Saturday, March 31, 2007

for you my friend

"...As we go on

We remember

All the times we

Had together

And as our lives change

Come Whatever

We will still be

Friends Forever..."
...

Wednesday, March 28, 2007

perjalanan yang panjang.

ini merupakan satu rekod bagi aku. masuk hari ini, telah 3 hari berturut-turut aku meng'update'kan blog ini. maksud aku, sepanjang aku berada di sini. hehe.

what a day! petang semalam, kelas tamat pada pukul 3 pm. tetapi aku meng'stay-back'kan diri di library. pertama, untuk meng'online'kan diri dan juga membuat sedikit rujukan. dan akhirnya, aku mengambil bas pada pukul 5.30 pm untuk kembali ke rumahku. dalam perjalanan itu, aku meminta pakcik bas menurunkan aku di kedai makan berdekatan dengan rumahku. setelah selesai pembelian, aku perlu berjalan beberapa puluh or ratus meter(brapa owh?..erm.. ) untuk ke rumahku.

dan sesampainya aku di tingkat bawah pangsapuri, aku dapat lihat kepulan2 asap. err..bukan kebakaran. hehe. cuma ada insan yang sedang menjalankan penyemburan gas sebagai langkah pencegahan denggi. (aktiviti ini agak kerap dilakukan di sini jika dibandingkan di miri, mungkin sebab kes denggi di sini lebih tinggi). argh. dengan bau kepulan asap itu yang begitu menyengatkan hidung. aku teruskan perjalanan menuju ke lif. guess what? aku diberitahu rakanku yang lif rosak! dan kami perlu berjalan menggunanakan tangga. sehingga ke tingkat 20.

waaa...dengan beg yang agak sarat. dengan buku yang dikendong dan bungkusan makanan yang dijinjing di tangan. aku gagahkan kaki untuk melangkah dengan jayanya. fuhh! kami berhenti sebentar di tingkat 10. dan perjalanan diteruskan. entah berapa newton-meter kerja yang terpaksa dilakukan. akhirnya, kami menapak di tingkat 20. masuk ke rumah dengan 1001 kepenatan.

malam itu, agak penat. nasib baik aku tidak mengalami kekejangan otot kaki. at least for now. kerana sudah lama aku tidak menjalani aktiviti lasak seperti berjogging apatah lagi bersukan cergas.

mungkin inilah yang dinamakan kehidupan. tiada kehidupan tanpa pengalaman dan pengajaran.

mungkin.

Tuesday, March 27, 2007

oh, baru teringat!

salam!

sebentar tadi, aku baru sahaja meng'scroll-down'kan myfikrah.blogspot.com ini.

dan aku terlihat pernyataan aku pada salah satu post yang lalu, di mana aku menyatakan aku 'mungkin' tidak dapat kembali ke miri pada cuti pertengahan semester ini.

tatkala ini, adalah minggu terakhir dalam bulan mac. menurut jadual, cuti mid semester akan bermula pada minggu kedua april. 2 minggu.

insyaAllah, aku akan kembali ke miri. yeah! hehe. pada mulanya, rancangan asal (atas nasihat parents), aku tidak pulang pada cuti april. ALHAMDULILLAH, pada petang 12 mac yang lalu, ibuku menelefon dan memberitahu yang tiket ke miri sudah di'book' untuk cuti tersebut. hadiah spm la kiranya. hehe. tenkiu!

so. hope to see u there!

Monday, March 26, 2007

hari-hari yang berlalu..

erm. aku baru sahaja selesai sesi pembelajaran pada sebelum 4pm tadi. di kala ini berada di the web. ala-ala cyber cafe di sini.
menceritakan pengalaman terbaru aku. pada hari selasa yang telah lalu, beberapa rakanku yang sama-sama budak2 petronas, telah dipanggil oleh pihak pejabat. dalam hatiku tertanya-tanya? kenapa agaknya mereka dipanggil. kemudian, mereka pun kembali membawa berita bahawa pihak pengurusan memerlukan kerjasama mereka untuk membuat persembahan bagi satu delegasi yang akan melawat TUC ini. sebuah persembahan kebudayaan. tarian tradisional melayu. saat itu, aku merasakan begitu lega kerana tidak terpanggil. aku sempat lagi mengusik kawan2ku, sambil tersenyum-senyum kambing. petang itu, mereka yang telah dipanggil perlu menghadiri satu perjumpaan. guess what? persembahan perlu dibuat pada petang jumaat!! dan hanya ada 2 hari untuk berlatih.
pada malam itu, padan muka aku. rakan-rakanku mengkhabarkan yang semua scholar petronas dikhendaki terlibat untuk persembahan itu. boys and girls. tiada pengecualian. kecuali 2 orang lelaki yang agak bernasib baik, dikecualikan kerana bilangan scholar lelaki lebih daripada perempuan. tambahan lagi, kata mereka, penyertaan kami penting untuk testimonial. ergh. sudah semestinya aku amat-amat tidak berpuas hati. (ya la..last minute call..last minute preparation..dan aku amat tidak berminat untuk menyertainya..). dan dipendekkan cerita, kami sebulat suara bersetuju untuk menyertainya.
petang rabu, kami pergi ke sesi latihan yang pertama. seorang pekerja di TUC yang melatih kami. again, guess what? kami perlu menari tarian tradisional, berlatarkan lagu 'joget pahang' by P.Ramlee. ergh. hakikatnya, aku amatlah kaku. keras. dalam menari. kalau main muzik (kompang, etc) bolehla. hakikatnya, bermain badminton menjadi lebih mudah jika dibandingkan untuk menari. ya, aku pernah mengikuti boria semasa di sekolah rendah, tapi semata-mata sebagai pemalu kompang. dan nasyid. tiada aktiviti yang aku sertai itu melibatkan tarian. apatah lagi tarian tradisional!!
hari khamis, selepas selesai kelas pada petang itu, kami berlatih lagi. mungkin hari itu agak lebih baik dari semalam. erm, simple-simple steps sahaja. jadi kami tidak mengalami begitu kesukaran untuk menguasainya. oh ya, malamnya, badan memang terasa penatnya. nampak mudah dilakukan, tetapi memerlukan banyak tenaga. obviously, tarian melibatkan banyak pergerakan.
akhirnya, jumaat pun tiba. kelas selesai pada pukul 1 petang. tetapi aku dan rakan-rakan terpaksa stay back sehingga lewat petang kerana majlis bermula sekitar jam 5 petang. oh ya, persembahan kebudayaan tersebut turut melibatkan pelajar dari cambodia dan nigeria. masing-masing mempamerkan tarian tradisional mereka. bukanlah ada acara besar, tetapi persembahan kebudayaan itu sekadar sebagai satu ucapan selamat datang kepada delegasi tersebut. sebelum pukul 6 kami telah selesai.
implikasinya, pada hari jumaat itu, aku terpaksa mengorbankan rutin mingguanku, iaitu pulang ke rumah makcik. memandangkan kami selesai agak lewat petang. akhirnya, buat pertama kali selama aku di sini(rasanya la..), aku tidur di rumahku pada hari jumaat itu.
acara pada petang itu bermula dengan ketibaan para delegasi. mereka tiba sekitar jam 5 lebih pm. kemudian acara dimulakan dengan persembahan tarian cambodia, diikuti dengan tarian nigeria. unik. akhir sekali, tibalah giliran kami. tarian tradisional melayu. mungkin kerana kumpulan kami yang ramai, aku tidak bgitue neves. tambahan aku bukan di bahagian hadapan sekali. sekadar di barisan kedua. muzik dimulakan. "melenggang hai melenggang hai tari lenggang..lalalala.."
semuanya nampak baik. tiada kecelaruan langkah, etc. seketika kemudian, para delegasi dijemput untuk menyertai kami. fuhh. kesannya, tidak semua steps yang dieplajari perlu ditarikan. kerana kemasukan mereka yang semestinya akan membataskan pergerakan kami. dan muzik dimainkan 2 round. kerja kami menjadi lebih mudah. cuma, terasa lah juga kerana terdetik dalam diriku "..huhu..lelah-lelah jak praktis..". hehe.
[haha..persembahan kami jika hendak dibandingkan dengan penari amatur apatah lagi profesional, memang tidaklah sebagus mana. tetapi, para delegasi itu, mungkin tidak mampu untuk menilai kerana itu bukanlah kebudayaan mereka..tapi kalau letak pengkritik AF, besar kebarangkalian persembahan kami akan dikritik hebat..hehe]
tapi melihat keriangan yang dipamerkan para delegasi itu, melihat dan menyertai tarian tradisional kita, aku turut tersenyum. senyuman yang bukan dipaksa. sedangkan apa yang aku rasakan sebelum itu agak tensi. mungkin inilah budaya kita yang perlu dipelihara. asalkan dihadkan pada batas-batas yang sepatutnya.
bak kata lirik lagu daripada kumpulan Raihan :
"berhibur
tiada salahnya
kerana hiburan itu indah
hanya pabila salah memilihnya
membuat kita jadi bersalah
di sini kita berkumpul bersama
menyanyikan lagu
yang suci indah
alunan pujian kepada Allah
alunan suara kepada rasul
hiburkan hati yang masih gelisah
ubati hati yang terluka
ikat kembali persahabatan
dengan iman dan kasih sayang"
selesai sahaja tarian, kami diarahkan untuk mengiringi para delegasi ke bilik mesyuarat. di kesempatan itu, aku sempat berbual-bual dengan 2 daripada mereka. bertanya dari mana datangnya mereka, berapa lama berada di sini. sekadar berbasa-basi. budi bahasa kan budaya kita! hehe.
selepas itu, aku ingatkan kami sudah dibenarkan pulang. tetapi kami diminta untuk tunggu sebentar. pizza akan sampai sebentar lagi. wah! syukur! dan di kala itu, kami menikmati pizza beramai-ramai. aku turut merefleksi diri.
at the end of the day, i found out that this tarian thingy is not
as bad as i thought. one thing for sure i've learnt quite a new things. new experiences. besides, getting closer with my friends. got to know the other scholars which i've never talked to them before (except the girls la..apparently, because we are staying in the same house.. hehe). at least i felt happy and i think it also somewhat reduced my stress for the week (with those topical test for physics and maths, etc)
later that night, kakak yang melatih kami sponsor dinner. hehe. di 'longkang'.( if i'm not mistaken, i've mentioned about this 'longkang' earlier on..erm, kalau belum, FYI, 'longkang' itu adalah gelaran oleh senior2 merujuk kepada kawasan gerai makan.err..bukanlah bermakna memberi imej yang tidak indah kepada gerai2 makan tersebut. setiap tempat makan atau restoran pun ada longkang. hehe. itu hanyalah sekadar 'penggunaan bahasa') walaupun agak kenyang setelah menikamati domino's pizza, kami tetap mengorder juga. hehe. sekadar meraikan. lagipun orang belanja. :P
erm, keesokannya, hari sabtu, sebahagian daripada rakan serumahku pergi ke one utama. kecuali aku dan seorang lagi. aku tidak terasa untuk meng'join'kan diri. pagi itu, aku cuma mampu menyiapkan secebis homework. dan akhirnya, setelah kepenatan akibat keboringan dan mengantuk di pagi sabtu (erk! plan asal ingatkan hendak revisi..hehe), aku menghubungi makcikku kalau-kalau dia free pada hari itu. petang itu dia menjemputku. menelusuri lebuh raya dan menuju ke klcc. dan pada malam sabtu, aku bermalam di rumahnya dan kembali semula ke rumahku pada hari ahadnya pula.
begitulah sejenak daripada hari-hariku yang berlalu.