Saturday, May 05, 2007

cara-cara mengepos

salam!

semalam aku berpeluang merasai satu pengalaman baru. hehe. mengepos surat (Pos Laju)
marilah kita sama-sama menghayati cara-cara mengepos surat untuk rujukan pada masa hadapan :

1. Langkahkan kaki ke Pejabat Pos. (semalam seawal 8.15 aku ke pejabat pos berdekatan kolejku. erk! rupa-rupanya pejabat dibuka pada pukul 8.30)

2. Beredar dari pejabat pos tersebut dan tujulah keMcDonald berdekatan. (kalau sanggup tunggu di luar pejabat pos, boleh juga)

3. Sesampainya di McDonald, sila beratur di kaunter. Orderlah Sausage McMuffin + air teh.(kebetulan ketika ini ada offer dari McD-RM 4 sahaja)

4. Setelah selesai makan, bergerak kembali ke pejabat pos. Pastikan jam telah melebihi 8.30.

5. Sesampainya di pejabat pos, pergilah ke kaunter borang. Ambil borang Pos Laju-dalam negeri.(untuk menghantar surat2 atau objek2-domestik sahaja)

6. Isilah butir-butiran yang diperlukan dengan selengkapnya. Nama pengirim, alamat, no. telefon, nama penerima, alamat, no. telefon. Akhir sekali, turunkan tandatangan pada bahagian bawah sekali borang. Pastikan sampul yang hendak dihantar tidak mengandungi objek merbahaya.

7. Pergilah ke kaunter mengepos. Serahkan sampul beserta borang yang telah diisi. Sampul tersebut kemudiannya akan ditimbang oleh pekerja kaunter. Kemudian, sila jalankan pembayaran yang dikehendaki.

erm. begitulah sedikit sebanyak kaedah mengepos-Pos Laju. sekian.

:o)

No comments: