Sunday, December 31, 2006

refleksi 2006

pejam celik. pejam celik. setahun dah berlalu. [ayat klise ni. hehe]
erm. terlalu banyak peristiwa dan pengalaman yang aku lalui tahun ini. err..setahun kan ada 365 hari?
refleksi. kalau nak buat refleksi 2006 ini, rasanya banyak berkisar tentang skolah dan kawan dan guru. fuhh. ya la. most of the time in dis past years i was in skool. ( bonus hours for ktdthb students. skool starts at 7 am until 2.10pm ). hehe. talking about skool, i got one word to describe - (no la. kalu nak describe pasal skolah ni memang banyak words kena guna. hehe )- tired. bukan mengadu. tapi, memang tired. fizikal dan mental.
[ a pure sarawakian will begin the story..]
erm. 2006. sekolah. kolej tun datu tuanku haji bujang. 5 cekal.
rasa cam budak gaok jak dis year. gaok. bukan jaik. hehe. gaok sikit jak. sik ingat la bila bermula. tapi ya la- (kira macam titik tolak) -jadi hiper aktif kat kelas. (err..ngan kawan2 rapat jak la.)
Pencapaian of the year :
1. menubuhkan kempen 'anti katikan' (ergh. berpaling tadah last2.)
2. mengatik orang (mencapai tahap akhir intermediate dalam skil mengatik. berjaya mengatik dengan berkesan. tp kdg2, terkandas)
3. kena katik (fuhh. lelah suruh org berenti ngatik. mcm2 strategi diguna. err..maseh kena katik)
4. bersama ngan geng2 lain. berjaya mencipta loyer buruk yg high quality. hehe. ada jak kesempatan, grenti bloyer buruk. ambik kerusi, susun, wat la bulatan yang sik bulat. lokasi: depan pintu belakang kelas. hehe.
macam2 gik..
pengalaman yang indah. you wouldnt believe me if i said, in the first place, i dun want to be in ktdthb. well, some of my close friends realised about that. rite?
haha. it was long time ago. but now, im very grateful being part of ktdthb. walaupun baru 2 tahun jak kat ktdthb, banyak benda yang kmk blaja. dari cgu2. dari kawan2. memang mula2 masuk ktdthb, rasa macam mok pindah balit skolah lamak jak. hehe. depressed gik ya!
pengajaran penting : kita memang xtauk apa yang terbaik untuk kita, melainkan apa yang dikehendaki-Nya.
"..Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.."- 1:216 -
tima kasih kat cgu2. yang byk beri peluang untuk blaja, buat n cuba macam2 perkara. untuk pengalaman n pengajaran diri. budimu yang tak terbeli. syukran.
kawan2. tima kasih juak. slalu sokong dari belakang. kalau kadang2, ada perwatakan diri tok yang sukar diramalkan, minta maaf. kalau2, menyinggung perasaan. kalau lidah tok mudah jak menutur bicara yang sukar ditafsirkan hingga berlaku silap faham. pun mintak dimaafkan. kadang2 terikut perasaan tanpa kawalan fikiran (gerak balas refleks kata cgu biologi). hehe.
mun ada termakan, terpinjam, mohon dihalalkan. kira sedekah jak. mudah2an dapat pahala. kosong-kosong. ;o)
walaupun sik terluah oleh kata-kata. walaupun sik tertulis oleh tinta. moga kenangan pahit manis 2006 tersemat di jiwa. mungkin ada yang menjadi 'biarlah rahsia'.
welkam..2007
[..the end]

Saturday, December 30, 2006

...no idea...

erm. no idea. msn messenger. ada masalah kesihatan. mungkin sebab main hujan. aku tgh dengar lagu 'nafsifida' tatkala aku menaip perkataan-perkataan ini. hehe. sampai sekarang aku tidak memahami. apa maksud lagu ini (bukan yang tersirat. tersurat). perbezaan bahasa. lagu ini aku dapat ketika menyediakan slideshow utk BPI'06 (ppik merupakan salah satu kenangan terindah aku). layan sahaja lah lagu ini. harapnya aku berpeluang untuk memahami lagu ini suatu masa kelak. mendalami keindahan bahasanya. insyaAllah.
[nampak sungguh aku tidak ada idea kala ini]
erm. aku bukan insan sempurna. bukan insan yang miliki segalanya. insan. semua insan begitu. jika dunia miliki kesempurnaan. kenapa ada penderitaan? kenapa. bukan bermaksud mempersoalkan. cuma cuba membawa kepada penghayatan. pemahaman. penilaian. penerimaan. dan syukran.
aku pernah bertanya- kenapa? kenapa untuk pelbagai perkara dan dilema. dan aku tidak mendapat jawapannya. perlukah setiap kenapa itu ada yang menjawabnya? kalau begitu, terlupuslah segala persoalan dunia.
kenapa bertanya kenapa? tanyalah kenapa, asalkan bukan untuk mempersoalkan. kepercayaan dan keyakinan. perlu dipelihara. berlandaskan keyakinan itu. cuba rungkaikan segala persoalan yang menghambat jiwa. bukan mempersoalkan. lebih kepada mencari sinar yang tersembunyi di sebaliknya.
ergh. sounded too serious. kinda mendirikan rambut halus di tengkuk. erm. this not-really-something-to-do-somtimes-nothing-to-do period has...affected me? or effected me? (which one is correct eh?) i read some novels. malay novel. i read friend's blogs. what else did i do? (of course i do eat, sleep, watch tv, etc.)
[again. no idea]
apabila kita berkenalan dengan seorang manusia itu. tidak semestinya kita mengenalinya. apabila seorang manusia itu dikenali ramai manusia. tidak semestinya manusia itu terkenal.
siapa kenal sesiapa? kesimpulannya, tidak elok untuk menduga. cuba terima. itu sebaiknya.
[bila larut malam..lalala..]
gagahnya seorang manusia. bukan bermakna dia memiliki kegagahan. hinanya seorang manusia. bukan bermakna dia hidup kehinaan.
[erm. isi tersirat : apa yang dimiliki seseorang tu, bukan dia punya sebenarnya. macam, mungkin seseorang tu kaya, tapi kekayaan tu bukan dia punya. Allah Al-Ghaniy. yang 2nd tu, contoh: perompak. hina kerja merompak. tapi seorang perompak tak merasa hina pun kan? kalaulah perompak merasa hina, adakah perompak akan merompak?]
in easy word, what we see, sometimes, is not what it seems to be.
manusia ada pelbagai rupa. terpulang, bagaimana mahu dia menjelmakan dirinya. mungkin sekadar berpura-pura. mungkin ilham, cetusan rasa. ikut selera. mungkin sekadar bersahaja. mungkin itu manusia sebenarnya. kadang-kadang, manusia tidak merancangnya. kadang-kadang manusia merencana, Maha Kuasa menentukannya. begitu manusia menjelmakan dirinya. kadang-kadang manusia keliru siapa dirinya. jangan sampai manusia terpedaya.
usah diduga siapakah seseorang manusia itu. mungkin manusia tidak minta begitu. mungkin manusia cuba menjadi manusia itu. menjadi manusia yang dilihat sebagai manusia itu! manusia itu yang tertakluk pada yang SATU.
[aku tetap aku][tunjuki aku dan jangan biarkan aku, andaikata aku bukan lagi aku]

Thursday, December 28, 2006

copy + paste from somewhere

puji + pujian

puji. meleka diri.
menghanyut diri
dalam badai kemegahan diri
melupa diri
melupa pada Ya Rabbi
usah dipuji
usah memuji
diri
pujilah Rabbi
yang Berkuasa lagi Memiliki Segala Puji

pujian.

pujian guru itu,
satu sokongan

pujian ibu itu,
tanda sayang

pujian ayah itu,
tanda kebanggaan

pujian tuan itu,
tunjuk penghargaan

pujian bawahan itu,
sekadar ampuan

bermula keraguan..

pujian lelaki itu,
kata-kata manisan?

pujian wanita itu,
ranapkah keegoan?

pujian olehmu teman?
dan
pujian olehku teman?
persahabatan?
sindiran?
kekaguman?
menjatuhkan?
menyedarkan?
meresahkan?
menggembirakan?
penipuan?
kebenaran?
kepalsuan?
keyakinan?
kepura-puraan?
bagaimana harus hamba tafsirkan?
maafkan hamba teman
bagaimana harus hamba tafsirkan
tiada maksud mengguris perasaan
hamba sendiri keapungan
di awanan
awanan keresahan

firasat diri jadi haluan
kepercayaan jadi taruhan
ukhuwwah yang terbina mapan
tidak mungkin hamba binasakan,
semata-mata oleh
secalit keraguan
biar apa kemungkinan
perbezaan usah jadikan batasan
keindahan berteman
kita kembalikan

petunjuk Illahi jadi pergantungan,
moga diberi perlindungan
dari segala yang memudharatkan,
moga diberi perlindungan
dari bisikan syaitan
yang menyesatkan

hanya ihsan yang hamba dambakan
bukan
pujian.
hanya ihsan yang mampu hamba berikan
bukan
pujian.

pujian abadi hanya untuk Ya Rabbi.

Wednesday, December 27, 2006

panik.

what a night! malam tadi. sebaik sahaja melangkah ke dalam rumah (erm. aku dari luar rumah). kepanikan menjalar dalam diriku. mengapa? mendapat khabar amaran tsunami bakal melanda pantai sabah dan sarawak. begitu ringkas informasi yang kuterima. dari cnn kononnya (erk! memang pun diberitakan oleh cnn). hehe. akal logikku mula berfikir. tak logik macam. sabah sarawak bah! jauh ada jak dari lingkaran api pasifik atau mana2 sumber gempa bumi + gunung berapi. tapi itu tak penting.
panik. ya, panik menjalar dalam diriku. meresap dalam pembuluh darahku. kami sekeluarga
bergegas keluar rumah. dapat aku rasakan vibrasi badanku. tatkala aku mengambil tudung dan jaket dari almari. tatkala aku memasangkan wristwatch pada pergelangan tangan kananku. henpon yang telah kehabisan bateri aku gapai. dalam mod vibrasi yang sama.
andai. andai kata ramalan itu benar. aku dapat merasakan keseramannya. walau buat seketika. takut! apa yang ditakutkan? mati! mengapa takut mati? jelas. sungguh jelas. betapa hina dan khilaf diri ini. betapa kekurangan diri ini. betapa tidak bersedianya menghadapi mati. degupan jantungku semakin pantas. ketidaklogikan aku tolak ke tepi. hakikat. hakikat diri aku selami. mengapa mudah diri ini. mudah lupa. bukan kerana melayu mudah lupa. lupa kerana alpa. fuhh.
andai. andai kita pergi. adakah kita punya ruang membela diri? akhirat bukan mahkamah tinggi. tiada pembelaan diri. hanya mizan penentu destinasi. peguam bela? karpal singh? bukan! Muhammad s.a.w ! mengharap pada syafaat baginda. hakim? Allah al-Hakim.
ergh. back to my story. dalam kereta. simkad DiGi [always the smarter choice. hehe] aku keluarkan dari henpon yang habis baterinya. simkad dimasukkan ke dalam henpon adikku. on. jari-jemariku ligat menekan punat2 pada henpon. hantar sms. erm. amaran tsunami. golongan yang menerima sms aku terdiri daripada penghuni kediaman yang tinggal berdekatan dengan pesisir pantai laut china selatan. panik. sampai di canada hill. dalam berita radio turut menyatakan gempa telah berlaku di taiwan dan amaran jabatan meteorologi agar penduduk sabah dan sarawak tidak berada di kawasan pantai.
huhu. setelah beberapa ketika. informasi terbaru diterima. huhu. sabah/sarawak telah Bebas daripada ancaman tsunami tersebut. hantar sms. minta maaf jikalau sms terdahulu mengganggu + merisaukan hati sahaja. really sorry. bak kata diri dalam sms penutup. service to community. hehe. cover. cover. mungkin satu keprihatinan. terima kasih. hehe. alhamdulillah.
tapi, apabila difikirkan kembali. bak penulisan diri sebelum ini. what was done, was how Allah wanted it to be. ya. pasti ada hikmah di sebalik semuanya ini. termasuk penaipan ini. mungkin. wallahualam. sendiri mentafsir. sendiri ditafsir. sendiri tertafsir. harapan terakhir : Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah. wa qina 'azabannar. amin.
yang baik itu datang dari Allah. yang buruk itu aku yang buruk dan banyak khilaf. sekadar peringatan dan kenangan diri ini. buat tatapan masa hadapan. chow!

Sunday, December 24, 2006

kembali lagi.

erm. lama rasanya aku tidak menaipkan diri di blog ini. cuti. lebih kurang seminggu lagi tahun 2007 akan menjelma. aku baru sahaja kembali malam tadi. LCCT-Miri. alhamdulillah. diberi kesempatan untuk bermusafir sebentar. mengenali banyak kekurangan diri ini.
- ditaip on 24/12/2006-
to be continued...
pengembaraan yang agak menarik. berkesempatan bermalam 2 malam dalam KTM. perjalanan yang sungguh panjang. erm. lebih kurang 12 jam++. gerabak yang aku naiki bersebelahan dengan gerabak jual makanan. macam kantin/restoran la. ada kerusi dan meja. respek sungguh dengan tukang masak di situ + waiter. dapat ambik n hantar order dalam keadaan tren yang bergerak. just imagine. of course, kaki perlu dilebarkan untuk memastikan kestabilan apabila berdiri dalam tren yang bergerak tersebut. tambahan lagi, grip pada tapak kasut juga perlu berada pada tahap optimum untuk menambahkan geseran antara lantai dan tapak kasut- untuk kestabilan.
perjalanan yg jauh. dari kl central ke kelantan, tren perlu bergerak ke selatan dan seterusnya barulah ke pantai timur. tiada pemandangan luar yang dapat diperhatikan. malam. penuh kegelapan. kedinginan tren. dan aku berbaju kurung. hehe. apa yang pasti kebingitan bunyi geseran tren dengan landasan tidak menggugat tidurku. ok la. dapat tidur juga dalam tren. atas kerusi. macam-macam stail tidur diilhamkan. menelangkup. melentok ke kanan. melentok ke kiri. membongkok. melipat. kalau seumur hidup tidur begitu, konpom sakit tulang di hari tua kelak.
juga diberi kesempatan bermalam 2 malam dalam bas. malam pertama, plusliner. malam kedua, transnasional. perjalanan lebih kurang 6 jam. kl-perlis. tidak begitu selesa. flu. running nose. sekarang pun masih lagi. lepas ini makan ubat. clarinase. semasa dalam transnasional, aku duduk seat belakang sekali. berebut dengan adib (my youngest bro). hehe. padan muka aku. rupa-rupanya, aku duduk atas enjin bas. ergh. dapat aku rasakan getaran enjin pada kerusi tempat aku bersandar. nasib lah. alhamdulillah, dapat juga aku terlelap.
perlis. tourist guide kami ngah joy n famili. destinasi : padang besar (sempadan perlis thailand). barang di sana murah-murah belaka. especially sluar levi's. aku sokong barangan amerika laknatullah dicetak rompak. hehe. dalam perjalanan ke pdg. besar, saujana mata memandang. subhanallah. indah pemandangan sawah padi. yang menghijau. terasa kedamaian yang jauh dari kesibukan metropolitan yang penuh pencemaran seperti-kl. huh. for the first time in my life, aku tengok ladang tebu yang amatlah luas. fuhh. ladang tersebut berdekatan kilang memproses gula. macam tak percaya bila ada insiden kita kekurangan gula baru-baru ini.
alhamdulillah.
hari-hari lain. aku lalui secara biasa sahaja. dalam keadaan flu. ergh. masuk shopping complex, terasa dingin. nose blocked. tengok wayang with nurisa. planning nak tengok 'cinta'. show 'cinta' 7.15 pm. [di miri ini, dengar khabar dari kawanku, cineplex tidak menayangkan filem 'cinta'. hehe. frust. ada la kawanku yang seorang itu. "isteri adalah satu anugerah" . hehe. mun baca tok, iboh mare. plente jak.]. back to my story. kami berjumpa di gsc dalam pukul 3 pm. we couldn't wait until 7.15 pm. so, nurisa dengan slumbernya memilih movie hong kong. ' confession of pain' . dibintangi : tony leung , takeshi kaneshiro, shu qi. menarik! cerita tentang polis. dan penyiasatan. i always like investigation stories. macam CSI, tru calling, jake 2.0, grey's anatomy. tidak terkecuali komik penyiasat remaja, conan. etc. back to the movie. quite a sad ending. ergh. my running nose. it was damn cold in the wayang. hehe. dalam panggung itu, bunyi aku macam orang sedey sahaja- you know, when people having flu. hehe. my flu worsened in that cold condition.
erm. megimbau kenangan menonton wayang. adalah sekali dua air mataku bergenang dalam panggung wayang. seingat aku, filem 'cinta kolestrol'- part yusri kutuk erra depan cermin kat restoran, lepas tu erra berlari keluar dalam hujan. sedey. tapi yang calie nya. masa itu (tengah sedey-sedey tu) aku pun toleh la ke kiri dan kanan. sederet kerusi itu adalah kazen -mazenku. hehe. dari yang besar sampai yang kecik. aku rasa semua pun macam tahan nangis. tak kira lelaki atau perempuan antara kami. malu bah. hehe. mungkin.
2nd time, filem 'buli balik'- part ending. nordin (yakni afdlin shauki) berpisah dengan orang di sekelilingnya. badannya berdarah. very touching. it was a happy ending for them all actually bcoz watak jahat-yang dilakonkan oleh ac mizal- ditumpaskan. lepas itu, roy (yakni hans isaac)-si pembuli- dah jadi baik. unfortunately, dalam pertarungan tersebut, nordin terkorban. i cried. huhu.
isk. melalut pula. okies. cukuplah buat kali ini. jam menunujukkan pukul 1.20 am. tata. nak makan ubat. erm. sebentar lagi.
-ditaip on 25/12/2006-

Wednesday, December 13, 2006

record breaking!!

erm. i just got back from kch today. i mean tonight. few hours ago. quite tired. today, for the first time in life-i've been 'lepak'ing in the airport like for 6hrs!! dun want to go into detail about the story for today's events- at least for now. maybe some other time. insyaAllah. i think the title would be- things can be done in an airport for 6 consecutive hours. hehe.
okies. alhamdulillah. i went off to kch safely. stayed in kch safely. and came back to miri safely. educamp was ok. i had fun and enjoyed it very much. after leaving the camp, fakhrul kept saying something like.."we'll be missing the camp.."-ergh. he did influenced me. i was quite sad thinking about leaving the camp. i made new friends. a couple of friends became very close to us (ktdthb students..especially myself la). we discussed and exchanged tips/information a lot. we lepak together in [asylla-valerie-nurul-mira]'s room. i also met my old friend that i mention earlier on.
erm. great experience. alhamdulillah, i have the courage to speak in english (during the group discussion la. couldn't escape eh. the head of faci (ada iras2 ferhad la his face) walked around the groups and said "..ENGLISH PLEASE.."). tapi, yang confirm, memang lintang-pukang la bahasa. tapi tak kisah la. at least i realised that there are people out there who are facing such difficulties like me. hehe. but it was a great feeling. when we finally got the guts to overcome our fear. eventhough not hollistically. i totally agree with Billi Lim (the author of Dare To Fail).
walau bagaimanapun, i won't speak in english with people that i've known for long whom i used to klaka sarawak with them. ALHAMDULILLAH.
erk. i've written so-so in my book about my daily life during the camp. tak larat nak dikongsikan dalam 'penaipan'ku malam ini. ngantuk. malam pun dah lewat. tgh malam even.
okies. yang baik datangnya dari ALLAH. yang buruk tu, aku sendiri yang buruk dan banyak khilaf. chow! ZzZzZz..

Friday, December 08, 2006

dubel blog..

kini, aku mempunyai 2 blog. erm. perbezaan antara blog2 tersebut ialah bahasa pengantarnya. dalam blog www.myfikrah.blogspot.com ini, aku gunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di samping english yang aku gunakan secara sipi2 sahaja. blog ke-2 pula, i'll try my best to write it in english. erm. kepada sesiapa yang menjumpai blog aku yang ke-2 dan berkesempatan membacanya (err..bacaan bukan ilmiah yang pastinya), aku harap kalian dapat memperbetulkan kesalahan2 bahasa yang mungkin wujud dalam penulisanku. motto of the day : i must improve!. hehe. okies. enough about my blogs. tenkiu.
fuhh. siapa kata disiplin hanya perlu di sekolah? erk. setelah beberapa hari meninggalkan meja-dan-bangku sekolah, aku menyedari peri pentingnya DISIPLIN. hidup perlu disiplin. yup, we may leave the school but we can't never leave discipline. i dunno what u think. kalau hidup tak ada disiplin, kucar-kacirlah hari2 kita. yang penting disiplin dalam solat. mudah2an kita semua terpelihara daripada menjadi orang yang melalaikan solat. lukman al hakim pernah berkata kepada anaknya: (lebih kurang maksudnya) bangunlah solat subuh bcoz ayam yang semata2 ayam pun mampu bangun seawal subuh untuk berkokok. kalau kita gagal bangun solat subuh, maksudnya ayam lagi kuat daripada kita la. huhu.
diri yang banyak khilaf ini mohon diberi kekuatan oleh-Nya. argh. biological clock badan aku is malfunctioning. erk. i need to repair it. mayday..mayday..SOS!!
sekadar peringatan buat diri ini. mudah-mudahan dapat menjadi pedoman untuk kehidupan yang seterusnya. la haula wa la quwwata illa billah al-'Aliyyu al-Adzim.

Tuesday, December 05, 2006

written by...

Kurasa sungguh sebak di dada
Entah, kutak tahu mengapa
Adakalanya aku juga ketawa
Kadangkala aku gembira
Sebagai hamba yang kerdil lagi hina
Kusedar, kumenanggung timbunan dosa
Kutekad, kuazam, untuk menebus segalanya
Adakalanya, kutak tahu di mana silapnya
Kucuba merenung kembali
Kucerminkan diri
Cuba kuterima hakikat ini
Hidup ini
Bergantung pada diri kita sendiri
Adakalanya, kita terpaksa mementingkan diri sendiri
Lazimnya, kita harus korbankan diri
Sesungguhnya,
Masa tidak menunggu kita,
Kitalah yang harus mengejar masa
Hanya yang bijaksana
Terus mara
Bukan sahaja di sudut dunia
Akhirat pun sama

Kupohon seribu keampunan
Dari yang Maha Esa
Kupinta kemaafan dari semua
Kita hidup hanya sementara
Hanya Allah
Kekal selamanya
Hidup ini
Tidak wajar dipersiakan
Berbaktilah selagi terdaya
Berbakti pada yang Maha Kuasa
Berbakti sesama manusia
Berbakti kepada seluruh makhluk-Nya

Jangan sesekali, cuba mengkhianati
Jangan sesekali, cuba menderhakai
Elakkan difitnah dan memfitnah
Elakkan dikata dan mengata
Hidup ini perlukan kesabaran
Untuk mencapai ketenangan

Jangan menyesali apa-apa pun
Sebaliknya,
Jadikan pedoman dan iktibar
Untuk kesenangan masa depan
Biarlah merana
Biar sengsara pada awalnya
Mimpi ngeri akan berakhir jua
Suatu kesudahan yang diredhai dan direstui
Kesejahteraan yang fana
Akan ditemui jua akhirnya

Monday, December 04, 2006

setelah sekian lama

hari ini merupakan hari terakhir SPM untuk pelajar yang mengambil sains tulen 10 subjek. termasuklah aku. alhamdulillah. sepanjang 2 minggu dan 1 hari aku menduduki spm aku sihat2 sahaja. cuma pertengahan minggu lepas, gusi aku terasa sakit kerana pertumubuhan gigi terbaru. hehe.

okies. i officially announced that the toughest paper in spm was biology. al least, i think so. but, as we should always be, no regret. what was done, was how Allah wanted it to be. this is how my mind works : if there's something that we think should be happening in our life, that we think we have the opportunity to control it, but we missed the opportunity to do so, for me that is exactly what should happen to us. Allah always knows what is the best for His makhluk. tawakal. setelah berusaha bersungguh2. mudah-mudahan kita sentiasa terpelihara dalam hidayah-Nya. Allah al-Malik.

falsafah hidup ini : buatlah apa sahaja asal apa yang dibuat tidak melanggar batas syarak. bukan dosa besar. bukan berunsur syirik/khurafat/etc. berdasarkan keimanan kepada Allah (as long as kita yakin dengan Allah, rukun2 iman). tidak memudharatkan diri dan orang lain. dan tidak dilupakan Doa agar terpelihara dari perkara2 yang melampaui batas/zalim. most importantly, pergantungan semata-mata kepada Allah.

dah sebulan lebih sejak kali terakhir menulis blog. blog aku berada dalam keadaan dorman sepanjang november lalu. spm telah pun berlalu. langkah seterusnya perlu diteruskan. ingat : spm is not our life but part of our life is spm.

insyaAllah, 11 orang pelajar kolej tdthb akan mengikuti educamp petronas. 9 orang di mrsm kuching:

  1. asylla (e&e eng.)
  2. farhana(mechanical eng.)
  3. ajeerah(bisnes)
  4. nashakir(mechanical eng.)
  5. fakhrullah(petroleum eng.)
  6. mira(bisnes)
  7. valerie(chemical eng.)
  8. freda awa(bisnes)

2 orang lagi di utp perak:

  1. firdaus
  2. rahim

insyaAllah berangkat ke sana ahad ini dan mendaftar. mungkin aku akan berjumpa dengan kenalan lama di sana. bcoz her name was also in the list. she was the one who went to SMAPL with me in year 2002 as f.1 students . the difference here is, she stays but i went back home! :P

okies. i've been inteneting for hours an my eyes are aching. tata!