Tuesday, December 05, 2006

written by...

Kurasa sungguh sebak di dada
Entah, kutak tahu mengapa
Adakalanya aku juga ketawa
Kadangkala aku gembira
Sebagai hamba yang kerdil lagi hina
Kusedar, kumenanggung timbunan dosa
Kutekad, kuazam, untuk menebus segalanya
Adakalanya, kutak tahu di mana silapnya
Kucuba merenung kembali
Kucerminkan diri
Cuba kuterima hakikat ini
Hidup ini
Bergantung pada diri kita sendiri
Adakalanya, kita terpaksa mementingkan diri sendiri
Lazimnya, kita harus korbankan diri
Sesungguhnya,
Masa tidak menunggu kita,
Kitalah yang harus mengejar masa
Hanya yang bijaksana
Terus mara
Bukan sahaja di sudut dunia
Akhirat pun sama

Kupohon seribu keampunan
Dari yang Maha Esa
Kupinta kemaafan dari semua
Kita hidup hanya sementara
Hanya Allah
Kekal selamanya
Hidup ini
Tidak wajar dipersiakan
Berbaktilah selagi terdaya
Berbakti pada yang Maha Kuasa
Berbakti sesama manusia
Berbakti kepada seluruh makhluk-Nya

Jangan sesekali, cuba mengkhianati
Jangan sesekali, cuba menderhakai
Elakkan difitnah dan memfitnah
Elakkan dikata dan mengata
Hidup ini perlukan kesabaran
Untuk mencapai ketenangan

Jangan menyesali apa-apa pun
Sebaliknya,
Jadikan pedoman dan iktibar
Untuk kesenangan masa depan
Biarlah merana
Biar sengsara pada awalnya
Mimpi ngeri akan berakhir jua
Suatu kesudahan yang diredhai dan direstui
Kesejahteraan yang fana
Akan ditemui jua akhirnya

No comments: