Monday, January 15, 2007

rentetan peristiwa

[ welkam! nafas baru untuk blog ini. kombinasi warna-warna baru. berbeza dengan sebelumya walaupun ada kesamaannya ]
mukadimah : hari ini aku bermain NFS Carbon (hehe..game lumba kereta). sebelum ini aku tak berminat. fuhh. dengan peruntukan yang ada, aku mulakan career dan mengubahsuai kereta aku. err..aku tak pasti model apa kereta yang aku gunakan. hehe. warna biru muda. metallic. perlumbaan demi perlumbaan aku join. hehe. dapat banyak peruntukan. boleh 'upgrade' lagi kereta aku. kena tangkap polis pun ada. hehe. inilah aku. kalau terlalu lama di depan skrin, pening kepala. kerana itulah aku kurang gemar terhadap game. kalau outdoor games, ok la. dapat sihatkan tubuh badan. tambahan lagi, aku memang gemar bersukan. cuma, sudah sekian lama ditinggalkan dunia kesukanan.
hujan. agak lebat di luar sana. dan kini. tengah malam. dan aku, sekali lagi, menaip di depan pc ini. petang semalam, kerana kesilapan teknikal, sedikit minyak masak panas tertumpah. ke atas kaki aku. dengan segera, aku menuju ke bilik air dan membasahkan kaki aku denga air pili. sejuk. aku biarkan beberapa ketika. aku tidak ingat dari mana aku mendapatkan tips itu. jika melecur (terkena benda panas), dengan segara, basahkan dengan air pili. jangan disapu dengan 'colgate' etc. yang biasanya aku lihat dilakukan oleh orang-orang yang tiada pengetahuan first aid kid. hehe. alhamdulillah, kaki aku sihat-sihat sahaja, walaupun terasa panas sedikit.
dengan izin Allah s.w.t jua, aku akan mendaftarkan diri ke taylors koles, subang jaya, rabu ini. semuanya bermula sebelum spm lagi. aku dan sejumlah rakan persekolahan, diberi peluang untuk memohon menggunakan keputusan trial (pelajar ktdthb menggunakan forecast result)untuk menyertai educamp petronas. tambahan pula, aku merupakan sebahagian kakitangan petronas. mungkin faktor itu, aku berpeluang. alhamdulillah.
jika diteliti, ramai kawanku yang berbakat dan berkebolehan, tidak ditakdirkan untuk ke educamp tersebut. sesungguhnya, semuanya ketentuan Allah. ada ura-ura mengatakan, pemilihan ke educamp dibuat secara rambang kerana terlalulah ramainya yang memohon. erm. wallahu'alam.
aku tidak mengiyakan juga tidak menidakkan pernyataan tersebut. i'm neutral. kerana itu adalah sebahagian daripada pengetahuan yang hanya dimiliki oleh Allah s.w.t dan orang-orang yang dikehendaki-Nya sahaja. aku dan mungkin juga kalian, terkecuali.
aku ada seorang rakan dari jauh. memohon untuk ke educamp dengan keputusan stret A dalam trial spm. dan dia mengambil 12 subjek dalam spm. dan menurut yang aku dengar, seorang yang aktif dalam kokurikulum. tetapi, tidak ditakdirkan untuk menyertai educamp. dan ada lagi yang aku dengar, dari seorang kenalan baru, terdapat rakan sekolahnya yang tidak stret A dalam trial, berjaya ke educamp. dan selepas semua itu, aku tidak menafikan. aku juga tertanya-tanya bagaimana pemilihan dibuat. namun hanya sekadar itu. bukan hak aku untuk mempersoalkan. yang pasti, semuanya adalah ketentuan Illahi.
seramai lebih kurang 900 orang menyertai educamp yang berpusat di utp (tronoh, perak) dan hanya 65 orang untuk pusat sabah/sarawak di mrsm kuching.
dan aku. juga bukan golongan stret A dalam trial spm. cuma, kelihatan baik dengan 'forecast result'. dari segi perkataan, kalian mampu memahami erti 'forecast'. dan tafsirkanlah sendiri.
kemudian, dalam minggu kedua menduduki peperikasaan spm sebenar, aku mendapat berita daripada bapa kawanku, nama yang tersenarai pendek untuk ke educamp. di sekolah turut dikhabarkan berita tersebut. tidak dinafikan, ada yang merasa telah berlaku 'bias' di sebalik senarai itu. dan sekali lagi aku, tidak mengiyakan mahupun menidakkan. profesional. apa yang pasti, senarai itu adalah ketentuan Illahi. yang ada hikmah di sebalik setiap ciptaan-Nya.
kira-kira seminggu selepas spm selesai, educamp dan temu duga pun dijalankan. dan begitulah kisahnya.
hari demi hari. menjadi penantian yang tidak dinantikan senanti-nantinya olehku. aku pada awalnya, tidak meletakkan apa-apa harapan tinggi. bagiku, itu adalah percubaan pertamaku dalam ditemu duga. dengan berbekalkan pengetahuan yang seciput, aku mendepani temu duga. bagiku, alhamdulillah jika diterima. jika sebaliknya, sekurang-kurangnya, aku punya pengalaman yang berguna dan kenalan-kenalan baru yang baik-baik belaka. sesungguhnya, sekali lagi, sememangnya ketentuan Illahi. rakanku menelefon dan mengatakan keputusan temu duga telah dikeluarkan di internet. dan dengan memasukkan no. KP beserta password, laman yang berkenaan aku buka. alhamdulillah, suatu yang tak terduga. aku diterima. dan begitulah seterusnya. hingga kini, aku menerima.
penerimaan yang sebenarnya tak seberapa. aku berasa diuji oleh-Nya. dan aku tidak pasti aku melaluinya dengan bagaimana. lagi dan lagi, kelemahan diri ini terus ketara. aku mahu membaikinya. dengan harapan, aku punya peluangnya. agar tidak merana di dunia seterusnya. sini dan sana, aku meneroka. ya, aku temui pelajaran berguna. sayang dan sayang, tidak tersedia untuk mengaplikasikannya. hanya mampu disemat di dada.
perjalanan aku teruskan jua.
benar seperti yang pernah dituliskan kawanku, "we talk the talk, but we don't walk the walk"
lain di kata, lain yang di rasa. yang terluah, bukan apa yang mampu dirasa.
benar seperti yang perumpamaan yang diperkenalkan oleh ustaz, "iman manusia kini, hanya senipis kulit bawang. dan mungkin, lebih nipis lagi"
betapa sedihnya.
cinta. dunia ini penuh dengan cinta. tetapi, di mana cinta teragung di mata manusia. mencintai Allah dan Rasulullah, melebihi segalanya. hingga terkalahkan cinta pada diri dan dunia. itulah cinta agung yang dimiliki para salafussoleh.
kita? tepuk dada, tanya iman. wallahu'alam.
[nota kaki : menurut laman http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/istilah%20fekah/default_4.htm , salafussoleh ialah;
tiga generasi terbaik yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w. Umat Islam akan selamat selagi mereka mengikut jejak langkah tiga generasi ini. mereka ialah, sahabat, tabiin dan tabi' tabiin. ]
kini, aku cuba seadanya. meneruskan langkah dengan gagahnya.
yang tersimpan di jiwa, yang sentiasa terbayangkan di minda, yang tak terjangkau dek akal sehingga qada' dan qadar Allah merealitikannya, akan tetap menjadi 'biarlah rahsia'.
dengan keyakinan yang sangat diinginkan ; pasti ada hikmah di sebaliknya.
sesungguhnya, Allah Maha Luas Pengetahuan-Nya, hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya..
catatan rentetan peristiwa, sekadar cetusan rasa. buat pedoman diri di hari seterusnya. mudahan dimanfaatkan pengajarannya. agar bahagia dengan bahagia.
yang baik itu dari Allah datangnya.
segala kekurangan, kekhilafan diri yang kian terasa
wallahu'alam.

No comments: