fuh. hari ini hari jumaat. mendongak ke atas, kelihatan sang matahari terik memancar. (erk! aku sedang menghadap tingkap di mana PC ini membelakangi tingkap). syukur. tidak mendung seperti semalam. moga cuaca cerah sehingga ke petang.
ergh! malam tadi, aku tidak mengantuk awal. dan dalam tv tiada kisah menarik yang dipertontokan. dan aku tidak online! isk. gara-gara adikku membuka cerita di kala kami meronda-ronda sekitar kpg. luak dengan skuter membelah kegelapan malam. dan malam jumaat! dia bercerita mengenai kewujudan makhluk tidak-boleh-lihat di rumah kami. erk! i doubt it actually, mitos or fiksyen. hehe. (pakei nyedap ati).
katanya, suatu ketika (dah la kami ketika itu melalui jalan sunyi dekat perumahan baru berhampiran smk luak) ketika dia tinggal keseorangan di rumah, dia sedang menonton tv di bilik tv. dan tv terletak menghadap pintu masuk ke bilik tv. jadi, ketika menonton tv, adikku kind of membelakangi pintu. dan di belakang tv pula ialah tingkap bilik tv. dan adikku kiranya menghadap tingkap sambil menonton tv. katanya, dia merasa tidak berapa sedap hati. dan katanya dia terlihat satu imej sedang menjenguk dari pintu bilik tv, yang terbentuk pada tingkap bilik tv. of course lah tiada sesiapa di situ. ahh! kataku, mungkin itu hanya ilusi mindanya sahaja. sik cayak! lalu aku berhujah dengannya, setiap imej yang terbentuk pada cermin sudah semestinya datang daripada cahaya yang dipantulkan oleh sesuatu objek di hadapan cermin.( duh, i beliv all of u who read dis blaja physics kat skool ) objek itu mestilah sesuatu yang boleh-lihat, boleh-sentuh. erm, mungkin physics aku tidaklah begitu baik. tapi secara logiknya, hanya gelombang yang boleh dipantulkan termasuklah cahaya! (betulkan aku, jika ada ralat fakta di sini, al maklumlah, saya budak baru belajar, masih mentah setahun jagung!) jadi bagi imej yang terbentuk di skrin, sudah semestinya objek yang membentuk imej itu boleh dilihat dengan mata kasar. gaga. dan adikku membalas hujahku, "dah benda ya mok molah kita sedar kehadirannya..bla..bla..bla.."
erm, of course i believe in the existence of jin. disebut dalam Al-Quran tentang kewujudannya. ditambah pengalaman dari ktdthb, yang agak meriah dengan insiden-insiden berkaitan jin ini. di mana suatu ketika, ustaz pernah mengeluarkan jin yang meresap ke dalam tubuh rakanku, kata ustaz jin itu duduknya di medula oblongata ketika itu. (insiden ini berlaku ketika menghampiri spm, di surau al-hidayah. kelas PI tekun-cekal. ustaz meng'scan' seorang demi seorang,kalau-kalau 'terganggu' ketika belajar. nurisa, fakhrul, annisa, firdaus mesti ingat dis particular day kan?) sambung kembali cerita..ketika itu kalau tidak silap aku, hari isnin. satu masa terakhir ketika itu ialah fizik. dan aku terlewat masuk ke kelas fizik kerana menemani rakanku yang tersebut di atas untuk melalui proses eksorsisme (hehe, ada ndak ka dalam Kamus Dewan edisi keempat tok..). dan jin yang telah dikeluarkan, ustaz masukkan ke dalam botol mineral. sempat lagi sebelum dimasukkan ke dalama botol mineral, makhluk itu di belek-belek oleh cikgu es yang pada ketika itu turut berada di surau. kecil komennya. bayangkan apa yang divisualkan mataku ketika itu, ustaz dengan tangannya tergenggam ( lebih kurang seperti sedang menjinjing sesuatu) dan cikgu es dengan pennya dibelek-belek pada you-know-what-cannot-see-one. erk.
kemudian, bersama makhluk yang berada dalam botol mineral, ustaz menyuruh kami berjumpa dengan seorang senior iaitu ketua biro dakwah dan tarbiah PPIK, untuk mengesahkannya. mungkin ustaz melihat ketidakpercayaan yang terpapar di wajah kami. dan kami pun kembali ke kelas sebentar. sebaik sahaja loceng tamat dibunyikan, aku dan rakanku berkejar-kejaran mencari kak d. dan akhirnya bertemu jua di dalam arus pelajar yang berpusu-pusu untuk balik dari sekolah. dan dia meneliti botol mineral itu. katanya ada. sama seperti yang digambarkan ustaz kepada kami. tetapi kata kak d, jika waktu maghrib, barulah dia dapat melihat dengan lebih jelas. botol mineral yang berisi itu kami letakkan dalam bakul motosikal ustaz.
lagi dan lagi, terdapat beberapa orang yang aku kenali di ktdtdhb mempunyai the sixth sense. antaranya yang aku sebutkan di atas tadi. ada lagi seorang, yang membantu AJK tertinggi PPIK ketika nadwah untuk mengenalpasti 'hot-zone' di sekitar ktdthb. antaranya, tangga di makmal bio. (nadwah, PPIK..kenangan terindah)
kemudian, ditambah lagi dengan insiden penebangan dan pembakaran hutan bersebelahan surau al-hidayah. rakan sekolahku, especially geng usrah belakang kelas 5 cekal, ajeerah, azrul, nurisa, siti hawa. sudah tentu kalian ingat tentang 'fuad'. sempat lagi plente! hehe.
uhuh. jauh aku melencong. sambung kembali, kemudian adikku lantas keluar rumah. itulah, kadang-kadang, being outside the house is safer than being inside the house. hehe. u know what i mean. susulan daripada itu, dia memberitahu bapaku. dan bapaku lantas mengazankan setiap ruang di rumahku. satu demi satu bilik. dan juga bilik komputer (yang kini aku berada). saat dia melaungkan azan di bilik ini (bak penceritaan adikku lah, bulak adikku, maka bulaklah aku..), mereka terdengar bunyi 'langkah-langkah menuruni tangga yang pantas-gedup-gedup-gedup). lalu bapaku membaca surah yasin.
itu berdasarkan penceritaan adikku. dan aku honestly tidak percaya/tidak mahu percaya secara ekstrim (bukan sebab takut ehs, maybe mengganggu emosi a lil bit..hehe), kerana biasalah, orang malaysia, selalu exaggerating.
haha. don't imagine what i'm feeling rite now, tatkala menaipkan patah-patah kata, dan baris-baris ayat ini, di bilik ini. walaupun hari siang! hehe, kalau malam, masakan aku mempunyai inisiatif untuk melakukan penaipan ini.
hehe. sejak minggu lepas aku berada di bilik ini sehingga lewat malam untuk meng'online'kan diri. biasa-biasa sahaja aku rasakan. ergh. kini, psikologiku telah dijejaskan oleh adikku yang sangat 'bertuah' itu. dia tidak sepatutnya membuka penceritaan itu kerana sebelum ini, sepanjang aku berada di tanah melayu, aku tidak mengetahuinya tambahan lagi aku tiada di sini ketika berlakunya insiden yang diceritakan olehnya itu. erghH!
my bro, i don't trust his face! hehe. biarlah kisah ini menjadi fiksyen semata-mata.
aduhs. lagi penyimpangan olehku. merujuk kepada tajuk post ini, aku cuma ingin mengkhabarkan yang aku akan kembali semula ke tanah melayu ahad ini. insyaAllah. dan! baru petang ini, insyaAllah, aku akan meng'interview' seorang mantan pelatih PLKN untuk assignment malaysian studies. huhu. last minute work! bak kata kawanku, sik jerak2 ;p. hehe. tidak mahu beralasan, sememangnya, kita hanya merancang, Allah yang menentukan. terdapat beberapa kekangan dan aral melintang. dan tidak dinafikan salahku juga kerana tidak memanfaatkan sebaiknya perjumpaan-perjumpaan kami yang lepas di minggu lalu. huhu.
mudahan-mudahan, segalanya berjalan lancar pada hari ini dan mudah-mudahan mendatangkan lebih banyak kebaikan untuk semua pihak. :o)
kepada mantan pelatih PLKN yang berkenaan, hamba ingin meminta maaf atas segala kesulitan yang dikecapi. dan segulung peghargaan atas kesudiaan pihak saudari untuk ditemu ramah. hehe.
sekian. segala yang dipaparkan hanya sebagai bacaan.
percayalah kerana Allah. kerana andai tersilap percaya, mampu terpesong aqidah. jangan biarkan gejala itu datang menerjah, ajaran sesat..katakanlah, boleh blah!! (kempen jauhi ajaran sesat). it's quite pathetic these days, ajaran sesat is everywhere..fuh.
Ya Rahman, Ya Rahim, Ya A'lim, jadikan kami orang-orang yang sempurna aqidahnya, peliharalah kami dari segala anasir yang memudaratkan, mantapkan keimanan dan ketaqwaan kami, dan jadikanlah kami orang-orang yang berserah dan bergantung harap HANYA kepada-Mu. Amin.
wallahu'alam. subhanaka la 'ilmalana illa ma 'allamtana, innaka antal 'alimul hakim.
Friday, April 20, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hehe..'that thing' is everywhere..even in kolej..
erm, nvr told u..maybe bcos u wouldnt beliv it..hehe..:p
yup, interviewed nurisa, hehe, i think i got more than enough, i interviewed her for approximately 2hours! haha. n she told me about how 'supportive' u were by copy-paste-ing the rules to find any reason so that she could withdraw from NS. hehe. n about the paper-spray u gave her. btw, she's a good interviewee.
Post a Comment