Friday, June 29, 2007

berkobar-kobar

erm. result semester 1 telah dikeluarkan. aku dapati secara online (woh! canggih woo..! hehe, dulu2 kena tunggu 2-3 minggu lepas cuti barulah kita dapat full result)

erm. alhamdulillah, dengan izin-Nya jua, aku mampu mendapatkan gred minima untuk melayakkan diri mendapat loan komputer. walau bagaimanapun, hakikatnya, itu tidaklah sebaik mana. SEKADAR itu. sekadar. aku berhubung dengan seorang dua rakan se'scholar', dan keputusan mereka agak memberansangkan berbanding dengan diriku ini. syukur, alhamdulilah atas pencapaian mereka.

melihat betapa khilaf diri ini, tatkala inilah 'sejenak' yang mampu membuat aku terpaku. where do i stand? where should i stand? di mana aku sekarang? dan di mana sepatutnya tempat aku berada? refleksi.

kadang-kadang, aku punya semangat yang begitu membara. kalian juga begitu. tetapi, adakah kalian bersetuju, ada ketikanya, motivasi itu runtuh bak tersembamnya menara WTC di amerika ke tanah pada 11 september 2001. adakalanya. bukan sentiasa. aku rasa itu lumrah. TETAPI, menghadapi sesuatu yang menjadi lumrah tidak menjadikan ianya patut bagi kita untuk menyerah. tidak sesekali.

aku rindu. mungkin. rindu dengan kata-kata, walaupun hanya sepatah dua, tapi mampu membuat mataku terbuka, jiwa meronta-ronta, untuk meneruskan langkah dengan gagahnya. tepat menuju ke destinasi yang dicita. kalian semestinya pernah merasai kobaran semangat itu bukan? malahan, melalui bait-bait lagu pembangun jiwa juga mampu membangkitkan kembali semangat itu. mungkin, ada yang mengambil enteng perkara seperti itu. kata-kata, emel, sms, hatta sentuhan lembut di bahu mahupun genggaman erat di tangan mampu menaikkan nafsu untuk mencapai kejayaan yang dicitakan BERSAMA. ya, BERSAMA. fiddunya wal akhirah. kejayaan sebagai seorang individu itu tiada maknanya, kerana kalau diikutkan hati sendiri sahaja, mungkin tiada siapa yang ingin berjaya.

maksud aku, ada ketikanya, soalan seperti "kenapa aku perlu berjaya?" dan "untuk siapa aku perlu berjaya?" sering mengasak-asak kotak mindaku yang tidak begitu luas ini. di saat itu, aku mencari-cari suara-suara, kata-kata, nota-nota, mahupun sentuhan yang membangunkan jiwa yang pernah aku dengar dan rasa di belakang kehidupanku yang telah berlalu. aku lihat sekeliling. aku terlalu jauh dari semua itu. semua itu yang pernah menyedarkan aku, 'siapa aku?'. juga pernah menyedarkan aku, kewujudanku dan kita semua di atas muka bumi ini, bukanlah suatu yang sia-sia. juga pernah menyedarkan aku, kita perlu BERUSAHA untuk berjaya sebagai satu APRESIASI atas nikmat kurniaan-NYA. andai aku berpeluang merakam semua unsur pembangun jiwa itu, pasti aku rewind2kan sentiasa. hehe. sekali lagi, Alhamdulillah, atas kehidupan yang telah dilalui serta insan-insan yang telah aku kenali di sepanjang perjalanan ini.

konklusinya, terlalu banyak kelemahan diri ini yang perlu diperbaiki. terlalu banyaknya. terlalu banyak lagi yang perlu aku pelajari dan kenali. aku juga perlukan peringatan mahupun nasihat-nasihat yang berguna. kerana, aku dan kita semua, manusia yang leka dan alpa. leka dan alpa, bukanlah itu dijadikan alasan, cuma membangkitkan kesedaran bahawa manusia itu tidak dapat hidup dengan sendirinya.

dan, perjalanan ini masih jauh lagi. kewajipan dan tanggungjawab semasa dan yang sedang menanti di kemudian hari, perlukan persiapan selengkapnya daripada diri ini dan kelompok ini. kelompok KITA ini.

"kalau bukan kita, siapa?"
"kalau bukan sekarang, bila?"

lagi dan lagi, peringatan buat diri ini.

mudahan kita semua sentiasa mendapat hidayah-Nya dalam memilih arah perjalanan dalam hidup kita. ameen.

wallahu'alam.

Wednesday, June 27, 2007

i'm lost

argh. i don't know where to start. what to look for. where to go.

err..i have to do some essays for LAN subjects. it's a group project. that needed to be passed up to the lecturer next tuesday.

and today..is wednesday.

:(

ya Rabbi, terangilah hatiku. ilhamkan kepadaku idea2 yang bernas.

innocent until proven guilty? ergh. so much guilt for me to feel. from day to day.

Wednesday, June 20, 2007

adakah kau lupa?

jom ! menikmati klip video ini buat seketika.

hehe. aku menyedari, kebelakangan ini, atmosfera di ruangan ini agak tensi. dan aku juga. hehe.

mari kita ramai-ramai tarik nafas, hembuskan. dan tarik semula nafas dengan azam dan kekuatan yang baru ! :o)

(erm. there's a lot to load, but it's worth the wait..hehe, konpem!)





p/s : terkenang zaman-zaman kem A 2006, zaman tekun-cekal, zaman PPIK 05-06, zaman di mana kobaran semangat membara antara kita semua.. ;o)

zodiak?


Mempercayai Ramalan Bintang

Dari Zaid bin Khalid, katanya: “ Kami bersembahyang subuh dengan Rasulullah s.a.w di Hudaibaiah, sedangkan pada malamnya hujan turun. Setelah selesai, beliau menghadapkan mukanya kepada orang banyak seraya berkata: Tahukah anda apa yang telah dikatakan Allah?” Jawab mereka itu: “Allah dan Rasul-Nya yang mengetahui.” Kata Rasulullah s.a.w.: “Allah telah berkata: “Pada pagi ini ada di antara hamba-hamba-Ku yang percaya kepada-Ku dan ada pula yang ingkar; adapun yang menyatakan: “ Kita telah didatangkan hujan dari kurniaan Allah dan rahmat-Nya, maka orang itulah yang beriman kepada-Ku dan ingkar kepada bintang-bintang; adapun yang berkata, kita telah dituruni hujan sebab bintang Anu dan bintang Anu, maka orang itulah yang ingkar kepada-Ku dan percaya kepada bintang-bintang.”
riwayat Muslim.
Bintang adalah salah satu daripada ciptaan Allah SWT yang berfungsi sebagai penunjuk arah bagi pelaut dan nelayan selain sebagai penghias cakerawala. Justeru adalah satu pemikiran yang sesat apabila ada orang yang beranggapan bahawa bintang-bintang tersebut mempunyai kuasa yang mampu mempengaruhi nasib dan perjalanan hidup manusia sebagaimana yang menjadi bahan kepercayaan muda mudi sekarang terhadap bintang Capricon, Aquarius, Pisces, Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio dan Sagittarius. Sebagai umat Islam kita dilarang mempelajari hal yang bersifat tekaan untuk meramal nasib manusia bahkan ia merupakan suatu perbuatan syirik dan berunsur jahiliyah serta termasuk dalam kategori sihir dan mendustakan takdir sedangkan mereka yang mendustakan takdir jelas termasuk di dalam golongan musyrik.

sejenak

sentiasa. sentiasa ada sejenak dalam kehidupanku yang membuatkan aku terhenti seketika. seolah-olah seluruh jasad dan minda terpaku. lidah menjadi kelu. kehilangan kata. kadang-kadang sejenak itu, mampu mebuatkan jasadku berada dalam vibrasi yang mampu mengeraskan perasaan dan jiwa.

aneh. apabila ruang mata dibuka seluasnya, baru aku sedar setiap sudut dunia ini berbeza. tapi alangkah malangnya, kebanyakan masa, mataku tidak terbuka. aku yang alpa.

aneh. di satu sudut dunia, aku rasa aku sebahagian dari mereka. dan di sudut dunia yang lainnya, aku entah siapa-siapa sahaja. mungkin tidaklah sekronik "umpama melukut di tepi gantang". syukur, kehadiranku masih dirasa.

aneh. apabila kata dan bicara mengabui fakta dan hakikat sebenarnya. siapa yang menipu siapa?

apa yang dikejar?

mengapa itu perlu diungkapkan? semua kata-kata itu. dan aku bertanya yang sama pada diri ini. adakah aku terlepas pandang pada batas-batasnya? adakah aku terlalu sembil lewa?mungkin kerana aku ini sering saja alpa.

mungkin aku terlalu leka. sehingga terlupa. bumi yang dipijak seringkali, ada kalanya seolah tak terasa.

petunjuk-Nya, mudahan dikurnia.

wallahu'alam.

Saturday, June 16, 2007

ketika ini

salam alaikum !

alhamdulillah. telah selamat mendarat di lapangan terbang miri lebih kurang pukul 9.25 p.m tadi.

fuhh. agak penat hari ini. apa tidaknya, sepagi tadi keluar ke bandaraya kuala lumpur. almaklum lah, hari ini tiada kelas lagi kerana telah selesai exam semalam. seawal pagi, aku membangunkan diri, melakukan rutin harianku. agenda diteruskan dengan mengemas pakaian serta katil. malam semalam, aku ke CC sehingga 11 lebih p.m, melayarkan diri di msn messenger, berdiskusi dengan rakan-rakanku yang berada di miri. hehe. sekembalinya sahaja dari CC, aku sudahpun agak mengantuk, tetapi kusempatkan juga diri untuk mengemaskan fail2 dan kertas2 yang tidak tersusun. kemudian, zZzZz...

sempat juga menyempatkan diri singgah ke klcc, borders-berjaya times square, lunch di kedai nasi ayam hainan di bukit bintang. emm. sedap! hehe.

sekitar pukul 4, pak cik ku menjemput aku di rumah. kami menelusuri lebuh raya dan menuju ke LccT. finally, up,up, and away !

alhamdulillah, kini di depan pc menaip cebisan ayat-ayat ini.

:o)

Thursday, June 14, 2007

untuk seketika

cuti semester 1 bermula.

:o)

Friday, June 08, 2007

semester ini

salam!

hari ini jumaat. baru sahaja selesai kelas yang terakhir untuk semester ini pada pukul 1 tadi. dan, berakhirnya sesi semester 1 ini, maka menjelanglah musim peperiksaan semester 1. insyaAllah, bermula isnin ini, aku dan pelajar2 lain, akan menduduki peperiksaan semester 1. mudah-mudahan dipermudahkan dalam menghadapi soalan2 dan kenangkanlah daku dalam doa kalian. ;P

seperti yang mungkin kalian sedari, UTP telahpun mula bercuti. rakan-rakan seperjuangan dari miri dahulu kebanyakannya sudah meninggalkan utp. ada yang telah selamat sampai di miri. ada yang singgah sebentar di kuala lumpur untuk shopping, bersiar-siar, dan sebagainya. dan aku, insyaAllah akan kembali jua ke miri selepas selesainya peperiksaan semester 1 ini kelak untuk bertemu dengan cuti semester 1.

oh ya, walaupun tiada kebarangkalian untuk ucapan ini dibaca oleh PM yang disegani, aku ingin mengucapkan tahniah atas perkahwinan beliau yang bakal berlangsung esok. mudah-mudahan Pak Lah dan keluarga akan mendapat keberkatan dan mudah-mudahan Malaysia akan terus maju di bawah pimpinan beliau. amin.

erm. aku ada satu lagu yang aku gubah dari lagu "mr. lonely" by akon :

sunyi..
aku di sini..
terasa sepi..
seorang diri..

hehe. kadang-kadang itulah yang aku rasakan. kadang-kadang. pernahkah kalian mendengar istilah "self-fulfilling prophecy" ? erm. kalau aku tidak silap memahamkan, istilah tersebut bermaksud, jika kita menjangkakan sesuatu perkara itu untuk berlaku, perkara itu akan jua berlaku. (err..dari segi psikologi maksud aku. bukan berkenaan 'ramalan tukang tilik'. hehe)

sebagai contoh, inflasi (ataupun yang bemaksud, kenaikan harga secara persisten dalam satu tempoh masa). jika seorang ekonomis meramal akan berlakunya inflasi, maka kita sebagai pengguna akan bertindak terhadap ramalan itu (reaction). jika kita mengetahui harga sesuatu barang(sebagai contoh: gula) akan naik pada masa akan datang, sudah semestinya kita akan membeli banyak gula pada masa ini. untuk membuat stock-up. apabila ramai pengguna membeli gula pada masa ini, permintaan untuk gula akan melebihi bekalan untuk gula (demand exceeds supply / excess demand). maka, bekalan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pengguna. maka, terpaksalah harga gula dinaikkan agar pengguna mengurangkan permintaan terhadap gula. erm. setakat ini, adakah kalian melihat konsep istilah "self-fulfilling prophecy" ini?

(dengan erti kata lain, mun kita DENGAR harga mok nait, n kita PERCAYA harga akan nait, kita akan bli banyak2 kinek tok. implikasinya, bila dah orang ramei2 bli banyak2, barang ya jadi sik cukup kat pasaran n harga pun BENAR-BENAR nait). hehe.

see, it is a self-fulfilling prophecy right?

apa kaitan? hehe. sejak kecil, especially semasa musim-musim peperiksaan (UPSR,PMR,SPM), di kem-kem motivasi, seringkali diungkapkan kepada kita, if we SAY we can do it, we BELIEVE that we can do it, insyaAllah, we can ACTUALLY do it. why? kerana, apabila kita telah PERCAYA, mekanisme badan dan pemikiran kita akan memberi REACTION ke arah mencapai atau merealisasikan apa yang kita PERCAYA. tanpa kita sedari. dipendekkan cerita, semua ini kerja 'sub-conscious mind' , (dengan izin Allah jua lah hendaknya). dan begitulah sebaliknya, if we SAY we can do it, but we DON'T BELIEVE in it, don't be surprise if we ACTUALLY CAN'T do it. but surely be surprise if we can do it.

apa kaitan lagi? bukan dari segi perjuangan dalam pelajaran ataupun kerjaya sahaja konsep ini boleh dikaitkan. tetapi, yang tidak patut diabaikan, dalam hubungan sesama manusia. hablu minannas.

CONTOH, sebagai contoh, jikalau kita mengatakan kepada diri kita bahawa orang tidak suka kepada kita dan kita PERCAYA yang orang tidak suka kepada kita, maka, implikasinya, mentaliti kita akan memberi REACTION terhadap kepercayaan kita itu. mungkin, kita akan menjauhkan diri dari orang itu, sedangkan HAKIKATNYA orang itu tidak pun seperti yang kita fikirkan. jadi apa yang berlaku seterusnya? orang itu mungkin akan merasa perubahan pada diri kita, dan mungkin menganggap kita pula yang tidak suka kepada mereka. akhirnya, perkara yang yang kita PERCAYA pada awalnya (iaitu orang tidak suka kepada kita dan sentiasa menjauhkan diri daripada kita) akan benar-benar berlaku pada akhirnya. (tapi HAKIKATNYA tidak begitu, bukan?)

mungkin benar, kita adalah apa yang kita fikirkan.

apa kaitannya lagi dan lagi ? aku menaipkan ini secara general. secara umum. aku akui, KADANG-KADANG aku juga terpedaya dengan kerisauan dan kebimbangan yang membinasakan. fuhh. mentaliti boleh memanipulasi. konklusinya, jika kita berfikiran POSITIF, insyaAllah, positiflah hasilnya. dalam apa jua situasi kehidupan sekalipun. pelajaran, kerjaya, perhubungan, dan sebagainya.

lagi satu lagu popular yang memberi refleksi tentang mentaliti dan reaksi (reaction) :

" jika kau FIKIRKAN kau boleh,
kau hampir boleh melakukan,
jika kau FIKIRKAN ragu-ragu,
usahamu tidak menentu

jika kau FIKIRKAN kekalahan,
kau hampiri kegagalan,
jika kau FIKIRKAN kemenangan,
kau hampiri KEJAYAAN

engkaulah apa kau FIKIRKAN,
terkandung dalam PEMIKIRAN,
berfikir boleh melakukan,
kau BOLEH

PERCAYA apa kau lakukan
tabah apa USAHAKAN,
BERTINDAK atas kemapuan,
kau BOLEH !
kau BOLEH ! "

lama sudah tidak mendengar lagu ini. aku tidak pasti sama ada susunan lagu yang aku taip ini betul mengikut susunan atau tidak. jika berlaku ralat, harap dimaafkan. hehe.

akhir kata, peringatan lagi untuk diri ini, bak kata bijak pandai,

" Usahlah bimbang jika kita tidak dihargai, tetapi kita
perlu bimbang jika kita tidak berharga lagi"

what we can GIVE is far more important that what we can GET from what we give.

wallahu'alam.

:o)