Saturday, August 04, 2007

weekends

erm, hari ini, telah ke PIKOM PC Fair 2007 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
ramai orang, pelbagai produk dengan variasi pilihan dan harga. rambang mata juga aku dibuatnya. tapi aku tidak membeli apa-apa. hehe.

insyaAllah, 10-12 Ogos ini, akan mengikuti trip ke perkampungan Orang Asli di Johor yang dianjurkan oleh Kelab Bina Insan (KBI), Taylor's dengan kerjasama PERKIM. aku pun tidak pasti bagaimana dan di mana kami akan menginap. semasa perjumpaan pertama KBI, apabila ditanyakan kepada mereka mengenai penginapan, menjawab, "surprise". ergh. just wait and see.

jadi, diharapkan lawatan ini akan memberi manfaat kepadaku, kepada kami semua umumnya di samping menjadi wasilah buatku bagi merintis ERTI HIDUP PADA MEMBERI. mudah-mudahan dapat belajar sesuatu yang baru, pengalaman yang baru yang mungkin akan dapat dimanfaatkan pada masa akan datang. insyaAllah. lagipun, aku tidak pernah mengenali Johor dengan dekat. erm, rasanya, aku pernah ke Johor sekali sahaja, itu pun sekadar singgah semasa kecil dahulu. kurang pasti. hehe.

jadi, doakan mudah-mudahan aku selamat berangkat dari sini dan ke johor, sepanjang berada di johor, dan seterusnya sehingga kembali ke sini.

dan hujung bulan ini, akan bermulanya peperiksaan trial AS (Advanced Subsidiary Level), menurut pemahaman aku, AS ini ialah peringkat pertama Cambridge A-Level (CAL). InsyaAllah, tahun hadapan barulah menduduki A2-CAL peringkat kedua. final AS akan bermula sekitar oktober tahun ini manakala final A2 akan bermula sekitar pertengahan tahun hadapan, insyaAllah. sekali lagi, doakan kejayaan aku dan kami semua dalam peperiksaan-periksaan tersebut. dan buat kalian aku mendoakan kejayaan yang cemerlang, gemilang, terbilang dalam apa sahaja ujian akademik mahupun ujian kehidupan yang sedang atau bakal kalian hadapi. ameen.

Allahu'alam.

No comments: