Wednesday, December 27, 2006

panik.

what a night! malam tadi. sebaik sahaja melangkah ke dalam rumah (erm. aku dari luar rumah). kepanikan menjalar dalam diriku. mengapa? mendapat khabar amaran tsunami bakal melanda pantai sabah dan sarawak. begitu ringkas informasi yang kuterima. dari cnn kononnya (erk! memang pun diberitakan oleh cnn). hehe. akal logikku mula berfikir. tak logik macam. sabah sarawak bah! jauh ada jak dari lingkaran api pasifik atau mana2 sumber gempa bumi + gunung berapi. tapi itu tak penting.
panik. ya, panik menjalar dalam diriku. meresap dalam pembuluh darahku. kami sekeluarga
bergegas keluar rumah. dapat aku rasakan vibrasi badanku. tatkala aku mengambil tudung dan jaket dari almari. tatkala aku memasangkan wristwatch pada pergelangan tangan kananku. henpon yang telah kehabisan bateri aku gapai. dalam mod vibrasi yang sama.
andai. andai kata ramalan itu benar. aku dapat merasakan keseramannya. walau buat seketika. takut! apa yang ditakutkan? mati! mengapa takut mati? jelas. sungguh jelas. betapa hina dan khilaf diri ini. betapa kekurangan diri ini. betapa tidak bersedianya menghadapi mati. degupan jantungku semakin pantas. ketidaklogikan aku tolak ke tepi. hakikat. hakikat diri aku selami. mengapa mudah diri ini. mudah lupa. bukan kerana melayu mudah lupa. lupa kerana alpa. fuhh.
andai. andai kita pergi. adakah kita punya ruang membela diri? akhirat bukan mahkamah tinggi. tiada pembelaan diri. hanya mizan penentu destinasi. peguam bela? karpal singh? bukan! Muhammad s.a.w ! mengharap pada syafaat baginda. hakim? Allah al-Hakim.
ergh. back to my story. dalam kereta. simkad DiGi [always the smarter choice. hehe] aku keluarkan dari henpon yang habis baterinya. simkad dimasukkan ke dalam henpon adikku. on. jari-jemariku ligat menekan punat2 pada henpon. hantar sms. erm. amaran tsunami. golongan yang menerima sms aku terdiri daripada penghuni kediaman yang tinggal berdekatan dengan pesisir pantai laut china selatan. panik. sampai di canada hill. dalam berita radio turut menyatakan gempa telah berlaku di taiwan dan amaran jabatan meteorologi agar penduduk sabah dan sarawak tidak berada di kawasan pantai.
huhu. setelah beberapa ketika. informasi terbaru diterima. huhu. sabah/sarawak telah Bebas daripada ancaman tsunami tersebut. hantar sms. minta maaf jikalau sms terdahulu mengganggu + merisaukan hati sahaja. really sorry. bak kata diri dalam sms penutup. service to community. hehe. cover. cover. mungkin satu keprihatinan. terima kasih. hehe. alhamdulillah.
tapi, apabila difikirkan kembali. bak penulisan diri sebelum ini. what was done, was how Allah wanted it to be. ya. pasti ada hikmah di sebalik semuanya ini. termasuk penaipan ini. mungkin. wallahualam. sendiri mentafsir. sendiri ditafsir. sendiri tertafsir. harapan terakhir : Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah. wa qina 'azabannar. amin.
yang baik itu datang dari Allah. yang buruk itu aku yang buruk dan banyak khilaf. sekadar peringatan dan kenangan diri ini. buat tatapan masa hadapan. chow!

No comments: