(from left- Terence, Fakhrullah, Jolene, ana, Edwin)
Firstly, aku nak ucapkan tima kasih kat kawan2, kenalan, famili, yang sudi menziarahi rumah aku sempena hari raya ni..
Rasanya, tahun ni lah paling ramai geng2 aku yang datang beraya di rumah, bcoz tahun ni aku n famili tak balik kampung (Marudi-my mom's side), beraya kat Kpg Luak only (my dad's side)
1st day raya tu, alhamdulillah, ada wat ckit open haus. kenalan aku yang datang hari tu, Kalus, Ust.Juneed, Rahim, Syahira, Nash, Willie, Aliff Ashman. erm.itu sahaja lah seingat aku. 1st day raya tu, aku cuma menziarah rumah nenek aku di pagi raya. Most of the time ari tu, aku duduk rumah sahaja, tunggu orang datang. Petang tu pula, aku dengan adik aku pegi rumah kawan dia, naik skuter, pastu terus lah pergi rumah Nash.
2nd day raya. edwin punya idea. dia dah ada lesen P. jadi, dia pun ajak aku n kawan2 pergi beraya kat umah kawan2 yang lain. mula2, dia n jolene ambik aku kat umah. pastu, kami pegi umah fakhrul. jumpa terence di rumah fakhrul. dari situ kami pun memulakan penegembaraan kami di hari raya ke-2.
mula2, beraya kat rumah aku. sempat ambik gambar di luar rumah sebelum kami meneruskan ekspedisi.
from left : ana, Jolene, Fakhrullah, Terence- Edwin took this pic.
Lepas tu, kami pergi ke rumah Nash. Sampai di rumah dia, famili dia semua dah kluar. Tinggal dia seorang kat rumah tu. Lama juga kami kat sana, sampai zohor. Makan2. Minum Cola Zam-zam.
Inilah antara hidangan di rumah nash. sate tu baru sahaja dikeluarkan. tengah buka getah yang mengikat batang2 sate. sate ayam dah abis. tinggal sate daging. pastu ada rendang kijang(tak nampak dalam pic ni).
Lepas Zohor, sempat lagi kami tengok Desperate Housewives.hehe. lepas tu, kami pun berangkat untuk meneruskan perjalanan hari itu. tym balik, dapat angpow!!hehe.tima kasih.
Dalam perjalanan tu, berlaku satu insiden yang sungguh kelakar (calie kata org sarawak). Masa kat traffic light tu, keta kami terlebih line putih tu. Lama kami tunggu lampu merah bertukar jadi hijau. Tak bertukar2. Sampai kami missed the turn hampir 3 kali. Lepas tu, dah tak boleh tunggu, plus ada kereta lain kat belakang, edwin redah sahaja lah jalan tu. Langgar lampu merah.hehe.alhamdulillah selamat.
Sesampainya di Piasau, pergi rumah Rina. lepas tu, bergerak ke rumah Nurisa. Di rumah Nurisa, Kalus n Hana tengah tunggu. Sempat lagi sekali ambik gambar kat sana.
a-won't-be-forgotten moment
From left : Edwin, Kalus, Terence, Fakhrullah
Rina, Jolene, Nurisa, ana, Hana
Akhir sekali, kami ber-9, pergi ke rumah Cikgu Jalina (cikgu admet F.5). Tima kasih kat bapa nurisa yang tolong hantarkan kami ke rumah cikgu (naik toyotaUnser). Lepas tu, edwin antar aku n fakhrul balik rumah kami dalam pukul 4 lebih macam tu. Edwin, Jolene, Terence, terus pergi rumah Mr.Chin untuk tusen kimia.
3rd raya, aku duduk rumah sahaja. petang tu, kawan2 dari SMKA Miri datang. dulu, sama pegi MTQ kat Limbang. Zaid, Tahir, Muaz (twin Zaid). Lepas mereka balik, Nurisa n famili dia datang.
Malamnya, aku pegi tusen. the end. ZzZzZ..
Hari ini, raya ke-4. Lepas kemas2, aku tak buat apa2 sangat. duduk tengok cerekarama Cermin Pada Bulan. tiba2, ada lagi 3 orang kawan aku berkujung hari ni. Mahmud, Azizul, dan diiringi oleh Nash.
Raya 2006. ctrl+S. folder : sweet memory. :o)
erm. itu sahaja kisah di hari raya ini. sekian. SELAMAT HARI RAYA!!
No comments:
Post a Comment