Monday, October 01, 2007

formula

Alhamdulillah, pertemuan singkat semalam dengan ukhti shi (baru graduate and dapat 1st class honour from uni. of sheffield in electronic engineering majoring in semiconductor..tabik springgg!!) yang baru dikenali memberikan sedikit sebanyak pedoman berguna daripada beliau.

seorang yang kecil cilik tetapi amat bersemangat dalam menuturkan patah-patah katanya.

mudah-mudahan kejayaannya dan rakannya lain dapat memberi inspirasi kepada diri ini dan kalian semua tentang semangat : YES, WE CAN DO IT!!

dan yang penting sekali, ada satu dua formula yang membuka mata dan hati ini :

berusahalah, belajar sesungguh-sungguhnya, sehingga kita LAYAK untuk mendapat pertolongan Allah. sentiasa ingat, KEJAYAAN adalah satu rahmat Allah dan bukanlah kerana usaha kita, bukanlah kerana kita hebat ataupun sebagainya. yang menjadi kewajipan kita ialah, BERUSAHA dan BERTAWAKAL kepada-Nya. serta menjelmakan rasa SYUKUR dengan MENTAATI perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya.

jikalau ada ketikanya kita berada dalam low self-esteem : kita boleh berehat daripada apa yang sedang kita lakukan, TETAPI bukan berehat untuk selama-lamanya. maksudnya, apabila ada masa-masa kita berasa penat dalam belajar atau kerja kita, ambillah masa untuk berehat dan mengumpul semula tenaga. dan yang paling utama, kembali BANGKIT dengan semangat dan harapan yang baru dan berkobar-kobar untuk mencapai jaya.

event + response = outcome. dalam hidup ini, kita boleh berdepan dengan pelbagai perkara (event) yang menyukakan hati kita mahupun perkara-perkara yang kita tidak suka. perkara-perkara yang kita rasa sukar. dan sebagainya. dan, most of the time, kita tidak ada kuasa untuk mengawal event yang muncul dalam hidup kita. sebagai contohnya, menghadapi seseorang yang suka marah ataupun mengahadapi subjek yang mencabar. mahu tidak mahu, nak tak nak, kita perlu menghadapinya.

WALAUBAGAIMANAPUN, dalam menentukan OUTCOME sama ada baik ataupun tidak, OK atau KO, kita masih punya peluang itu, iaitu, RESPONSE kita. merujuk contoh tadi, jika orang marah dan kita bersabar, insyaAllah, 'outcome'nya ialah keadaan menjadi terkawal. tetapi jika respon kita juga adalah marah, fikirkan apa 'outcome' yang bakal kita hadapi. contoh kedua pula, jika berhadapan dengan 'event': subjek yang mencabar, tidak semestinya 'outcome'nya akan menjadi 'fail' ataupun 'tidak dapat menjawab soalan exam'. sebabnya, kita masih ada 'response' diri kita untuk menentukan 'outcome' yang kita kehendaki (berjaya) iaitu dengan belajar/ulangkaji dengan sebaiknya. InsyaAllah.

Atas segalanya, SEMUA yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t jua hendaknya. kerana itulah, selaku seorang Muslim, penyerahan dan pergantungan kepada Allah menjadi satu elemen yang perlu diselitkan dalam resipi kejayaan.

buatlah target yang relevan dengan kemampuan diri. yang aku faham, sebagai contohnya, (erm, ambik contoh kak shi), kak shi mendapat 1st class honour, dan pada kita, itu suduh cukup membanggakan. Alhamdulillah. semalam kak shi memberitahu, kita perlu sentiasa target 'to achieve the best' (which is 1st class in this example) dan tidak semestinya 'to be the best' (maksudnya, menjadi student yang terbaik iaitu 1st class dengan markah yang paling tinggi).

kita perlu letakkan target yang tinggi untuk dicapai agar kita mampu menggerakkan motivasi diri kita. tetapi pada masa yang sama, jangan terlalu memaksa diri hendak menjadi yang PALING BAIK. contohnya lagi, target untuk dapat A1 dalam SPM, tetapi tidak semestinya PERLU mendapat markah 100% untuk menjadi atau mencapai tahap yang diklasifikasikan 'terbaik' itu...maksudnya, 86% pun terbaik, 95% pun terbaik, 100% pun terbaik-iaitu kategori A1.

alangkah baiknya jika nilaian 'terbaik' itu diukur pada tahap USAHA yang dicurahkan. bukan semata-mata pada yang 'dihasilkan/terhasil'. cuba bandingkan, orang yang kuat berusaha dan mendapat B dengan orang yang meniru tetapi mendapat A. sudah tentu yang mendapat B itu adalah LEBIH BAIK daripada yang meniru.

learn to say 'NO' erm, ini ditujukan kepada individu yang mungkin terlalu sibuk dalam kehidupan sebagai seorang pelajar kerana aktif juga dalam ko-kukurikulum, aktiviti berpersatuan, aktiviti sukarelawan, dan sebagainya. konklusinya, kita perlu mengutamakan yang utama. (hal ini, saya menyerahkan pada kalian untuk menafsirkan dan menilaikan apa yang UTAMA dan KURANG UTAMA dalam kehidupan kalian). katakan 'TIDAK' pada benda-benda atau aktiviti-aktiviti yang tidak penting atau kurang penting. (erm. mungkin bole rujuk buku FiQh al-awlawiyyat by Yusuf Qardhawi- yang aku pun belum selesai pembacaannya. huhu)

selain itu, kak shi cakap dia banyak membaca buku-buku motivasi (saya tidak ingat siapa penulisnya). katanya, penulisan-penulisan itulah yang menjadi 'success coach' beliau. TETAPI, kak shi mengingatkan, APA-APA PUN, kita sebagai MUSLIM, atas segalanya perlu menyerahkan segala usaha kita kepada Allah. PENGHARAPAN dan PERGANTUNGAN hanya semata-mata pada-Nya.

lagi dan lagi peringatan untuk diri ini.

Allahu'alam.

subhanaka laa 'ilmalana, illa ma 'alamtana, innaka antal 'alimul hakim.

No comments: