sentiasa. sentiasa ada sejenak dalam kehidupanku yang membuatkan aku terhenti seketika. seolah-olah seluruh jasad dan minda terpaku. lidah menjadi kelu. kehilangan kata. kadang-kadang sejenak itu, mampu mebuatkan jasadku berada dalam vibrasi yang mampu mengeraskan perasaan dan jiwa.
aneh. apabila ruang mata dibuka seluasnya, baru aku sedar setiap sudut dunia ini berbeza. tapi alangkah malangnya, kebanyakan masa, mataku tidak terbuka. aku yang alpa.
aneh. di satu sudut dunia, aku rasa aku sebahagian dari mereka. dan di sudut dunia yang lainnya, aku entah siapa-siapa sahaja. mungkin tidaklah sekronik "umpama melukut di tepi gantang". syukur, kehadiranku masih dirasa.
aneh. apabila kata dan bicara mengabui fakta dan hakikat sebenarnya. siapa yang menipu siapa?
apa yang dikejar?
mengapa itu perlu diungkapkan? semua kata-kata itu. dan aku bertanya yang sama pada diri ini. adakah aku terlepas pandang pada batas-batasnya? adakah aku terlalu sembil lewa?mungkin kerana aku ini sering saja alpa.
mungkin aku terlalu leka. sehingga terlupa. bumi yang dipijak seringkali, ada kalanya seolah tak terasa.
petunjuk-Nya, mudahan dikurnia.
wallahu'alam.
Wednesday, June 20, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment