apa yang dapat aku kongsikan kali ini agaknya?
ada satu post yang amat menarik kat website akh muhtar suhaili, iaitu post yang bertajuk "Ibadah itu CINTA"
waah. merefleksi kembali diri, rasanya masih jauh lagi perjalanan diri ini untuk mencapai tahap CINTA itu.
di dalam post tersebut, penulis saudara azree telah memaknakan CINTA itu.
CINTA
kata beliau, manusia, apabila mencintai seseorang manusia lain, pasti akan sentiasa cuba memenuhi apa yang dikehendaki oleh orang yang dicintainya itu. melakukakan sehabis baiknya untuk menggembirakan orang yang dicintai itu.
lagi, manusia, apabila mencintai seseorang itu, pasti akan sentiasa cuba mengelak atau menghindari daripada melakukan sesuatu perkara atau perbuatan yang tidak disukai oleh orang yang dicintainya itu.
ada juga manusia yang mencintai manusia sangup menggadaikan maruah diri demi manusia yang dicintainya itu.
nau'zubillah min zalik.
itulah manusia yang mencintai manusia.
manusia, apabila mencintai harta, pasti akan dipelihara dan dijaganya dengan rapi harta itu. jika ada emas berkati-kati, disimpan kukuh dalam peti besi. wang bertimbun-timbun, terjaga rapi di dalam bank. banglo mewah yang berdiri gah dan tersergam indah, ketat dikawal rapi pasukan sekuriti.
jangankan harta sebesar dan sebanyak itu, manusia apabila mencintai harta, hatta kereta kancil yang tercalar dek kecuaian orang lain (e.g: masa cuci kereta, etc.) sanggup bergaduh, meninggi suara di khalayak ramai hingga hilang maruah diri.
cinta menghilangkan maruah diri? adakah itu cinta hakiki?
ahh. kalau untuk smaller scale (e.g myself, etc), kadang-kadang terlalu berkira dalam hal-hal yang berkaitan dengan harta benda kita yang kita rasakan bernilai (taklah bernilai mana pun sebenarnya). macam, mp3 ka, laptop ka, bantal ka, kasut ka, baju ka, buku ka, komik ka, pensel tekan ka, pembaris ka, and the list goes on. haih (pinjam trademark orang. hehe. minta izin)
CINTA kepada tuhan adalah apabila mampu melakukan segala yang disuruh-Nya dengan sehabis baiknya serta meninggalkan segala yang dilarang-Nya.
CINTA kepada tuhan akan menaikkan martabat diri insan dari hina kepada mulia.
CINTA kepada tuhan mampu menjadikan insan gembira dalam duka dan lara.
kalau manusia putus cinta dengan manusia, ataupun manusia hilang harta, manusia akan merasa SENGSARA yang tiada berpenghujung sudahnya.
Kemanisan Iman
masa form 5, kita semua ada belajar, kemanisan iman hanya akan dapat dikecapi jika cinta terhadap ALLAH s.w.t dan Rasulullah mengatasi rasa cinta terhadap manusia dan dunia.
dan, betapa banyak keindahan dunia yang perlu dikorbankan demi CINTA itu.
menjadi persoalan, sejauh manakah insan yang kerdil lagi hina ini sanggup melakukan segala pengorbanan itu?
Allahuakbar.
Konklusi
kita mahu CINTA itu. mana mungkin kita tidak mahu. yup, terbit rasa seakan diri tidak layak mendapat CINTA itu. tapi, itulah kewajipan kita. berusaha sebaiknya ke arah meuju redha-Nya. lakukan sehabis baiknya segala yang termampu. insyaAllah.
Bersedialah !
dalam kehidupan ini pun, sudah menjadi lumrah, jika inginkan sesuatu yang kejayaan atau keuntungan yang besar, perlulah bersedia untuk menrima segala risikonya. mentally and physically. boleh dianalogikan, jika ingin mutiara paling berharga, perlu menyelam di lautan yang paling dalam. ataupun, jika ingin mencapai bintang (dalam zaman moden ni, dengan erti kata lain pergi ke angkasa la maksudnya), perlu sanggup terbang ke langit.
(err, dalam zaman moden ini maksudnya, e.g angkasawan kita, perlu menjalani pelbagai latihan yang amat mencabar mental dan fizikal sebelum layak untuk menajdi angkasawan. selain itu kerajaan pula perlu membelanjakan berbillion-billion ringgit bagi menjayakan misi angkasawan ini)
gagaga. apa-apa pun analogi yang digunakan, yang paling tepat adalah yang datang dari kalam Allah.
Firman Allah dalam Surah al-Ankabut ayat 2 dan 3 :
أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ "
"َلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِين
yang bermaksud :
"Do people think that once they say: We are believers, they will be left alone and will not be tested?" (2)
"And indeed We tested those who were before them, so that (with those tests) will be manifested what Allah knows concerning those who prove themselves true and will be manifested what He Knows concerning those who are lying." (3)
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (2)
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta." (3)
"众人以为他们得自由地说:“我们已信道了”而不受考验吗?" (2)
"我确已考验在他们之前的人。真主必定要知道说实话者,必定要知道说谎者。" (3)
semoga KITA semua berjaya dalam mencari CINTA itu. semoga KITA menjadi orang yang terpilih untuk mendapat CINTA itu. ameen.
Last but not least
lirik lagu dari kumpulan raihan :
Carilah cinta yang sejati
Yang ada hanyalah padaNYA
Carilah cinta yang hakiki
Yang hanya padaNYA Yang ESA
Carilah cinta yang abadi
Yang ada hanyalah padaNYA
Carilah kasih yang kekal selamanya
Yang ada hanyalah pada TUHANmu
Di dalam mencari cinta yang sejati
Banyaknya ranjau kan ditempuhi
Di dalam mendapat cinta yang hakiki
Banyaknya onak yang diredahi
Namun janjiNYA Kepada hambaNYA
Tidak pernah dimungkiri
Dan tidak pernah melupakanmu
Alhamdulillah.
Subhanaka laa 'ilmalana illa ma 'alamtana innaka antal 'alimul hakim.
Allahu'alam.
No comments:
Post a Comment