"Sebenarnya saya rasa saya tak layak lagi untuk tugasan dakwah sebegini. Bagaimana saya nak tegur orang kalau saya sendiri tak settle lagi? Biarlah saya perbaiki diri saya dulu. Dalam hadis 34 ada menyebut, kala kita tak berkuasa untuk menegur kemungkaran dengan tangan dan lidah, kita tegur dengan hati walaupun itu selemah-lemah iman. Kalau macam tu, bersesuaian dengan kelemahan dan tahap saya, memadailah kalau saya hanya tegur dalam hati. Boleh ke? "
erm. pernyataan di atas ini aku copy+paste dari satu diskusi. mari sama-sama kita merefleksi hakikat ini. inilah realitinya. realiti aku juga. sungguh tidak benar jika aku mengatakan yang aku tidak pernah mempunyai paradigma yang sedemikian. dan kebanyakan kita. paradigma tentang 'layak' atau tidak dalam perjuangan menyampaikan yang haqq.
erm. dos yang paling asas bagi mengaktifkan neuron-neuron di dalam otak berkenaan hakikat 'layak' atau tidak ini serta perkara yang sepatutnya dilakukan, marilah renungkan sejenak, quote dari Task Force Miri :
"KALAU BUKAN KITA, SIAPA?"
"KALAU BUKAN SEKARANG, BILA?"
seterusnya di bawah ini lagi dan lagi sambungan sambungan diskusi yang aku copy+paste bagi membuka minda dan hati ini tentang 'layakkah aku?' :
Wajiblah ada di antara kamu suatu ummat (golongan) yang menyeru (manusia) kepada melakukan kebaikan, menyuruh berbuat yang baik dan melarang berbuat yang jahat. Mereka itulah orang yang berjaya (bahagia). (al Imran, 104).
Saidina Ali r.a pernah berkata (dipetik daripada buku Bimbingan Muminin Imam Ghazali m/s: 388);Aku merasa amat hairan, bila seorang Muslim didatangi saudaranya Muslim yang lain dengan suatu keperluan, malangnya ia tiada menganggap dirinya layak untuk membuat kebajikan. Apakah ia tiada mengharapkan pahala ataupun tiada takut kepada balasan? Sepatutnya ia akan menyegerakan dirinya kepada budi pekerti yang mulia, kerana yang demikian itu akan menunjukkan dia ke jalan yang selamat.
Dalam masa kita sibuk mempersoalkan isu layak atau tidak layak, pernahkah kita ambil masa untuk berfikir? Masihkah ada hari esok untuk ku? Cukupkah bekalan ku untuk ku berhadapan dengan Allah Taala? Sanggupkah aku melihat sahabat-sahabatku hanyut dibuai arus duniawi sedangkan aku bertungkus lumus untuk mencari Redha Ilahi? Apakah jawapan yang bakal aku berikan apabila Allah Taala mempersoalkan sama ada kita mengajak sahabat-sahabat kita melakukan kebaikan dan melarang mereka melakukan kemungkaran?
1. Sesungguhnya yang memilih kita bukanlah manusia tetapi pilihan itu adalah dari Allah SWT. Manusia hanya sebagai penyampai. Jadikanlah dunia ini sebagai tempat kita melabur untuk bekalan kita di akhirat. Tinggalkan soal layak atau tidak layak pada Allah SWT kerana hanya Allah lebih mengetahui. Tiada bezanya kita dengan sahabat kita yang lain di sisi Allah melainkan taqwa kepada Nya.
2. Jika kita masih tidak ada keyakinan, maka marilah kita kembali kepada janji Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 286:Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
3. Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani lebih tahu kemampuan kita dan sudah pasti tidak akan membebani hamba-hamba Nya. Insya Allah. Ambil peluang yang Allah kurniakan kepada kita dan lakukannya dengan seikhlas mungkin. Janganlah kita menolak takdir Allah untuk kita kerana mungkin peluang untuk melakukan kebaikan ini tidak akan datang lagi.
sekali lagi, peringatan untuk diri ini daripada diri ini sendiri dan daripada sesiapa yang pernah dan sentiasa sudi memberi peringatan kepada diri ini (dengan izin dan kurnia-Nya jua). alhamdulillah dan syukran.
fuhh. terserlah lagi kekhilafan diri ini. betapa sikitnya diri ini memanfaatkan ruang dan peluang untuk membuat kebaikan, umpama salah satu prinsip ideal gas; the volume of the gas is negligible compared to the volume of the container. betapa besarnya isipadu container itu, tetapi diri ini yang boleh dianalogikan sebagai gas tersebut, hanya menempatkan fungsi diri ini untuk isipadu yang begitu kecil. yang tidak signifikan langsung.
tuntasnya, kepada diri ini dan sesiapa yang masih mempunyai paradigma yang kurang meluas itu, maka lebar-lebarkanlah. kalau masih ingin berfikiran, "aku tidak layak kerana aku sendiri pun tidak perfek", ingatlah bahawa, tiada manusia yang sempurna, hanya Allah s.w.t yang Maha Sempurna. ingatlah bahawa, kalau ingin menunggu saat ilmu penuh-sepenuhnya di dada baru tergerak untuk melaksanakannya, entah bila saat itu hendak kunjung tiba. dalam kita belajar ilmu-ilmu berguna, dalam masa yang sama itulah kita berusaha mengamalkannya dan menyampaikannya, kerana bak kata orang puteh, 'learning is a never ending process'.
apabila disebut 'menyampaikan', bukanlah bermaksud cuba menjadi seorang guru agama (tetapi kalau boleh ke tahap itu, amatlah digalakkan), istilah 'menyampaikan' itu boleh dimungkinkan dengan pelbagai pendekatan. antaranya memberi nasihat yang berguna walau hanya sepatah dua. mungkin boleh juga 'menyampaikan' melalui akhlak yang baik. dan berbagai-bagai cara yang approachable. insyaAllah. buat perkongsian lagi (dipetik dari muhtarsuhaili.wordpress.com) ;
...di dalam berdakwah, konsep “Aslih nafsak, wad’u ghairak” wajar menjadi panduan. Maksudnya ialah bersama-sama kita memperbaiki diri kita sendiri dan dakwahkan/ ajak orang-orang lain untuk sama-sama memperbaiki diri dan memperjuangkan kebenaran serta mendaulatkan Islam.
Sebagai muhasabah, bersama kita renungi kata-kata ini: “Hati yang mati tidak akan menghidupkan hati mati yang lain.”
Sebagai muhasabah, bersama kita renungi kata-kata ini: “Hati yang mati tidak akan menghidupkan hati mati yang lain.”
apa yang boleh disimpulkan dari pernyataan tersebut, usaha pembaikan dan memperbaiki diri perlulah istiqamah dilakukan dan pada masa yang sama menjadi tanggungjawab kita untuk mengajak insan lain bersama-sama memperbaiki diri dan menuju kebaikan serta mencegah kemungkaran. oleh hal yang demikianlah, peri pentingnya kesalingan antara kita. saling mengingatkan antara satu sama lain. kerana, aku dan kalian ada kekurangan, kealpaan, kelalaian, dan kelebihan kita masing-masing yang telah dikurniakan-Nya.
walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang telah lama 'bebas' dari pemikiran yang kurang luas tersebut, Alhamdulillah. teruskan perjuangan kalian dan diri ini mengharapkan sokongan dan dorongan kalian untuk sama-sama berjuang dan membina kekuatan diri.
sama-samalah aku dan kalian saling memberi peringatan antara kita. mudah-mudahan kita sentiasa terpelihara dalam hidayah-Nya. mudah-mudahan dipermudahkan kita dalam perjuangan ini. mudah-mudahan hati-hati kita istiqamah dalam perjuangan ini. mudah-mudahan ukhuwwah antara kita diperkuat dari hari ke hari. dengan limpah rahmat-Nya jua. ameen.
syukur dipanjatkan kepada-Nya atas kehadiran insan-insan yang sentiasa menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran baik yang terdiri daripada kawan-kawan, bloggers, pengirim emel dan sms, ustaz-ustazah, penulis-penulis buku ilmiah, penyampai ceramah, usrah dan tazkirah serta ingatan-ingatan yang baik, yang besar mahupun kecil, yang dekat mahupun jauh. semoga kalian sentiasa mendapat limpahan rahmat dan baraqah-Nya.
Allahu'alam.
1 comment:
Coin Casino - Play With a Bonus From A Fortune
Casino Coin Casino 메리트카지노 is a fun and 인카지노 friendly casino and you can also use a variety of casino bonuses septcasino to help you win. You can also win real money with it
Post a Comment