Sunday, December 24, 2006

kembali lagi.

erm. lama rasanya aku tidak menaipkan diri di blog ini. cuti. lebih kurang seminggu lagi tahun 2007 akan menjelma. aku baru sahaja kembali malam tadi. LCCT-Miri. alhamdulillah. diberi kesempatan untuk bermusafir sebentar. mengenali banyak kekurangan diri ini.
- ditaip on 24/12/2006-
to be continued...
pengembaraan yang agak menarik. berkesempatan bermalam 2 malam dalam KTM. perjalanan yang sungguh panjang. erm. lebih kurang 12 jam++. gerabak yang aku naiki bersebelahan dengan gerabak jual makanan. macam kantin/restoran la. ada kerusi dan meja. respek sungguh dengan tukang masak di situ + waiter. dapat ambik n hantar order dalam keadaan tren yang bergerak. just imagine. of course, kaki perlu dilebarkan untuk memastikan kestabilan apabila berdiri dalam tren yang bergerak tersebut. tambahan lagi, grip pada tapak kasut juga perlu berada pada tahap optimum untuk menambahkan geseran antara lantai dan tapak kasut- untuk kestabilan.
perjalanan yg jauh. dari kl central ke kelantan, tren perlu bergerak ke selatan dan seterusnya barulah ke pantai timur. tiada pemandangan luar yang dapat diperhatikan. malam. penuh kegelapan. kedinginan tren. dan aku berbaju kurung. hehe. apa yang pasti kebingitan bunyi geseran tren dengan landasan tidak menggugat tidurku. ok la. dapat tidur juga dalam tren. atas kerusi. macam-macam stail tidur diilhamkan. menelangkup. melentok ke kanan. melentok ke kiri. membongkok. melipat. kalau seumur hidup tidur begitu, konpom sakit tulang di hari tua kelak.
juga diberi kesempatan bermalam 2 malam dalam bas. malam pertama, plusliner. malam kedua, transnasional. perjalanan lebih kurang 6 jam. kl-perlis. tidak begitu selesa. flu. running nose. sekarang pun masih lagi. lepas ini makan ubat. clarinase. semasa dalam transnasional, aku duduk seat belakang sekali. berebut dengan adib (my youngest bro). hehe. padan muka aku. rupa-rupanya, aku duduk atas enjin bas. ergh. dapat aku rasakan getaran enjin pada kerusi tempat aku bersandar. nasib lah. alhamdulillah, dapat juga aku terlelap.
perlis. tourist guide kami ngah joy n famili. destinasi : padang besar (sempadan perlis thailand). barang di sana murah-murah belaka. especially sluar levi's. aku sokong barangan amerika laknatullah dicetak rompak. hehe. dalam perjalanan ke pdg. besar, saujana mata memandang. subhanallah. indah pemandangan sawah padi. yang menghijau. terasa kedamaian yang jauh dari kesibukan metropolitan yang penuh pencemaran seperti-kl. huh. for the first time in my life, aku tengok ladang tebu yang amatlah luas. fuhh. ladang tersebut berdekatan kilang memproses gula. macam tak percaya bila ada insiden kita kekurangan gula baru-baru ini.
alhamdulillah.
hari-hari lain. aku lalui secara biasa sahaja. dalam keadaan flu. ergh. masuk shopping complex, terasa dingin. nose blocked. tengok wayang with nurisa. planning nak tengok 'cinta'. show 'cinta' 7.15 pm. [di miri ini, dengar khabar dari kawanku, cineplex tidak menayangkan filem 'cinta'. hehe. frust. ada la kawanku yang seorang itu. "isteri adalah satu anugerah" . hehe. mun baca tok, iboh mare. plente jak.]. back to my story. kami berjumpa di gsc dalam pukul 3 pm. we couldn't wait until 7.15 pm. so, nurisa dengan slumbernya memilih movie hong kong. ' confession of pain' . dibintangi : tony leung , takeshi kaneshiro, shu qi. menarik! cerita tentang polis. dan penyiasatan. i always like investigation stories. macam CSI, tru calling, jake 2.0, grey's anatomy. tidak terkecuali komik penyiasat remaja, conan. etc. back to the movie. quite a sad ending. ergh. my running nose. it was damn cold in the wayang. hehe. dalam panggung itu, bunyi aku macam orang sedey sahaja- you know, when people having flu. hehe. my flu worsened in that cold condition.
erm. megimbau kenangan menonton wayang. adalah sekali dua air mataku bergenang dalam panggung wayang. seingat aku, filem 'cinta kolestrol'- part yusri kutuk erra depan cermin kat restoran, lepas tu erra berlari keluar dalam hujan. sedey. tapi yang calie nya. masa itu (tengah sedey-sedey tu) aku pun toleh la ke kiri dan kanan. sederet kerusi itu adalah kazen -mazenku. hehe. dari yang besar sampai yang kecik. aku rasa semua pun macam tahan nangis. tak kira lelaki atau perempuan antara kami. malu bah. hehe. mungkin.
2nd time, filem 'buli balik'- part ending. nordin (yakni afdlin shauki) berpisah dengan orang di sekelilingnya. badannya berdarah. very touching. it was a happy ending for them all actually bcoz watak jahat-yang dilakonkan oleh ac mizal- ditumpaskan. lepas itu, roy (yakni hans isaac)-si pembuli- dah jadi baik. unfortunately, dalam pertarungan tersebut, nordin terkorban. i cried. huhu.
isk. melalut pula. okies. cukuplah buat kali ini. jam menunujukkan pukul 1.20 am. tata. nak makan ubat. erm. sebentar lagi.
-ditaip on 25/12/2006-

No comments: