dalam economics, anda akan mempelajari tentang 'opportunity cost'. baiklah, apa itu 'opportunity cost'? erm. 'opportunity cost' ialah 'the second best thing that one must forgo..etc..etc..'. because of the limited resources and unlimited wants.
erm. secara ringkasnya, 'opportunity cost' ialah sesuatu yang terpaksa kita korbankan kerana kita terpaksa membuat pilihan antara 2 perkara. itulah yang dikatakan second best forgone in order to choose the best choice.
this is the fact of life. it's not merely an application in economics.
so, back to reality. yesterday, all of taylor's students who took Malaysian Studies this semester had our LAN final test. well, it was ok despite we started late due to the noises and never-listen-to-the-lecturer's-instruction phenomena in the exam hall.
so, what does this test had to do with the'opportunity cost' then?
yesterday, we finished classes early. usually, we go back at 3 pm, but yesterday was as early as 1.50 pm because the exam started at 3.30 pm(supposed to but end up starting at 3.36 pm).so, after class, my friends and i went to surau. after that my friends stayed there while waiting the exam to start. meanwhile i went down to the basement, looking for a nice place to lepak and belek-belek the notes.
akhirnya, aku melabuhkan diri pada sebuah kerusi di kawasan makmal. kawasan tersebut agak terbuka dan banyak pepohon rendang. sambil itu, aku ber'sms'. dengan edwin. dia bertanyakan beberapa perkara tentang akaun bank apa yang perlu dibuka dan elaun. dan, sungguh tidak aku sangka, itulah mesej-mesej terakhir yang aku send menggunkan henpon nokia 1600. model biasa-biasa sahaja, TETAPI amat bermakna buat aku. itu ialah pemberian kedua orang tuaku sempena ulangtahunku tahun ini + kerana henpon aku yang hilang di mid-valley january lalu. huhu.
mungkin pada zaman pendidikan menengah dahulu, henpon tidaklah begitu signifikan dalam kehidupanku seharian. harum bulak kata orang sarawak, aku mereload hanya 3 bulan sekali. untuk memastikan simkadku terus aktif. tetapi, setelah zaman pasca sekolah menengah ini, lebih-lebih lagi berjauhan dengan keluarga dan rakan-rakan, henpon menjadi salah satu keperluan yang tidak diragui. untuk menelefon, sms, dengan kata orang putehnya 'keep in touch'. betapa peri pentingnya dunia mobiliti ini. life changes. kita mendengar ini di mana-mana. zaman ini, hampir setiap minggu aku mereload, dengan izin-Nya jua.
menghampiri pukul 3, aku berkemas-kemas dan naik semula ke tingkat C, tempat di mana letaknya Multi-Purpose Hall (MPH). sesampainya aku di sana, kelihatan telah ramai orang yang berkumpul di luar MPH. lantas, aku menyapa rakanku. sedang mereka berbual-bual, mereka mengatakan yang beg dan barang-barang mereka diletakkan di dalam surau. atas tindakan refleks, aku pun berhasrat untuk meninggalkan begku di surau. beg boleh dibawa masuk ke MPH, tetapi di atas pentas. aku tidak berfikir panjang. aku terus menuju ke surau, mengambil alat tulis yang diperlukan lalu meninggalkan beg aku di situ.
kemudian, ujian selama 1 jam. selepas itu, aku pergi ke surau untuk mendapatkan beg. setelah beberapa ketika meninggalkan surau, aku mencari-cari henponku. sik ada!
erm. yeah, i did call my number many times. it was ringing but nobody picked the phone up. i sent sms. hoping whoever was holding my phone will contact me back. probably i left the phone somewhere. probably. with a very small probability. wallahu'alam.
later that night, i tried calling my number again. tuuut. voice mail. so, i guess, it's a sign of farewell.
aku agak terkesan dengan ketiadaan henponku. henponlah yang paling dekat denganku. pagi-pagi, aku gunakan alarm henpon. dan pagi tadi, bunyi yang biasa aku dengar, tidak kedengaran lagi. atau bunyi sms yang sampai. mahupun getaran henponku yang beramplitud agak tinggi ketika mod silent. atau deringan dari keluargaku. terasa sunyi.
jadi, bagi meneutralkan perasaan ini, sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.
Wallahu 'ala kullisyai inkadir. dan Allah lah yang berkuasa atas segala sesuatu.
eh, berbalik kepada 'opportunity cost'. huhu. kiranya, 'opportunity cost' aku tidak membawa beg ke dalam MPH ialah perpisahanku dengan henponku. wallahu'alam.
~dalam kenangan...~ :(
No comments:
Post a Comment