Saturday, July 07, 2007

di sini aku sendiri?

wah! rasanya, hari inilah kali pertama aku memunculkan diri di taylor's pada hari sabtu. apa tidaknya, kebanyakan sabtu-sabtu sebelum ini, aku menghabiskan masaku di rumah saudara mahupun di rumahku sahaja.

yeap, masih dalam minggu pertama di semester 2 ini. masih lagi fresh dan segar. hehe. sebenarnya hari ini merupakan Parents.Teachers'.Day, sebagai satu kesinambungan setelah berlalunya musim peperiksaan semester 1. jadi, aku mengambil kesempatan ini untuk bertemu dengan lecturerku. lecturer physics, Mr.Selva dan chemistry, Ms. Kuek. oh, this P.T.D was mainly held in the Multi-Purpose Hall (MPH). semasa aku melangkah masuk ke pintu MPH tadi, kelihatan beberapa orang dari bahagian pentadbiran tucsj bertindak sebagai penyambut tetamu. salah seorang daripadanya menghampiriku.

"where's your parent?"
"they don't come", jawabku dengan english yang masih lagi tidak berapa konfiden.
"so, what're you doing here?"
"err, if i want to see the lecturer.."balasku ditambah dengan bahasa badan yang lain.
"haha..(bole dia ketawakan aku)..of course..can..can..u look for your lecturer who is free first" aku melihat sekeliling, meja dan kerusi bersusun-susun. pelbagai ragam manusia. aku tercari-cari kelibat yang aku kenali.

almaklumlah ibu bapaku berada di bumi sarawak. jadi aku pun menemui lecturer physics. soalan yang sama,

"where's your parent?"
"they cannot come. they are in sarawak"
"owh.."
"erm..there's nothing much that i can say..so, what do you want to do?"
"owh, i just wanna know what can i do to improve my results"

wah..i'm quite impressed with myself. maksud aku, atas kelancaranku menuturkan bicara, maksud aku, kelancaran untuk berkomunikasi dengannya. bukan apa, sebelum ini, di dalam kelas, aku agak segan dengan Mr.Selva. aku ingat lagi, masa aku mula2 belajar di dalam kelasnya pada awal tahun dahulu, pernah sekali, selepas aku bertanyakan soalan kepadanya, dia berkata," try to speak louder". hehe. hal itu terjadi kerana aku tidak konfiden untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris. insyaAllah, dari semasa ke semasa, aku cuba untuk memperbaiki kelemahan ini. sambung ceritera,

"owh, just do a lot of past years questions..you all have been doing that right?" 'you all' yang dimaksudkannya ialah kami, scholar petronas. 'Ya!' jawabku dalam hati, rakan-rakanku, bukan aku!
"yes, for me not so much" aku merujuk kepada diriku sendiri.
"so, do all past years. you buy the past years, try the question but don't look at the answers" katanya sambil terangguk-angguk.
"ok, so just do all the past years and.." kataku, cuba untuk mendapat kata-kata lanjutan daripadanya.
"yea, of course, ask more..i mean not 'more'..'more'.." sambil tersenyum. maksudnya 'more'..'more' janganlah bertanya perkara yang tidak sepatutnya.
"ok.." hehe. aku tersengih

"you didn't do that right..so, just ask. .so that i know what you don't understand or what you understand wrongly.." sambungnya.

hehe. aku tersengih lagi. terasa ke'hampeh'an diri. mana perginya prinsip 'malu bertanya sesat jalan' yang pernah dipegang suatu ketika dahulu?

isu yang sama turut diungkapkan oleh Ms.Kuek.."do a lot of past years questions.."

dipendekkan cerita, melalui pertemuan singkat itu, konklusinya : aku perlu membuat banyak latihan..(yang sebelum ini tidak mencukupi)..salah satu langkah daripada beribu-ribu langkah yang perlu aku mulakan dan istiqamah dalam meneruskannya..

[p/s : dialog mungkin tidak 100% sama seperti yang menjadi butir bicara, tetapi masih membawa maksud yang sama, insyaAllah] :o)

erm. secara umumnya, tidak salah jika aku nyatakan di sini, kepada aku dan sesiapa sahaja yang belajar dalam satu sistem yang berorientasikan peperiksaan sepenuhnya (seperti SPM, PMR, UPSR, a-level, etc) salah satu keperluan dalam merangka formasi dan strategi pembelajaran ialah dengan membuat sebanyak-banyaknya latihan soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.

aku masih ingat (dan mungkin akan sentiasa ingat), semasa di tingkatan 5 dahulu, Mdm.Chai seorang guru berdedikasi yang mengajar fizik begitu gigih dan cekal dalam menyediakan buat kami soalan2 peperiksaan sebenar mahupun percubaan tahun2 lepas. sebut sahaja dari mana, seluruh pelosok malaysia disediakannya. terima kasih cikgu, budimu yang tak terbeli. sayangnya, cuma kebanyakan kami bak kata orang puteh take for granted atas apa yang beliau usahakan. begitu juga di tusen kimia, Mr. Chin di holiday park, beliau sentiasa memberikan latihan2 soalan peperiksaan tahun lepas. aku kira, setebal satu fail tebal koleksi yang telah disediakan. Alhamdulillah, dengan izin Allah jua, berkat strategi itu, aku mendapat gred yang baik untuk kedua-dua subjek tersebut dalam peperiksaan spm. sedangkan pada asalnya, penguasaanku lemah dalam kedua-dua subjek tersebut.

tercoretnya apa yang telah aku coretkan di atas adalah sebagai satu lagi peringatan buat diriku yang lalai dan khilaf ini yang sesuatu tidak datang bergolek. usaha tangga kejayaan. utamakan yang utama. dan menyedarkan diri ini lagi dan lagi, adanya manusia di dunia ini bukanlah untuk perkara yang sia-sia. hatta lalat yang menjengkelkan manusia turut mempunyai hikmah penciptaannya. apatah lagi manusia yang merupakan sebaik-baik ciptaan yang dikurniakan akal. manusia di dunia ini, adalah bagi menunaikan perintah-Nya demi mencapai keredhaan-Nya. cuma, manusia yang harus memilih yang haq dan yang batil.

owh. hari ini juga, tucsj diramaikan dengan kedatangan pelajar-pelajar intake july tajaan jpa. sememangnya ramai. apa yang kelihatan pada pandangan mataku, pelbagai ragam insan, ibu bapa mahupun dengan saudara-mara yang menghantar mereka. di satu sudut, aku melihat seorang anak lelaki memeluk dan mengusap-usap bahu ibunya. memujuk mungkin. mungkin inilah yang dikatakan si anak tersebut,

"janganlah ibu menangis, saya ke sini bukannya untuk suka-suka ibu, saya ke sini hendak belajar, hendak ubah nasib keluarga kita, hendak balas jasa ayah dan ibu, bukannya lama ibu. pejam-celik, pejam-celik, saya sudah bekerja, insyaAllah, masa itu nanti biar saya yang tanggung keluarga kita ibu.."

MUNGKIN. mungkin itulah yang dikatakannya. paling tidak pun itulah ayat tipikal yang biasa menjadi dialog drama melayu di tv. tipikal. klise. apa lagi? SESUNGGUHNYA, tipikal itulah, klise itulah yang seharusnya menjadi ingatan dalam diri seorang anak.

aku melihat lagi, di suatu sudut, ibu bapa berbaju batik dan berbaju kurung, segak dan gembira di sebalik raut wajah yang dipenuhi garis-garis usia. betapa syukur bergema di hati-hati mereka. dengan ruang dan peluang kurniaan-Nya ini. bangga, gembira, syukur, dan macam-macam lagi gejolak perasaan. seakan-akan aura itu terkumpul menjadi gelombang besar yang melemparkan tempiasnya pada sisi hati ini, seakan-akan dapat merasakan apa yang mereka rasakan.

di suatu sudut lagi, seorang anak yang bersendirian, duduk bermenung, dengan 1001 kerisauan yang terpancar di wajahnya. mungkin. masakan aku mampu menerobos dasar mindanya. aku teringatkan diri aku sendiri. mungkin apa yang dia rasakan sama seperti yang pernah aku rasakan. kerisauan dan kerinduan berjauhan dengan keluarga. ya, aku menangis ketika mula-mula sekali memasuki alam belajar di perantauan. setiap kali meninggalkan miri, aku akan diterpa kesayuan dan kesedihan itu. tetapi, bila lagi manusia akan belajar menghargai jika tidak di saat perpisahan? yang utama, biarlah setiap pertemuan dan perpisahan itu adalah kerana-Nya.

satu formulasi lagi boleh diterbitkan : ibu bapa sebagai salah satu pemangkin motivasi. apabila berasa diri tersasar dari laluan sebenar dalam meniti perjuangan ini, kenangkanlah ibu bapa. betapa besarnya harapan mereka terhadap kita. betapa besarnya pengorbanan mereka. betapa ikhlasnya kasih sayang mereka. kepercayaan yang diberi, genggam sekuatnya. kadang-kadang membuat diri ini bergetar, andai diri ini menjadi punca kekecewaan mereka. Na'uzubillah min zalik. mudahan belantara menuju harapan dan redha-Nya dapat diredah dan ditempuh dengan sebaiknya.

lagi dan lagi, semua ini menjadi satu refleksi diri. seperti yang pernah aku tuliskan buat diriku di laman maya ini, mungkin, kita dapat melihat, belajar dan mengenali diri kita dalam diri insan yang lain.

wallahu'alam.

di sini aku sendiri? saat ini aku sedar..ramai lagi di sini...dalam kembara ini..

No comments: