Sunday, January 21, 2007

maal hijrah

salam maal hijrah!

dan dengan izin Allah. aku telah berhijrah. dari satu tempat ke satu tempat yang baru.
alhamdulillah. aku sedang dalam proses penerimaan hakikat diri ini.
sedang menyesuaikan diri.
aku tinggal di pangsapuri ridzuan, sekitar sunway. tidak berapa jauh dari sunway pyramid.
dan pengangkutan ke sekolah dari rumah dan sebaliknya ialah, bas khas yang disediakan oleh pihak sekolah. seawal 7 pagi menaiki bas ke sekolah.
kelas bermula pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 4 pm pada hari isnin. 3 pm pada hari selasa, rabu dan khamis, dan pukul 1pm pada hari jumaat. dan tiada kelas pada hari sabtu dan ahad.
tengah hari, ada lunch break.
cuma pada waktu malam, mendapatkan sumber makanan di kedai makan yang terdapat berdekatan dengan rumah.
erm. setakat itu penceritaan aku pada kali. sekadar intro sahaja. hehe. okies. sehingga ketemu lagi.
p/s : huhu. henpon aku telah kehilangan di sebuah pasar raya di sini. oleh itu number hp kawan dan kontek aku yang lain2 juga pergi bersama. alhamdulillah, aku telah renew simkad digi aku. dengan mengekalkan nombor yang sama. jikalau kawan2 menghubungi aku melalui sms, sila taipkan nama kalian sekali dalam sms tersebut. tima kasih. ini kerana aku mungkin tidak dapat mengecam nombor2 kalian.
sebarang kesulitan amatlah dikesali. hehe.
chow!

Monday, January 15, 2007

rentetan peristiwa

[ welkam! nafas baru untuk blog ini. kombinasi warna-warna baru. berbeza dengan sebelumya walaupun ada kesamaannya ]
mukadimah : hari ini aku bermain NFS Carbon (hehe..game lumba kereta). sebelum ini aku tak berminat. fuhh. dengan peruntukan yang ada, aku mulakan career dan mengubahsuai kereta aku. err..aku tak pasti model apa kereta yang aku gunakan. hehe. warna biru muda. metallic. perlumbaan demi perlumbaan aku join. hehe. dapat banyak peruntukan. boleh 'upgrade' lagi kereta aku. kena tangkap polis pun ada. hehe. inilah aku. kalau terlalu lama di depan skrin, pening kepala. kerana itulah aku kurang gemar terhadap game. kalau outdoor games, ok la. dapat sihatkan tubuh badan. tambahan lagi, aku memang gemar bersukan. cuma, sudah sekian lama ditinggalkan dunia kesukanan.
hujan. agak lebat di luar sana. dan kini. tengah malam. dan aku, sekali lagi, menaip di depan pc ini. petang semalam, kerana kesilapan teknikal, sedikit minyak masak panas tertumpah. ke atas kaki aku. dengan segera, aku menuju ke bilik air dan membasahkan kaki aku denga air pili. sejuk. aku biarkan beberapa ketika. aku tidak ingat dari mana aku mendapatkan tips itu. jika melecur (terkena benda panas), dengan segara, basahkan dengan air pili. jangan disapu dengan 'colgate' etc. yang biasanya aku lihat dilakukan oleh orang-orang yang tiada pengetahuan first aid kid. hehe. alhamdulillah, kaki aku sihat-sihat sahaja, walaupun terasa panas sedikit.
dengan izin Allah s.w.t jua, aku akan mendaftarkan diri ke taylors koles, subang jaya, rabu ini. semuanya bermula sebelum spm lagi. aku dan sejumlah rakan persekolahan, diberi peluang untuk memohon menggunakan keputusan trial (pelajar ktdthb menggunakan forecast result)untuk menyertai educamp petronas. tambahan pula, aku merupakan sebahagian kakitangan petronas. mungkin faktor itu, aku berpeluang. alhamdulillah.
jika diteliti, ramai kawanku yang berbakat dan berkebolehan, tidak ditakdirkan untuk ke educamp tersebut. sesungguhnya, semuanya ketentuan Allah. ada ura-ura mengatakan, pemilihan ke educamp dibuat secara rambang kerana terlalulah ramainya yang memohon. erm. wallahu'alam.
aku tidak mengiyakan juga tidak menidakkan pernyataan tersebut. i'm neutral. kerana itu adalah sebahagian daripada pengetahuan yang hanya dimiliki oleh Allah s.w.t dan orang-orang yang dikehendaki-Nya sahaja. aku dan mungkin juga kalian, terkecuali.
aku ada seorang rakan dari jauh. memohon untuk ke educamp dengan keputusan stret A dalam trial spm. dan dia mengambil 12 subjek dalam spm. dan menurut yang aku dengar, seorang yang aktif dalam kokurikulum. tetapi, tidak ditakdirkan untuk menyertai educamp. dan ada lagi yang aku dengar, dari seorang kenalan baru, terdapat rakan sekolahnya yang tidak stret A dalam trial, berjaya ke educamp. dan selepas semua itu, aku tidak menafikan. aku juga tertanya-tanya bagaimana pemilihan dibuat. namun hanya sekadar itu. bukan hak aku untuk mempersoalkan. yang pasti, semuanya adalah ketentuan Illahi.
seramai lebih kurang 900 orang menyertai educamp yang berpusat di utp (tronoh, perak) dan hanya 65 orang untuk pusat sabah/sarawak di mrsm kuching.
dan aku. juga bukan golongan stret A dalam trial spm. cuma, kelihatan baik dengan 'forecast result'. dari segi perkataan, kalian mampu memahami erti 'forecast'. dan tafsirkanlah sendiri.
kemudian, dalam minggu kedua menduduki peperikasaan spm sebenar, aku mendapat berita daripada bapa kawanku, nama yang tersenarai pendek untuk ke educamp. di sekolah turut dikhabarkan berita tersebut. tidak dinafikan, ada yang merasa telah berlaku 'bias' di sebalik senarai itu. dan sekali lagi aku, tidak mengiyakan mahupun menidakkan. profesional. apa yang pasti, senarai itu adalah ketentuan Illahi. yang ada hikmah di sebalik setiap ciptaan-Nya.
kira-kira seminggu selepas spm selesai, educamp dan temu duga pun dijalankan. dan begitulah kisahnya.
hari demi hari. menjadi penantian yang tidak dinantikan senanti-nantinya olehku. aku pada awalnya, tidak meletakkan apa-apa harapan tinggi. bagiku, itu adalah percubaan pertamaku dalam ditemu duga. dengan berbekalkan pengetahuan yang seciput, aku mendepani temu duga. bagiku, alhamdulillah jika diterima. jika sebaliknya, sekurang-kurangnya, aku punya pengalaman yang berguna dan kenalan-kenalan baru yang baik-baik belaka. sesungguhnya, sekali lagi, sememangnya ketentuan Illahi. rakanku menelefon dan mengatakan keputusan temu duga telah dikeluarkan di internet. dan dengan memasukkan no. KP beserta password, laman yang berkenaan aku buka. alhamdulillah, suatu yang tak terduga. aku diterima. dan begitulah seterusnya. hingga kini, aku menerima.
penerimaan yang sebenarnya tak seberapa. aku berasa diuji oleh-Nya. dan aku tidak pasti aku melaluinya dengan bagaimana. lagi dan lagi, kelemahan diri ini terus ketara. aku mahu membaikinya. dengan harapan, aku punya peluangnya. agar tidak merana di dunia seterusnya. sini dan sana, aku meneroka. ya, aku temui pelajaran berguna. sayang dan sayang, tidak tersedia untuk mengaplikasikannya. hanya mampu disemat di dada.
perjalanan aku teruskan jua.
benar seperti yang pernah dituliskan kawanku, "we talk the talk, but we don't walk the walk"
lain di kata, lain yang di rasa. yang terluah, bukan apa yang mampu dirasa.
benar seperti yang perumpamaan yang diperkenalkan oleh ustaz, "iman manusia kini, hanya senipis kulit bawang. dan mungkin, lebih nipis lagi"
betapa sedihnya.
cinta. dunia ini penuh dengan cinta. tetapi, di mana cinta teragung di mata manusia. mencintai Allah dan Rasulullah, melebihi segalanya. hingga terkalahkan cinta pada diri dan dunia. itulah cinta agung yang dimiliki para salafussoleh.
kita? tepuk dada, tanya iman. wallahu'alam.
[nota kaki : menurut laman http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/istilah%20fekah/default_4.htm , salafussoleh ialah;
tiga generasi terbaik yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w. Umat Islam akan selamat selagi mereka mengikut jejak langkah tiga generasi ini. mereka ialah, sahabat, tabiin dan tabi' tabiin. ]
kini, aku cuba seadanya. meneruskan langkah dengan gagahnya.
yang tersimpan di jiwa, yang sentiasa terbayangkan di minda, yang tak terjangkau dek akal sehingga qada' dan qadar Allah merealitikannya, akan tetap menjadi 'biarlah rahsia'.
dengan keyakinan yang sangat diinginkan ; pasti ada hikmah di sebaliknya.
sesungguhnya, Allah Maha Luas Pengetahuan-Nya, hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya..
catatan rentetan peristiwa, sekadar cetusan rasa. buat pedoman diri di hari seterusnya. mudahan dimanfaatkan pengajarannya. agar bahagia dengan bahagia.
yang baik itu dari Allah datangnya.
segala kekurangan, kekhilafan diri yang kian terasa
wallahu'alam.

Friday, January 12, 2007

buat pertama kali

hehe. aku dah berjumpa dengan satu aktiviti untuk mengisi masa lapang di kala melayari internet. meng'explore' friends of friends. kat friendster. memang patut diberi nama friendster.
satu penerokaan, pada pandangan aku. adakah terdapat kemungkinan, dalam mencari pengertian diri, kadang-kadang, kita temukan diri kita seperti yang kelihatan dalam insan lain? umpama sebuah cermin. refleksi diri. yang semestinya tidak memenuhi hukum pantulan.
tiada manusia yang serupa. mungkin sama, tapi tidak serupa.
[ see, melalut again. no wonder, it's late already!! almost 2 am in the morning. ergh. i ruined my sleeping pattern lately. since when eh? end of year 2006, i think. erm. ]
mungkin 'cuti sekolah' (err..cuti belajar..i suppose)bagi aku akan berakhir. insyaAllah, aku akan kembali ke alam pembelajaran dalam tempoh terdekat ini. somewhere in subang jaya. menurut perancangan, insyaAllah, will fly to LCCT on 16.01.2006 (tuesday, night). huhu. malam selasa!! grey's anatomy.
kepada kawan-kawan, sehingga kita ktemu lagi. insyaAllah.
dunia semakin canggih. sms boleh. messenger boleh. public phone boleh. missed-call boleh. emel boleh. asalkan ada waktu, ruang , dan kesempatan.
tak perlu slalu mengenangkan, cukuplah andai tidak melupakan, kawanmu ini wahai kawanku.
sms. kalu tiada reply dariku, err..kemungkinannya, kredit tidak mengizinkan. hehe. faktor : kekerapan meng'reload' yang amat rendah. insyaAllah, akan aku usahakan.
untuk ktdthb students.
reunion dinner ulangtahun ke-50 ktdthb.
tarikh : 5 Mei 2007
tempat : eastwood valley, miri
pelancaran peringkat sekolah akan diadakan pada 9 Feb 2007.
[ aku baru dapat tahu malam semalam]
okies. sekian.
..hasbiAllahu la ilaha illahu. 'alaihi tawakkaltu. wahua Rabbul arsyil-'adzim.
*..Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.* 9 :129

Thursday, January 11, 2007

Solat Istikharah

[ hikmah yang tersembunyi..subhanallah]
Solat istikharah (SI) adalah perkara yg sangat dituntut dlm islam.
SI dlkukan untuk membuat pilihan di antara beberapa pilihan. sebenarnya ia adalah slah satu proses untuk membuktikan kita adlah hamba Allah yg sangat memrlukan petunjuk Allah. orang selalu melakukan SI adlah org yang kuat imannya kerana selalu bergantung kpd Allah. tidak menjadi syarat untuk mendapat petunjuk mimpi slps mlkukan SI. ia adalah semata mata pengabdian kita kpd Allah. setelah buat SI, buatlah pilihan mengikut kecenderungan hati kerana pd masa itu hati kita hanya mengharpkan petunjuk Allah. Allah tidak akan mensia-siakan org yg briman. sekiranya pilihan kita itu menampakkan kerumitan dan kesusahan untuk kita, ia adalah ujian Allah. Allah tahu apa yg trbaik untuk kita. org yang melakukan SI x akan mengeluh dan akan menyesal krn pilihannya berdasarkan petunjuk yang diminta dr Allah yg Maha Mengetahui. memadailah SI dilakukan 2 rakaat. dan dilakukan untuk beberapa kali (pd masa yg berlainan).
[ aku kopi + pes. original. cuma edit sedikit ejaan. sama-samalah kita menghayatinya ]

Tuesday, January 09, 2007

(sambungan..)-grey's anatomy

episode 17 : As We Know It

fuhh. saspen sungguh. semua orang saspen (err..dalam tv la). hehe. aku pun terasa juga saspen.

[ aku kopi + pes...sedikit sebanyak tentang episod 17. huhu. sedey. ]
Burke and Meredith successfully remove the explosive device from the body and hand it off to Dylan, but not before Dylan has a bit of a spark with Meredith. Meredith goes out to say something to him -- anything, maybe just a "thank you" -- but she doesn't have a moment. The device explodes -- killing Dylan right in front of Meredith. Izzie and Cristina wind up in the shower with Meredith for real, cleaning Dylan bits off of her.
[ergh. couldn't get any picture for this episode. nemind la. hehe]
okies. tata.

Friday, January 05, 2007

redha

pilihan Allah itu sesungguhnya lebih baik daripada pilihan kita
[ quote of the day ; from al-kuliyyah (tv3) : redha ]

Thursday, January 04, 2007

[...]

status blog : dorman
tempoh : unknown
harap maklum.

Wednesday, January 03, 2007

grey's anatomy

[suatu hari di hari ini...]
fuhh. setelah sekian lama. kini, baru aku tahu grey's anatomy season 2 ditayangkan di ntv7.
[erm. jake 2.0 and smallville lagi best- tapi, dah long time no see. huhu.]
dulu, waktu season 1, grey's anatomy ditayangkan di tv3. masa episod akhir season 1 itu, aku tak tahu yang itu adalah episod terakhir. aku hairan + pelik kenapa grey's anatomy tak ditayangkan di minggu berikutnya. macam tergantung. bcoz, ending bagi season 1 itu, ter'kantoi' kat meredith yang dr.sheperd dah ada isteri. baru minggu lepas aku mula menonton grey's anatomy season 2. 8.30pm. selasa. ntv7.
malam tadi. episode: It's the End of the World

dr addison and miranda bailey-who is going into labor

peeping

[dr richard, dr sheperd, george]

dr burke and the bomb squad examining the x-ray of a man's body-who made a homemade bazooka, he's also got a piece of unexploded munitions inside of him


looking at what burke's looking at

george, izzie, dr addison in the lift.

george : what is code black?

izzie : red code, blue code, never heard of code black



izzie : they're doers, we're watchers

[tengah cakap tentang meredith and cristina yang aktif]

cristina yang and meredith grey. looking inside OR1. hannah, a paramedic with her hand still stuck inside the explosive patient to stop the bleeding. she's shaking. an anesthesiologist leaves Hannah alone with the patient and the bomb

meredith comforting hannah. hannah wants to pull her hand out from the patient's body. if she does, the bomb might explode. Meredith finds Hannah having a nervous breakdown, about the pull her hand out and potentially put them all in danger (not to mention kill the patient who's bleeding she's suppressing)

hannah : i'm going to pull my hand out!!

tense situation in OR1. burke's trying convince hannah that she's saving the man's life by stopping the man from bleeding

cristina, burke, dylan (from the bomb squad) jumped down to the floor, afraid that the bomb in the man's body might explode. the bomb didn't explode. meredith put her hand in the man's body. Hannah does pull her hand out and run away -- but not before Meredith can take her place as the girl with her hand in the explosive patient.

meredith with her hand in the man's body

episod 16. season 2.

esok hari persekolahan sesi 2007 akan bermula.

penat juga meng'download' dan meng'upload' gambar2 ini. hehe. tak ada kerja. cari kerja. bukan apa, saja menceriakan blog aku ini yang sudah agak sekian lama tidak dihiasi dengan gambar.

okies. chow!

Tuesday, January 02, 2007

somewhere we belong..

One day, a man went to a barber shop to have his hair cut and his beard trimmed. As the barber began to work, they began to have a good conversation. They talked about so many things and various subjects, when they eventually touched on the subject of ALLAH.
The barber said, "I don't believe that ALLAH exist."
"Why do you say that?" asked the customer.
"Well, you just have to go out in the street to realize that ALLAH doesn't exist. Tell me, If ALLAH exist, would there be so many sick people? Would there be abandoned childrens? If ALLAH existed, there would be neither suffering nor pain. I couldn't imagine a loving ALLAH who would allow all these things"
The customer thought for a moment, but didn't respond because he didn't want to start an argument. The barber finished his Job and the customer left the shop. Just after he left the barber shop, he saw a man in the street with long, stringy, dirty hair and an untrimmed beard.
He looked dirty and unkempt.
The customer turned back and entered the barber shop again and he said to the barber, "You know what? Barbers do not exist."
"How can you say that?" asked the surprised barber.
"I am here, and I am a barber. And i just worked on you!"
"No!" The customer exclaimed.
"Barber don't exist because if they did, there would be no people with dirty long hair and untrimmed beards, like that man outside."
"Ah.. But barbers do exist! That's what happens when people do not come to me."
"Exactly!" Affirmed the customer.
"That's the point! ALLAH, too, does exist! That's what happens when people do not go to Him and don't look for Him for help. That's why there's so much pain and suffering in the world."

Monday, January 01, 2007

welkam 2007

so. this is my first entry for 2007. 2007. a new year. a new expectation. the start of a new chapter of my life. the start of something new, i guess.
in one and a half month, i'll be 18. insyaAllah. this year is the eighteenth year of my life. 18 years. looked like i've been living a long life, huh? haha. the fact is, im still crawling. crawling to the peak of my life. when and where? i don't know. you don't know. we don't know. only the Almighty knows. till then, err..just live the life.
erm. kawan. hari ini, bermula plkn siri 1 2007. selamat berjuang kawan. harapan agar dimensi baru kehidupan yang bakal kalian tempuhi akan mematangkan kalian. mendewasakan. mengajar kalian erti kehidupan yang lebih mendalam. dan aku di sini, harapnya tidak dilupakan. hehe. aku? harapan agar turut bersama2 kalian mendepani cabaran ke arah kematangan. kedewasaan. belajar erti kehidupan yang lebih mendalam. cuma, dari dimensi kehidupan yang berlainan.
okies. sekian.