erm. apa kabar blog? huhu. alhamdulillah. aku kini berada di miri kembali. hehe. cuti yang pendek. implikasinya, aku mungkin tidak kembali ke miri pada cuti pertengahan semester kelak. erm. sekitar bulan april. 2 minggu.
erm. terlalu banyak yang ingin ditaip. hehe. apa tidaknya, setelah sekian lama aku tidak meletakkan apa-apa pengisian dalam blog ini. ergh. dapat aku rasakan kejanggalan ketika jari-jemariku menaip sepatah demi sepatah perkataan yang tertera di dalam blog ini. seolah-olah tidak biasa. ya, mungkin benar, dalam satu tempoh masa, kita mampu 'terubah'. diubah mahupun mengubah.
[sedang menyesuaikan diri sebelum memulakan penaipan yang sebenar]
baiklah. dalam penaipan kali ini, tiada lain yang dapat aku taipkan. melainkan proses evolusi kehidupan ini.
bermulalah ceritera..
kini, genap sebulan aku berada di TUCSJ. aku menjalani proses pembelajaran CAL. insyaAllah, untuk 1.5 tahun berkuatkuasa Januari lalu. (fuhh..nebes, dalam penantian keputusan sebenar SPM). hal ini kerana, bagi memastikan diri ini dan rakan-rakan seperjuangan lain dapat menapak di alam CAL, keputusan sebenar SPM amatlah dititiberatkan.(erm.sebagai syarat bagi pembelajaran yang non-self-sponsored)
aku mengambil 4 subjek .physics, mathematics, chemistry, economics. 1 subjek yang diwajibkan TUC, iaitu thinking skills. dan 2 subjek yang diwajibkan oleh LAN iaitu malaysian studies dan islamic studies.
[to be continued..]
No comments:
Post a Comment