Tuesday, November 13, 2007

kita generasi pewaris

erm. biasanya kita hanya akan suka untuk berbicara tentang perkara yang 'ada kepentingannya bagi diri kita atau things that we're concern about' atau perkara yang 'sememangnya menarik a.k.a tidak boring' untuk diperkatakan.
yang former tu, contohnya, kalau penyokong manchester united football club, pasti teruja apabila dibuka cerita tentang EPL, etc. kerana dia concern tentang kalah menang Man. Uni. FC. ataupun apabila membicarakan tentang isu Palestin dan Israel, juga mampu menarik minat kita kerana kita concern akan nasib saudara seIslam kita.

contoh bagi yang latter pula, paling sinonim ialah cerita dunia hiburan, artis itu dan ini, gosip itu dan ini dan sebagainya. ataupun isu antarabangsa seperti peristiwa 11 september yang juga mampu menarik minat kita. runtuhnya WTC tiada kena-mengena dengan kita, tetapi berikutan peristiwa itu, misteri, komplot, fitnah, dan kebenaran yang tersembunyi di sebalik peristiwa itu menjadikan ianya menarik.

dan kadang-kadang, sebab sesuatu topik itu terlalu 'biasa' berlaku di sekeliling kita, kita mudah
take things for granted. jadi mungkin itulah kita hilang concern kita terhadap sesuatu perkara. dan hilang minat untuk berbicara, berfikir, ataupun mengambil kisah megenainya.

contoh yang paling dekat, ahli keluarga kita. kadang-kadang kerana kita terlalu rapat dengan ahli keluarga kita (dari kecil hidup bersama keluarga), kita hilang sensitiviti terhadap mereka. mudah sahaja kita menghamburkan marah kita pada mereka. hilang concern kita. kalau adik-beradik minta tolong itu atau ini, berat benar rasanya ingin membantu (hehe. pengalaman sendiri), kalau tolong pun semadi jak. sebab adik-beradik kita telah me'report' kepada parents. hehe.

sebaliknya, kalau dengan kawan-kawan (atau gelfren-boyfren), sanggup berkorban apa sahaja untuk mereka. jarang sekali kawan-kawan dikecewakan permintaan mereka.

ahah. panjang juga yang aku taip tapi belum sampai ke isinya. rumusan daripada di atas, yang aku cuba sampaikan ialah, kita hilang kepekaan pada perkara yang seharusnya kita peka. dan salah satu daripadanya ialah politik.

link di bawah ini mungkin boleh menjelaskan mengapa aku tulis tentang 'politik'.

saifulislam.com
muhtarsuhaili.com

mungkin terlalu banyak untuk dibaca, tapi sudi-sudikanlah untuk membacanya for the sake of menambahkan pengetahuan am, membuka minda, menimbulkan kesedaran, dan yang pernting sekali, memperbaiki diri demi mencapai matlamat sebenar hidup ini.

myfikrah

ini sebahagian daripada fikrahku. mungkin sejak dulu lagi (secara tidak langsung), kerana dari kecil aku terdedah dengan orang di sekelilingku i.e famili, berbicara mengenai politik. bapaku dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB-BN), pakcikku dengan SNAPnya (aku tak sure apa nama panjangnya), kemudian sampai hari ini, taib mahmud- CM sarawak- menjadi buah mulut rata-rata orang sarawak termasuklah familiku (dari generasi tua sampai ke yang muda) yang tidak puas hati dengan kemunduran infrastruktur di beberapa tempat serta ketidakadilan dan bermacam lagi. kemudian timbul isu politik yang menggemparkan pada tahun 1998, berkaitan datuk seri anwar ibrahim. dan pada masa itu kami pakat-pakat sokong keADILan. mak su aku yang ketika itu belajar di tanah semenanjung ini, di awal era penubuhan keADILan mungkin terpengaruh dengan rakan sekeliling pun sokong keADILan. ahah.
aku? biarlah rahsia. ahah. yang pasti, aku sokong perjuangan yang benar dan yang sebenar-benarnya dalam mencegah kebatilan. insyaAllah.
kecelaruan pemikiran berkenaan 'politik' adalah implikasi daripada sifat endah tak endah (orang puteh kata ignorance) dan juga kurangnya PENGETAHUAN (orang puteh kata knowledge). ada satu kawasan di Miri, penduduk setempat di situ memang calie. pada satu musim kempen pilihan raya yang lepas, mereka pernah mengibarkan panji keADILan (masa tu, keADILan masih baru lagi di Miri). ahah. berkibar-kibar di tepi jalan. baru-baru ini pula, setelah UMNO mula masuk ke Miri (setelah sekian lama, baru wujud UMNO di miri, so-called 'parti untuk orang melayu'), bendera UMNO pula yang berkibar-kibar. apa jadi kalau PAS ada di miri kelak, adakah mereka akan mengibarkan bendera PAS?
no offence! daripada insiden di atas, aku rasa MUNGKIN pihak terbabit tidak faham, tidak tahu, atau tidak concern apa perjuangan sebenar mereka. mereka sokong keADILan. kenapa? mereka sokong UMNO. kenapa? ada kemugkinan mereka tiada jawapan kepada persoalan ini. mereka juga tidak pasti apa sebenarnya perjuangan kumpulan-kumpulan berkenaan. (by the way, aku pun tak tahu apa sebenarnya yang diperjuangkan keADILan dan UMNO sebetulnya. yang aku tahu, melalui subjek SEJARAH, UMNO zaman dulu-dulu memperjuangkan hak orang Melayu). mungkin sebab aku sendiri tidak pernah kisah selama ini untuk mengambil tahu kerana aku rasa semua itu tiada kaitan denganku.
ALHAMDULILLAH dan segala syukur pada-Nya kerana aku telah diberi kesedaran oleh insan-insan yang prihatin dan memandu aku untuk belajar dan mengenal erti perjuangan yang sebenar-benarnya kini. kepada ALLAH aku memohon agar terpelihara dan istiqamah di atas jalan yang benar. dan besarlah harapanku, rakan seperjuanganku sekalian agar kita berada di atas landasan dan fikrah yang sama.
DEMOKRASI : it's in your hand !
mahu tidak mahu, kita tidak boleh lari dari 'politik'. SEKURANG-KURANGNYA, kita perlu AMBIL KISAH tentang politik. kita mahu perubahan di negeri kita, kita mahu kemajuan bangsa kita, kita mahu kemajuan AGAMA kita, dan dalam dunia hari ini, KUNCI KEMAJUAN terletak pada kuasa politik yang memerintah.

yang menjadi persolan, sejauh mana pemegang kuasa politik BENAR-BENAR selari dengan kepentingan rakyat seluruhnya. rata-rata pada hari ini, kita masih mendengar penindasan terhadap rakyat. rasuah, korupsi, masalah sosial, jenayah, keruntuhan akhlak, dan sebagainya patut dijadikan ukuran dalam membuat penilaian dan dalam menentukan apa yang hendak diperjuangkan. kalau hendak dilihat dengan lebih mendalam, sejauh mana kuasa politik BENAR-BENAR selari dengan Al-Quran dan Sunnah.

Allahu'alam.

isk2.

aku tahu, aku bukanlah sesiapa untuk mengetengahkan perkataan yang bernama 'politik' apatah lagi untuk mengatakan tentang isu politik semasa dan setempat. sesungguhnya, apa yang aku tuliskan adalah berdasarkan pemahaman akalku yang tidak begitu dalam. lebih banyak lagi yang perlu aku pelajari dan kaji.
jika kalian mendapati ketidakfahaman ataupun kesilapfahaman yang ketara dalam diri ini, aku amat alu-alukan apa-apa teguran, nasihat, mahupun kritikan agar sama-sama dapat kita perbaiki diri. nabi pernah bersabda yang lebih kurang maksudnya, " agama itu adalah nasihat, nasihat itu adalah agama".

seperti yang dinukilkan oleh ustaz hasrizal dalam saifulislam.com :

"...Tetapi tidak terlibat dengan politik, tidak bermakna kita tidak boleh belajar, mengambil tahu dan membuat pendirian mengenainya. Buangkan jauh-jauh nama parti politik yang kalian tidak suka, isu-isu yang mereka bawa tetap tidak boleh kita pisahkan dari kehidupan.."
"Negara Kita Tanggugjawab Kita"
p/s : eh! eh! politik dalam blog ini? ahah. mungkin kini masa yang sesuai. nampaknya, isu politik agak hangat kebelakangan ini rentetan daripada perhimpunan agung UMNO dan demonstrasi BERSIH yang lalu. ada juga yang berpendapat, general election is just around the corner!
Allahu'alam.

No comments: