setelah berhari-hari aku tidak membuka blog ini, aku mendapati chatbox yang wujud dalam blog ini telah 'sot'. entah mesej dari mana dan dari siapa yang muncul dan entah ke mana perginya mesej-mesej lama dari insan-insan yang aku kenali. huhu.

okies. 28 ramadhan 1428 bersamaan 10 oktober 2007. insyaAllah, hari ini angkasawan malaysia yang pertama akan berlepas ke angkasa lepas. dr. sheikh muszaphar. semoga segalanya khair buat beliau dan semoga perbelanjaan dan persiapan negara untuk ke angkasa lepas akan mendatangkan manfaat kepada warganegara dan kerajaan malaysia hendaknya.

dan, esok, insyaAllah, aku akan menduduki kertas AS Final yang pertama, Chemistry 32 (iaitu ujian praktikal berbentuk eksperimen). doakan semoga dipermudahkan bagiku memahami dan menjawab soalan2 dengan sebaiknya. dan peperiksaan AS final ini akan berterusan sehingga 21/11/2007. bittaufik wannajah buatku dan buat sesiapa sahaja yang akan menduduki peperiksaan di mana sahaja kalian berada.

cuak!

erm, insyaAllah, aku akan kembali ke miri untuk syawal ini dengan flight pada 12/10/2007, yakni pada pagi hari jumaat ini. pada sebelah petangnya pula, flight ke marudi. dan flight kembali semula ke sini, pada hari isnin, sebelah malamnya. sekali lagi, doakan segalanya khair buatku dalam perjalanan kelak.

mungkin hari ini terlalu awal untuk aku ucapkan selamat hari raya pada kalian, jadi apabila tiba hari raya nanti, anggaplah aku sedang mengucapkan ucapan "Selamat Hari Raya dan Mohon Maaf Zahir dan Batin" buat kalian. (^_^)

okies. selamat berpuasa.

Monday, October 01, 2007

formula

Alhamdulillah, pertemuan singkat semalam dengan ukhti shi (baru graduate and dapat 1st class honour from uni. of sheffield in electronic engineering majoring in semiconductor..tabik springgg!!) yang baru dikenali memberikan sedikit sebanyak pedoman berguna daripada beliau.

seorang yang kecil cilik tetapi amat bersemangat dalam menuturkan patah-patah katanya.

mudah-mudahan kejayaannya dan rakannya lain dapat memberi inspirasi kepada diri ini dan kalian semua tentang semangat : YES, WE CAN DO IT!!

dan yang penting sekali, ada satu dua formula yang membuka mata dan hati ini :

berusahalah, belajar sesungguh-sungguhnya, sehingga kita LAYAK untuk mendapat pertolongan Allah. sentiasa ingat, KEJAYAAN adalah satu rahmat Allah dan bukanlah kerana usaha kita, bukanlah kerana kita hebat ataupun sebagainya. yang menjadi kewajipan kita ialah, BERUSAHA dan BERTAWAKAL kepada-Nya. serta menjelmakan rasa SYUKUR dengan MENTAATI perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya.

jikalau ada ketikanya kita berada dalam low self-esteem : kita boleh berehat daripada apa yang sedang kita lakukan, TETAPI bukan berehat untuk selama-lamanya. maksudnya, apabila ada masa-masa kita berasa penat dalam belajar atau kerja kita, ambillah masa untuk berehat dan mengumpul semula tenaga. dan yang paling utama, kembali BANGKIT dengan semangat dan harapan yang baru dan berkobar-kobar untuk mencapai jaya.

event + response = outcome. dalam hidup ini, kita boleh berdepan dengan pelbagai perkara (event) yang menyukakan hati kita mahupun perkara-perkara yang kita tidak suka. perkara-perkara yang kita rasa sukar. dan sebagainya. dan, most of the time, kita tidak ada kuasa untuk mengawal event yang muncul dalam hidup kita. sebagai contohnya, menghadapi seseorang yang suka marah ataupun mengahadapi subjek yang mencabar. mahu tidak mahu, nak tak nak, kita perlu menghadapinya.

WALAUBAGAIMANAPUN, dalam menentukan OUTCOME sama ada baik ataupun tidak, OK atau KO, kita masih punya peluang itu, iaitu, RESPONSE kita. merujuk contoh tadi, jika orang marah dan kita bersabar, insyaAllah, 'outcome'nya ialah keadaan menjadi terkawal. tetapi jika respon kita juga adalah marah, fikirkan apa 'outcome' yang bakal kita hadapi. contoh kedua pula, jika berhadapan dengan 'event': subjek yang mencabar, tidak semestinya 'outcome'nya akan menjadi 'fail' ataupun 'tidak dapat menjawab soalan exam'. sebabnya, kita masih ada 'response' diri kita untuk menentukan 'outcome' yang kita kehendaki (berjaya) iaitu dengan belajar/ulangkaji dengan sebaiknya. InsyaAllah.

Atas segalanya, SEMUA yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t jua hendaknya. kerana itulah, selaku seorang Muslim, penyerahan dan pergantungan kepada Allah menjadi satu elemen yang perlu diselitkan dalam resipi kejayaan.

buatlah target yang relevan dengan kemampuan diri. yang aku faham, sebagai contohnya, (erm, ambik contoh kak shi), kak shi mendapat 1st class honour, dan pada kita, itu suduh cukup membanggakan. Alhamdulillah. semalam kak shi memberitahu, kita perlu sentiasa target 'to achieve the best' (which is 1st class in this example) dan tidak semestinya 'to be the best' (maksudnya, menjadi student yang terbaik iaitu 1st class dengan markah yang paling tinggi).

kita perlu letakkan target yang tinggi untuk dicapai agar kita mampu menggerakkan motivasi diri kita. tetapi pada masa yang sama, jangan terlalu memaksa diri hendak menjadi yang PALING BAIK. contohnya lagi, target untuk dapat A1 dalam SPM, tetapi tidak semestinya PERLU mendapat markah 100% untuk menjadi atau mencapai tahap yang diklasifikasikan 'terbaik' itu...maksudnya, 86% pun terbaik, 95% pun terbaik, 100% pun terbaik-iaitu kategori A1.

alangkah baiknya jika nilaian 'terbaik' itu diukur pada tahap USAHA yang dicurahkan. bukan semata-mata pada yang 'dihasilkan/terhasil'. cuba bandingkan, orang yang kuat berusaha dan mendapat B dengan orang yang meniru tetapi mendapat A. sudah tentu yang mendapat B itu adalah LEBIH BAIK daripada yang meniru.

learn to say 'NO' erm, ini ditujukan kepada individu yang mungkin terlalu sibuk dalam kehidupan sebagai seorang pelajar kerana aktif juga dalam ko-kukurikulum, aktiviti berpersatuan, aktiviti sukarelawan, dan sebagainya. konklusinya, kita perlu mengutamakan yang utama. (hal ini, saya menyerahkan pada kalian untuk menafsirkan dan menilaikan apa yang UTAMA dan KURANG UTAMA dalam kehidupan kalian). katakan 'TIDAK' pada benda-benda atau aktiviti-aktiviti yang tidak penting atau kurang penting. (erm. mungkin bole rujuk buku FiQh al-awlawiyyat by Yusuf Qardhawi- yang aku pun belum selesai pembacaannya. huhu)

selain itu, kak shi cakap dia banyak membaca buku-buku motivasi (saya tidak ingat siapa penulisnya). katanya, penulisan-penulisan itulah yang menjadi 'success coach' beliau. TETAPI, kak shi mengingatkan, APA-APA PUN, kita sebagai MUSLIM, atas segalanya perlu menyerahkan segala usaha kita kepada Allah. PENGHARAPAN dan PERGANTUNGAN hanya semata-mata pada-Nya.

lagi dan lagi peringatan untuk diri ini.

Allahu'alam.

subhanaka laa 'ilmalana, illa ma 'alamtana, innaka antal 'alimul hakim.