ini merupakan satu rekod bagi aku. masuk hari ini, telah 3 hari berturut-turut aku meng'update'kan blog ini. maksud aku, sepanjang aku berada di sini. hehe.
what a day! petang semalam, kelas tamat pada pukul 3 pm. tetapi aku meng'stay-back'kan diri di library. pertama, untuk meng'online'kan diri dan juga membuat sedikit rujukan. dan akhirnya, aku mengambil bas pada pukul 5.30 pm untuk kembali ke rumahku. dalam perjalanan itu, aku meminta pakcik bas menurunkan aku di kedai makan berdekatan dengan rumahku. setelah selesai pembelian, aku perlu berjalan beberapa puluh or ratus meter(brapa owh?..erm.. ) untuk ke rumahku.
dan sesampainya aku di tingkat bawah pangsapuri, aku dapat lihat kepulan2 asap. err..bukan kebakaran. hehe. cuma ada insan yang sedang menjalankan penyemburan gas sebagai langkah pencegahan denggi. (aktiviti ini agak kerap dilakukan di sini jika dibandingkan di miri, mungkin sebab kes denggi di sini lebih tinggi). argh. dengan bau kepulan asap itu yang begitu menyengatkan hidung. aku teruskan perjalanan menuju ke lif. guess what? aku diberitahu rakanku yang lif rosak! dan kami perlu berjalan menggunanakan tangga. sehingga ke tingkat 20.
waaa...dengan beg yang agak sarat. dengan buku yang dikendong dan bungkusan makanan yang dijinjing di tangan. aku gagahkan kaki untuk melangkah dengan jayanya. fuhh! kami berhenti sebentar di tingkat 10. dan perjalanan diteruskan. entah berapa newton-meter kerja yang terpaksa dilakukan. akhirnya, kami menapak di tingkat 20. masuk ke rumah dengan 1001 kepenatan.
malam itu, agak penat. nasib baik aku tidak mengalami kekejangan otot kaki. at least for now. kerana sudah lama aku tidak menjalani aktiviti lasak seperti berjogging apatah lagi bersukan cergas.
mungkin inilah yang dinamakan kehidupan. tiada kehidupan tanpa pengalaman dan pengajaran.
mungkin.
Wednesday, March 28, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment