Sunday, July 29, 2007

KRIM

semalam aku berkesempatan mengikuti satu perjumpaan ringkas dengan wakil dari KRIM- kelab rakan intelek muda. mereka merupakan lepasan pelajar malaysia UK-Ireland. jadi perjumpaan semalam adalah sebagai satu perkongsian pengalaman dan nasihat kepada pelajar pra-universiti. diadakan di masjid sunway. cuma agak sayang hanya berbelas-belas orang sahaja yang hadir. antara ahli KRIM yang hadir ialah Kak Rena-kini akauntan di CIMB, Kak Jua-kini lecturer microbiology di UIAM Kuantan, Bro Azli (kalau tidak silap)-kini geologist di Carigali Petronas, dan beberapa lagi pelajar malaysia yang kini sedang menghabiskan cuti summer antaranya, Kak Haliana (medic-Leeds Uni.), Bro Zainul (medic-Queen's Uni. Belfast, Ireland), dan beberapa orang lagi yang tidak sempat dikenali.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. mudah-mudahan dengan input yang diberi akan mendatangkan kebaikan kepada kami semua.
secara ringkasnya, antara perkara yang sempat dikongsikan oleh mereka ialah sedikit sebanyak bagaimana suasana sebenar di sana dan pengalaman mereka mengadaptasikan diri. sebagai contohnya, dari segi makanan halal, ibadah solat dan puasa, di samping nasihat mereka tentang peri pentingnya menyiapkan diri dengan sebaiknya bagi menghadapi cabaran sosial di sana. cabaran komunikasi, isu islamophobia, serta tanggungjawab pelajar malaysia sebagai duta kecil malaysia dan Islam. dan banyak lagi yang tak sempat dikongsikan di sini.
apa-apa pun, sesungguhnya, pertemuan ringkas itu telah mampu membuka mata ini. menyedarkan diri ini, kita hidup dan menjalani kehidupan ini, bukan semata-mata untuk diri kita. tidak dinafikan kebenarannya, ERTI HIDUP PADA MEMBERI.
aku masih meniti perjalanan ini, doakan mudah-mudahan aku dan juga kalian dapat menjejaki langkah-langkah mereka itu. sokongan dan nasihat agar diri ini terus gagah melalui pra-universiti ini dengan sehabis baiknya dan dapat sampai ke destinasi dicita dengan jayanya. kepada Rabbi aku bertawakal.
Allahua'alam.

No comments: