erm. result semester 1 telah dikeluarkan. aku dapati secara online (woh! canggih woo..! hehe, dulu2 kena tunggu 2-3 minggu lepas cuti barulah kita dapat full result)
erm. alhamdulillah, dengan izin-Nya jua, aku mampu mendapatkan gred minima untuk melayakkan diri mendapat loan komputer. walau bagaimanapun, hakikatnya, itu tidaklah sebaik mana. SEKADAR itu. sekadar. aku berhubung dengan seorang dua rakan se'scholar', dan keputusan mereka agak memberansangkan berbanding dengan diriku ini. syukur, alhamdulilah atas pencapaian mereka.
melihat betapa khilaf diri ini, tatkala inilah 'sejenak' yang mampu membuat aku terpaku. where do i stand? where should i stand? di mana aku sekarang? dan di mana sepatutnya tempat aku berada? refleksi.
kadang-kadang, aku punya semangat yang begitu membara. kalian juga begitu. tetapi, adakah kalian bersetuju, ada ketikanya, motivasi itu runtuh bak tersembamnya menara WTC di amerika ke tanah pada 11 september 2001. adakalanya. bukan sentiasa. aku rasa itu lumrah. TETAPI, menghadapi sesuatu yang menjadi lumrah tidak menjadikan ianya patut bagi kita untuk menyerah. tidak sesekali.
aku rindu. mungkin. rindu dengan kata-kata, walaupun hanya sepatah dua, tapi mampu membuat mataku terbuka, jiwa meronta-ronta, untuk meneruskan langkah dengan gagahnya. tepat menuju ke destinasi yang dicita. kalian semestinya pernah merasai kobaran semangat itu bukan? malahan, melalui bait-bait lagu pembangun jiwa juga mampu membangkitkan kembali semangat itu. mungkin, ada yang mengambil enteng perkara seperti itu. kata-kata, emel, sms, hatta sentuhan lembut di bahu mahupun genggaman erat di tangan mampu menaikkan nafsu untuk mencapai kejayaan yang dicitakan BERSAMA. ya, BERSAMA. fiddunya wal akhirah. kejayaan sebagai seorang individu itu tiada maknanya, kerana kalau diikutkan hati sendiri sahaja, mungkin tiada siapa yang ingin berjaya.
maksud aku, ada ketikanya, soalan seperti "kenapa aku perlu berjaya?" dan "untuk siapa aku perlu berjaya?" sering mengasak-asak kotak mindaku yang tidak begitu luas ini. di saat itu, aku mencari-cari suara-suara, kata-kata, nota-nota, mahupun sentuhan yang membangunkan jiwa yang pernah aku dengar dan rasa di belakang kehidupanku yang telah berlalu. aku lihat sekeliling. aku terlalu jauh dari semua itu. semua itu yang pernah menyedarkan aku, 'siapa aku?'. juga pernah menyedarkan aku, kewujudanku dan kita semua di atas muka bumi ini, bukanlah suatu yang sia-sia. juga pernah menyedarkan aku, kita perlu BERUSAHA untuk berjaya sebagai satu APRESIASI atas nikmat kurniaan-NYA. andai aku berpeluang merakam semua unsur pembangun jiwa itu, pasti aku rewind2kan sentiasa. hehe. sekali lagi, Alhamdulillah, atas kehidupan yang telah dilalui serta insan-insan yang telah aku kenali di sepanjang perjalanan ini.
konklusinya, terlalu banyak kelemahan diri ini yang perlu diperbaiki. terlalu banyaknya. terlalu banyak lagi yang perlu aku pelajari dan kenali. aku juga perlukan peringatan mahupun nasihat-nasihat yang berguna. kerana, aku dan kita semua, manusia yang leka dan alpa. leka dan alpa, bukanlah itu dijadikan alasan, cuma membangkitkan kesedaran bahawa manusia itu tidak dapat hidup dengan sendirinya.
dan, perjalanan ini masih jauh lagi. kewajipan dan tanggungjawab semasa dan yang sedang menanti di kemudian hari, perlukan persiapan selengkapnya daripada diri ini dan kelompok ini. kelompok KITA ini.
"kalau bukan kita, siapa?"
"kalau bukan sekarang, bila?"
lagi dan lagi, peringatan buat diri ini.
mudahan kita semua sentiasa mendapat hidayah-Nya dalam memilih arah perjalanan dalam hidup kita. ameen.
wallahu'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment