Wednesday, September 12, 2007

laporan lawatan ke perkampungan orang asli - with pics

(posted on 24/08/2007)
sudah agak lama aku tidak mengupdate blog ini. kira-kira 2 minggu lebih. 2 minggu lepas, aku telah menyertai lawatan ke Kampung Sri Pantai, Senggarang, Batu Pahat, Johor. Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja sebelum, semasa, dan selepas perjalanan ke sana. secara ringkasnya, pengalaman ke sana sememangnya suatu pengalaman yang menarik.

yup, kampung yang menjadi destinasi lawatan kami merupakan sebuah kampung yang diduduki oleh orang asli. tetapi, tidak seperti yang biasa digambarkan di dalam TV di mana, orang asli duduk di dalam hutan dengan berumah kayu. itulah implikasi yang timbul akibat kurangnya pendedahan yang sebenar dan MENYELURUH terhadap kepelbagaian bangsa yang ada di Malaysia ini. pernah berlaku insiden, ada segelintir insan yang bertanya kepada rakan-rakanku yang sebumi, "korang masih duduk atas pokok ke?". dan mungkin bermacam lagi. syukur, aku tidak pernah mengalami pengalaman ditanya sedemikian.

Bumi Sarawak merupakan salah satu negeri yang mempunyai kepelbagaian kaum yang amat unik sekali. Memanglah jika dilihat dalam dokumentari, jika berkisar tentang Sarawak, ditunjukkan -rumah panjang, pakaian yang kelihatan seperti cawat, dan banyak lagi unsur-unsur tardisional SEBAHAGIAN daripada kaum bumiputera sarawak. jadi secara konklusinya, aku cuma ingin membetulkan persepsi-persepsi sempit segelintir insan tentang hakikat sebenar sesuatu keadaan. kini, ada rumah panjang yang diperbuat daripada batu, ada astro, dan mungkin ada kemudahan internet! dan orang Melayu Sarawak adalah sama sahaja dengan orang Melayu lain di Malaysia, cuma 'loghat' Melayu yang berbeza. bukanlah bermaksud aku tahu semua perkara yang betul, cuma, apabila kita disempitkan oleh persepsi, kita juga yang akan rugi. tambahan lagi, ada yang sampai menyakiti orang lain. tidak sepatutnya. last but not least, I'M PROUD TO BE A SARAWAKIAN. unik. dan apa yang dipaparkan melaui media massa sememangnya terhad. bayangkan, negeri sarawak merupakan negeri terbesar di malaysia dengan pelbagai kaum dan etnik, masakan boleh dinilai melalui dokumentari yang mengambil masa hanya setengah jam itu. sempena cuti-cuti Malaysia 2007, datanglah ke sarawak, bak kata orang puteh, seeing is believing.

aiseh, tersasar dari topik..hehe..

dalam bas-yang dipenuhi dengan hamper sebagai cenderahati untuk keluarga angkat


jadi, sesampainya di sana setelah melalui perjalanan yang berjam-jam, kami dibahagi-bahagikan kepada rumah keluarga angkat. kpg sri pantai ini, boleh dikatakan kawasan pedalaman, tetapi berbeza dengan pedalaman yang aku faham (merujuk kepada pedalaman di sarawak, biasanya perlu melalui jalan air. contoh pedalaman di sekitar bahagian miri[baram] ; Bario, Mulu, Lubok Nibong, Long Lama, dan pelbagai lagi 'Long' yang lain), kerana pedalaman bagi kpg sri pantai ini ialah, kami (dan bas) perlu melalui jalan yang hanya satu lorong dari jalan utama. uhuh. susah hendak aku describekan di sini. dan di hujung kampung, terdapat laut dan pantai yang merupakan kawasan pantai lumpur (bukan pasir). kalau aku tidak silap, hutan yang terdapat di pesisir pantai itu ialah hutan paya air masin (mungkin, aku pun tidak pasti.. =p lama sudah meninggalkan pelajaran geografi), yang aku perasan, terdapat pokok-pokok nipah.


jalan menuju ke kpg. sri pantai

oh, hampir terlupa, komuniti orang asli di kampung tersebut merupakan orang asli beragama Islam yang berbahasa melayu. rasanya, tidak ada perkataan yang aku tidak fahami sepanjang aku berkomunikasi ataupun mendengar mereka berkomunikasi sesama mereka. sekali dengar macam bunyi melayu. dua kali dengar pun macam bunyi melayu. mungkin dari segi fizikal sahaja yang nampak perbezaannya. apa-apapun di sisi Allah, semua manusia adalah sama seperti lirik lagu kumpulan raihan ;

miskin kaya susah senang

ada di mana-mana

orang desa orang kota

kita semua sama

biar rambut sama hitam

tapi hati kita berbeza

walau muda

walau tua

yang beza hanyalah Taqwa

yang beza hanyalah taqwa. secara ringkasnya aktiviti yang telah kami sepanjang berada di situ, pada hari sabtu; antaranya sukaneka, demonstrasi penyembelihan-2 ekor kambing, dan lebih kurang 50 ekor ayam- setelah didemonstrasikan oleh ustaz, para pelajar lelaki pula yang membuat penyembelihan ayam-ayam tersebut. aku tidak pasti jikalau terdapat pelajar perempuan yang menyertai penyembelihan tersebut kerana pada ketika itu aku meng'join'kan diri dalam operasi mengupas bawang. rasa cam pengilan jak. hehe. ada juga yang terlibat dalam 1. operasi mencabut bulu ayam. dan yang paling ekstrim- 2. mengeluarkan isi perut ayam! dua pengalaman yang tidak sempat aku rasai.

bowling kelapa?


sukaneka bersama kanak-kanak kpg. sri pantai (gula-gula dalam tepung)


sukaneka pelajar bersama golongan dewasa (erk! aktiviti ini diberi nama 'semakin jauh semakin sayang')

penyembelihan kambing - mbekk!


penyembelihan ayam oleh pelajar


err..


kain pelikat futsal club? (acara penutup bagi sukaneka)

kemudian, pada malamnya ada forum. antara isi forum yang menarik yang boleh dikongsikan di sini, tentang perlunya USAHA untuk berjaya. asbab untuk berjaya itu perlu. tetapi Allah jualah yang berkuasa memberikan kejayaan itu. seperti contoh yang disebutkan oleh ahli panel pada malam itu ;

1. kisah Maryam, ibu kepada nabi Isa, ketika Maryam hendak melahirkan baginda, Maryam meminta makanan. dan Allah telah berfirman supaya Maryam menggoncangkan pokok kurma yang ada di sebelahnya. kalau difikirkan ikut logika semata-mata, mana mungkin kudrat seorang perempuan hendak menggoncangkan pokok kurma dan mengharapkan kurma itu jatuh. seperti ingin menggoncangkan pokok kelapa. mungkinkah buah kelapa jatuh? ya, dengan izin Allah jua hendaknya. maka, ini menunjukkan perlunya USAHA itu.

2. Nabi Nuh. Allah telah memerintahkan nabi Nuh untuk membina bahtera. kerana Allah akan menurunkan azab kepada kaumnya. kapal yang dibina nabi nuh itu menunjukkan, perlunya USAHA, dalam mencari kejayaan. kerana, dengan kuasa Allah, boleh sahaja Allah menyelamatkan Nabi Nuh dan kaumnya yang beriman serta haiwan-haiwan lain daripada bala itu mengikut kehendak-Nya tanpa terbinanya bahtera itu.

mini forum - "Cemerlang, Gemilang, Terbilang"


wallahu'alam. mungkin kalian boleh membuat rujukan lanjut mengenai hal ini melalui tasir al-Quran. jika ada ralat, harap dibetulkan.

kesimpulan : untuk berjaya, kita perlu berusaha. tetapi, jaminan kejayaan itu bukan terletak kepada usaha, tetapi kurniaan Allah semata-mata. maksudnya, kita yang melakukan USAHA, tetapi yang MEMEBERI JAYA ialah Allah jua hendaknya.


seperti panadol ; jika pening kepala, orang makan panadol. pening kepala pun hilang. adakah panadol yang menghilangkan pening kepala itu? jawapannya sudah tentulah tidak. yang BERKUASA menghilangkan pening kepala dan juga segala kesakitan hanyalah Allah. panadol hanya bertindak sebagai satu asbab sahaja. makan panadol merupakan usaha kita untuk menghilangkan sakit kepala.

yang penting USAHA, sekalipun kita tidak berjaya, insyaAllah mudah-mudahan Allah memberkati dan meredhai USAHA kita, dan daripada USAHA itulah kita beroleh ganjaran pahala. insyaAllah. jadi sekali lagi, MATLAMAT hidup perlu menjadi fokus utama. iaitu mencapai redha-Nya. bukan semata-mata fokus untuk kesenangan dunia. dan tidak dinafikan, dalam meniti jalan ke arah mencapai MATLAMAT itu, perlunya kejayaan-kejayaan kecil di dunia ini untuk dicapai untuk mengarah kepada kejayaan yang paling besar di akhirat kelak. oleh itu, kita tidak seharusnya mengambil enteng terhadap apa-apa bentuk usaha walau sekecil mana pun usaha itu, khususnya usaha ke arah kebaikan.


sebahagian daripada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"..hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas.."
-Riwayat Muslim-


pada petang sabtu itu, aku juga sempat menghirup udara ketenangan di pantai yang aku sebutkan di atas tadi. keindahan pantai yang sungguh bermakna.


Subhanallah..laut di hujung kampung.. (bersiar-siar bersama beeha, farhanah, dan carol sambil makan jagung dan ais krim)

Pics and pics..

are you ready kids? ayay captain! sukaneka bermula..

antara student yang turut serta
(from left : ana, nadia, berry, atik, syikin)

yay!


ukhuwwah fillah!
(from left : beeha, farhanah, ana, fiza, azi)


pada hari ahad, kami sempat singgah di sebuah lagi kampung orang asli. iaitu Kpg. Minyak Beku. cuma, bezanya dengan kpg. sri pantai ialah, dari segi kemudahan infrastruktur. di kpg. minyak beku, kemudahan infrastruktur agak kurang berbanding kpg. sri pantai. boleh dikatakan kurang teratur. tetapi, bak kata pengerusi JKK kampung itu, mereka akan berpindah ke suatu penempatan baru yang lengkap kemudahan infrastrukturnya pada masa akan datang.

selepas majlis penutupan pada petang ahad, kami pun kembali ke rumah masing-masing.

erm. sekian untuk lawatan itu.


nikmat itu satu ujian, kesusahan itu pun satu ujian.


Allahu'alam.

3 comments:

dumplings and pau said...

Kmk ada gambar pantey ya!! Hehe. Sekali lagik, selamat berpuasa! >_<

syashot said...

hehe..ya early edition..

okies, slamat berposa @ selamat berpuase juak kat cnun.. ;o)

:o)

bulukorek said...

a'kum cik SyafiQah @ blog owner. saya tertarik gak aa dgn report lawatan ke kampung orang asli ni. Kebetulan saya tgh buat research utk projek final year ttg permasalahan dlm masyarakat 2nd world country. please hit me back... :) ... ur comments and ideas will be very much appreciated.