Thursday, April 12, 2007

di tepi pantai yang indah

Perkelahan di Tepi Pantai
Pada petang semalam, aku bergegas-gegas menggoreng sosej. Alamak! Dek kerana api yang terlalu besar ditambah lagi dengan kelalaianku, 4 sosej pertama gorenganku, legam. Kemudian, aku pun mengambil inisiatif mengecilkan api dan bertekad untuk lebih peka dan berhati-hati. Seketika kemudian, nada mesej telefon bimbitku berbunyi. Asylla. katanya, dia sudah semakin hampir dengan rumahku. belum sempat aku menyelesaikan penaipanku untuk mereply, kelihatan kereta Asylla di luar pagar rumahku. Aku menjemputnya masuk. dan gorenganku diteruskan. aku turut membancuh satu jag air oren.
selepas beberapa ketika, kelihatan Nurisa dan Seetah memasuki ruang dapurku. aku pun mengeluarkan air oren yang aku bancuh tadi dari peti ais. erk! melihat jag itu yang hanya 2 liter isipadunya, rakan-rakanku menyatakan, sesungguhnya kuantiti itu tidak mencukupi. dan mereka pun membantu untuk menyediakan lebih banyak air oren. dan akhirnya dua pertiga atau satu perdua tangki bersaiz 4 gallon berjaya diisi.
kami lantas bergerak dengan dipandu oleh kakak Ct Hawa, Tina menggunakan toyota unser. Destinasi asal kami ialah pantai luak. melihatkan keadaan yang sunyi dan tiada tempat yang teduh (matahari terik memancar), kami akhirnya mengubah haluan ke pantai Esplenade.
Sesampainya di Esplenade, kami menghamparkan permaidani hijau(hehe. ayat bombastik..)yang disponsor oleh Seetah. makanan-makanan dikeluarkan. agenda pertama, Asylla pun mengeluarkan gelas kertas yang telah dibawanya dan menuangkan air oren untuk kami berlima. diiringi dengan hiburan dari henpon Seetah. makanan-makanan dibuka tudungnya. Ct Hawa dengan saladnya, Nurisa dengan mee hoonnya, dan Seetah dengan sandwichnya. aku dengan sosej. dan Asylla di bahagian peralatan (hehe..sudu, pinggan, gelas). bacaan doa diketuai oleh Nurisa selaku pengerusi program perkelahan ini.
[mam..mam..slurp..slurp..emm..emm...erk!]--->soundtrack makan
kemudian, kami bangkit dari tempat kami mendudukkan diri. (aduh, lupa pula hendak mendescribekan suasana pantai..baiklah)
angin pantai bertiup sepoi-sepoi bahasa. terasa hembusan angin laut menampar pipi-pipi kami. angin yang agak deras, sehingga rempek tudung kami. ahh, biarlah. keindahan alam ciptaan tuhan dinikmati. syukur, petang itu tidak hujan. kami berteduh di bawah pohonan ru yang rendang (err..pokok ru ya kah?) tetudung kami, melibas-libas ke kiri dan ke kanan. gulungan ombak memukul pantai.kelihatan dari kejauhan, tanjung lobang, di mana letaknya sekolah tempat kami belajar, lantas menggamit memori indah bersama. kelihatan, rumah mewah yang didirikan di lereng bukit itu. hasil pelaburan yang meruntuhkan tandas kuning di sekolah kami. kenangan keindahan tandas itu terputar kembali di minda kami. (erk, jika dibandingkan dengan tandas baru sebelah makmal fizik). pepohon rendang di sekeliling kami meliuk-lintuk menari bersama angin, mengikut irama yang dimainkan alam.
selepas itu, kami pun 'membungkus' barang-barang kami di dalam kanvas yang kami bersantai di atasnya tadi. lalu, kami pun berjalan menuju ke pantai sambil menikmati choki-choki yang disponsor Seetah. apabila menginjakkan kaki kami ke atas pasir yang meng'coklet' (nampak gayanya, bukan pasir yang memutih), kami pun berkira-kira. akhirnya, membuat keputusan untuk membuka selipar dan membiarkan kaki-kaki kami berpijak di bumi nyata.
kami berjalan, menelusuri pantai. membiarkan kaki kami dipukul sisa-sisa ombak di gigi pantai. sambil mengambil gambar. sambil berplente ria. sempat juga kami meninggalkan tandatangan kami di atas pasir itu. setelah seketika, kami mematahkan balik perjalanan kami. di hujung pantai esplenade, sekali lagi kami mengambil gambar. mencuci kaki, dan kembali ke lokasi perkelahan kami. dan sesampainya di situ, kami telah 'dipadat' dengan sandwich Seetah. mesti habis. hehe. alhamdulillah.
kemudian, Nurisa dan Seetah dengan gigihnya menahan tangan mereka buat seminit lebih, mengambil video keindahan matahari tebenam. agak sayang kerana kami tidak berkesempatan melihat matahari 'dimakan' laut. dek kerana kepulan awan di pinggir muka lautan, implikasinya, matahari hilang di sebalik timbunan awan.
lewat petang itu, kami berkemas-kemas. dan kembali ke rumahku. akhirnya, satu demi tiga kawanku berganjak pergi.
'zouk' yang aku rasakan, cuma, inilah kehidupan. jikalau suatu masa di depan kelak, kita akan melupakan satu bahagian dari kehidupan yang lampau, biarlah. biarlah masa itu untuk berlalu. bak kata kawanku, itu tandanya we have moved on. bukan sengaja melupakan. cuma, dunia yang kita bakal lihat, mungkin berbeza dari dunia yang pernah kita lihat bersama di suatu ketika. sesungguhnya, sejauh mana kita meninggalkan masa lalu, masa lalu tetap bersama kita. masa lalu yang telah membentuk siapa diri kita. pengangan kita, kepercayaan kita. sebati dalam diri kita, walaupun kelak masa lalu kelihatan asing di mata kita, hanyalah kerana kita jarang menolehnya, bukan kerana kita sengaja melupa.
apa-apa pun, ingin berterima kasih kepada kawan-kawanku yang memberi sokongan padu kepada program perkelahan ini. hehe. i had a great time. dun forget to send me the pics!

mungkin kita akan terlupa sebahagian dari masa kita yang silam. biarlah. biarkan ia berlalu. mungkin itu lumrah. kita tidak merancangnya, tetapi yang pergi tetap berlalu jua. selagi kesempatan hari ini masih bersisa, manfaatkanlah. hidupkanlah kehidupan dengan yang sebaiknya. mudah-mudahan kita belajar daripadanya, untuk bekalan di hari muka. dan hari muka yang seterusnya, yang akan kekal selamanya di dunia sebelah sana.
petunjuk-Nya, mudahan kita menjadi, hamba-Nya yang dikurnia..
buat tatapanku di hari muka, andai aku terlupa..

2 comments:

Anonymous said...

syaa~!! sosej afrika laa! haha! terhibur saya membaca post anda. ahah. u actually made me giggle//laugh while reading it! haha. adehs. calie ktk. kacak gk bahasa dipakei utk men'define' semua ya. ahaha. adehs! one day we'll reminisce abt dis. hu noe's ada gk lak future perkelahan di tepi pantai yang indah, dipengerusikan lagi oleh cik nurisa. hoho. proposal picnic tek nya dah anta ka? ahahaha! adehs! neways, hope 2 see u soon!
btw, dis is ctah. ekekekeke.

syashot said...

hehe.
proposal ya simpan jak, kei future reference..

:o)