Showing posts with label Sejenak Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Sejenak Kehidupan. Show all posts

Friday, December 14, 2007

1 down..3 more to go


ahah. title post ini sebenarnya merefleksi tentang cuti aher tahunku 2007. seminggu yang pertama diselesaikan dengan S.T.E di ilham resort port dickson. bes2!! huhu. cuma, aku dilanda diarrhoea pada hari kelima di sana. alhamdulillah, selepas mendapatkan rawatan di klinik mesra, aku beransur pulih.
owh! tolak seminggu, insyaAllah, ada 3 minggu lagi cuti sebelum bermulanya sesi persekolahan 2008.

7 hari 6 malam di Port Dickson

The Eagles

hari 1

erm..bertolak dari klcc ke port dickson. sampai di ilham resort, check in. pada sebelah malam, ada dinner. lepas dinner berkumpul kat balai tun fatimah (dewan). peserta yang hadir antaranya dari UTP, KYUEM (batch july 06), KTJ (batch july 06), dan tidak dilupakan kami, 7 orang sahaja dari taylors.

erm..malam itu tiada apa-apa sangat. cuma fasilitator memperkenalkan diri. Encik Jalil dan Puan Jalilah dan ada lagi 2 orang.

lebih kurang pukul 10, ada supper. supper bersama dengan ris (my roommate) dan fakhrullah.

hari 2

ekceli, hari ini merupakan hari rasmi yang pertama. maksud aku, hari pertama program STE bermula. kumpulan besar kami dibahagikan kepada 2. satu kumpulan di balai tun teja dan satu lagi di balai tun fatimah. pagi itu, ada masalah sket, nama kami 7 orang dari taylors tidak ada dalam senarai untuk kedua-dua balai. cut the story short, ahernya, 4 orang daripada kami i.e. aidil, shafiq, ris, dan aku dimasukkan ke balai tun fatimah. 3 orang lagi i.e. ajwad, aslam dan thuven ke balai tun teja.

dalam balai tun fatimah terdiri daripada batch first-sem-first-year UTP dan sebahagian pelajar dari kolej lain yang tersebut di atas. secara umumnya, mostly dalam balai tun fatimah itu, orang-orang yang lahir pada tahun 1988. tapi yang bestnya, tidak terasa kekok bergaul dengan mereka semua walaupun kebanyakannya adalah senior belaka.

mula-mula sekali pagi itu, kami ditunjukkan dengan video klip national geographic tentang-Eagle. atau lebih tepatnya, the soaring eagle. woh. terpegun juga aku melihatnya. eagle sememangnya burung yang kelihatan 'smart'.

jadi daripada video clip itu, kami dikehendaki mengenal pasti ciri-ciri eagle. dan ciri-ciri eagle itulah yang cuba diterapkan ke dalam diri peserta. melalui penerangan encik Jalil, eagle ialah sejenis burung yang akan naik semakin tinggi di udara dengan terbang (soaring) menentang angin yang semakin deras.

basically, objektif STE adalah untuk membentuk Total Well Being individual. iaitu keseimbangan yang merangkumi, body, spiritual, mind, finance, career/studies, and relationship.

kemudian, kami dibahagikan ke dalam 4 kumpulan kecil. primax, mach-5, sprinta, dan synthium.

dan hari pun berlalu.

hari 3, 4, 5

erm, program ini agak santai dari segi penyampaiannya. kebanyakan aktiviti adalah berbentuk aktviti kumpulan, presentation, games, ada juga diselit-selit dengan menonton potongan video (e.g : simon birch, ghandi, anakku sazali, iklan petronas, short circuit, etc), poco-poco, american idol, tidur (dapat kain pelikat free!! hehe), dan sebagainya.

dari segi pemakaian, seperti biasa, smart casual.

dari segi ceramah, sememangnya agak minima, ada nutrition talk (pengajaran daripada talk ini, tingkatkan pengambilan anti-oxidant untuk meng'counteract' tindakan free radicals dalam badan kita), ada tazkirah pada sebelah malam by Haji Nicholas Sylvester (a Sabahan, embraced Islam in 1985 masa study kat USA)-interesting tazkirah because it was given by someone who was not born in a muslim family yet he is knowlegeable about Islam. apa yang menarik mendengar tazkirah daripada beliau ialah dapat mendengar atau mengenali Islam dari point of view yang berbeza.

daripada tazkirah beliau, beliau meng'point out'kan perbezaan ketara antara Al-Quran dan bible(beliau pernah mengikuti beberapa buah gereja yang berlainan, antaranya roman katolik, anglican, dan satu lagi aku tak pasti. Allahu'alam)

yeap, sebahagian nama-nama nabi dalam Al-Quran ada disebutkan dalam bible. beliau menimbulkan persoalan kepada kami, "kalau nama nabi dalam Al-Quran sama macam nama nabi dalam bible, dan bible turun lebih awal daripada Al-Quran, maka Al-Quran telah meng'copy' bible" dan beliau bertanya kepada kami, "setujukah dengan pernyataan ini?"

dan ahernya beliau memberitahu, argument untuk persoalan di atas ialah "yeap, bible dan Al-Quran datang dari sumber yang sama (Allah s.w.t), dan sebahagian nama nabi yang disebut dalam bible ada dalam Al-Quran, TETAPI, dari segi content kisah-kisah nabi tersebut dan dari segi sifat-sifat nabi dalam kedua-dua kitab tersebut memang berbeza.

seperti yang kita pelajari semasa sekolah rendah lagi, sifat wajib bagi rasul ada empat iaitu; tabligh (menyampaikan), siddiq (bercakap benar), fathanah (bijaksana), serta amanah. dalam Al-Quran sifat-sifat wajin ini adalah konsisten bagi semua rasul yang disebutkan dalam Al-Quran. manakala dalam bible, terdapat beberapa perkara yang bertentangan.

antaranya, kisah Nabi Lut, dalam bible diceritakan bahawa, Nabi Lut mempunyai 2 orang anak perempuan. anak perempuan Nabi Lut telah memabukkan Nabi Lut dan pada 2 malam yang berlainan dan setiap seorang daripadanya telah meniduri bapa mereka sendiri.

kisah nabi Daud yang merupakan raja sebuah kerajaan dan mempunyai 99 orang isteri. pada suatu hari, Nabi Daud telah terlihat seorang perempuan mandi di taman istana dan tertarik dengan perempuan tersebut. manakala perempuan tersebut merupakan isteri kepada salah seorang jeneral baginda. sehinggalah perempuan itu mengandung oleh baginda. dan ahernya, sebelum perkara itu sampai ke pegentahuan jeneral tersebut, baginda telah memerintahkan jeneral tersebut pergi ke medan perang dan jeneral tersebut telah mati di medan pertemputan tersebut.

(ALLAHU'ALAM. cerita di atas adalah merujuk kepada bible masa kini menurut apa yang disampaikan oleh ustaz Sylvester)

minta maaf. aku rasa agak keterlaluan bagi aku untuk menuliskan kisah tersebut (yang diistilahkan oleh ustaz Sylvester kisah yang agak 'p*rn*grahic'). ini adalah semata-mata suatu perkongsian daripada apa yang aku dapat daripada tazkirah itu.

mungkin ada yang mempersoalkan, "kalau bible tidak original lagi pada masa kini, Al-Quran pun boleh jadi". ustaz Sylvester menjelaskan, yang BEZANYA, menelusuri sejarah, Al-Quran mempunyai track record para penghafaznya, kemudian dibukukan pada zaman Saidina Uthman. sebaliknya, tiada track record yang jelas tentang periwayat bible.

dan bagi kitab taurat pula, jika benar-benar taurat yang original masih wujud di manakah buktinya? ustaz Sylvester bertanya, "pada zaman nabi musa dahulu, orang menulis di atas apa?" rata-rata menjawab "batu". kalau begitu, masih wujudkah batu-batu tersebut? dan kalau diikutkan dengan ketebalan kitab taurat yang ada pada hari ini, berapa banyak batu yang diperlukan untuk menghasilkan kita taurat setebal itu?

apa yang cuba disampaikan beliau ialah, Al-Quran itu kalam Allah yang wajib dipercayai dan diamalkan pada zaman ini.

Allahu'alam.

hari 6

hari ini, adalah hari merefleksi. tentang apa yang telah kami dapati dan pelajari sepanjang beberapa hari berada di kem tersebut. malam terakhir di PD, kami dijamukan dengan BBQ. ada juga karaoke.

hari 7

kembali semula ke klcc.

Kenangan

personally, bagi aku, apa yang menarik tentang kem ini ialah, level of confidence para peserta. termasuk aku. dalam kumpulan yang besar itu, dengan pelbagai latar belakang dan pelbagai negeri, aku respect dengan semua orang. especially dari segi komunikasi.

selama ini, aku yang kurang yakin dan berasa agak kekok untuk berkomunikasi atau membuat presentation dalam bahasa inggeris dapat mengurangkan perasaan itu di dalam kem ini. walaupun dalam group tersebut terdapat golongan elit yang biasa speaking, diseimbangkan juga oleh golongan yang sentiasa cuba memperbaiki diri walaupun grammar tunggang langgang. melihat confidence yang ada pada peserta lain yang berani mengeluarkan pendapat dalam bahasa inggeris (boleh je guna BM), menempiaskan sedikit confidence mereka itu kepada diriku.

golongan elit pula, juga aku respect. kerana aku tidak melihat mereka berkelakuan seperti apa yang aku pernah lihat di sebuah kem yang aku pernah ikuti. entahlah, apa yang aku maksudkan, dari cara dan gaya percakapan (speaking english) mereka tidak membuatkan aku berasa inferior. (ada sorang group aku yang segak dari segi pemakaian + pakai jam TISSOT!). tapi, komunikasi antara kami berjalan lancar. Alhamdulillah.

pernah dalam satu kem yang aku sertai, ada golongan yang menunjukkan mimik muka apabila mendengar grammar orang lain yang tunggang langgang atau tersekat-sekat dalam presentation.

dan dalam aktiviti berkumpulan, setiap ahli kumpulan faham istilah 'volunteerism'. contohnya, dalam membuat presentation. tiada yang mengharapkan kepada orang yang sama sahaja dalam membuat presentation. semua faham yang setiap orang perlu bersifat pro-aktif. tiada yang berdolak-dalih.

dan dari segi tahap ke'nervous'anku dalam membuat presentation, pun berada pada tahap 'mild'. under control. aura positif yang disalurkan oleh orang sekeliling, maybe. erm, maybe jika sebelum2 ini, tahap nervous itu agak tinggi (dengan frekuensi degupan jantung yang agak melebihi aras normal)

Alhamdulillah.

Pictures = Words


Pandangan dari bilik 4091

Berkampung di bilik ini..balai tun fatimah

Swimming pool

Lunch!

PNB Ilham Resort PD (ris)

Serambi (nama restoran resort ini)

Yeah! Sprinta [ana, naquiyah, habibah, dinni, fahmie, aziz, yaser]

malam terakhir.. BBQ!
(^_^)




Wednesday, November 28, 2007

November & Disember

Cuti

sejak AS berlalu, hari ini masuk hari kelima pembelajaran formal dimulakan. erk! perasaan aku? tak terasa seperti baru sahaja selesai final exam. apa tidaknya, di luar anomali, kalau selesai exam sahaja, maksudnya cuti. (geleng kepala) .biasanya la. cuma, tidak untuk akhir tahun ini bagiku.

dan hakikatnya, tinggal minggu depan sahaja lagi sesi kelas untuk tahun ini/semester ini. maksudnya, lepas minggu depan, cuti akhir tahun pun berkuatkuasa pada 8 disember 2007. dan akan bersambung semula pada 8 januari 2008.

tetapi! sekali lagi, tidak terasa seperti akan cuti dalam masa lebih kurang seminggu lebih lagi. erk! ketekenunan para lecturer dalam mengajar, tidak membolehkan kami (or aku seorang??) berasa yang kami akan bercuti tidak lama lagi. apa tidaknya, di luar anomali, minggu terakhir sebelum cuti biasanya, santai-santai sahaja.

(tutup cerita)

Soaring The Eagle

(sejenis program orientasi anjuran ESU PETRONAS). menurut jadual, aku dan rakan seangkatan dari taylors akan menyertai S.T.E pada 14-18 disember di port dickson. ahah. walaubagaimanapun, terdapat juga batch dari UTP yang akan melalui program yang sama pada tarikh-tarikh yang berlainan pada hujung tahun nanti.

dipendekkan cerita, aku telah mengawalkan diriku untuk menyertai S.T.E yang bertarikh 8-12 disember 2007. insyaAllah.

harapanku, semoga S.T.E ini menarik dan semoga penyertaanku dalam S.T.E mendatangkan manfaat buatku.

Akhir Tahun

erm. looking forward menuju ke akhir tahun. hehe. bole la buat refleksi tahun 2007 dalam blog ini. haha. dengan syarat, ada idea la apa yang nak ditaip pada new year's eve kelak. insyaAllah.

Konklusi

kepada sesiapa yang dah masuk musim bercuti, especially pelajar-pelajar sekolah, dan kepada semua yang berkaitan, happy holiday diucapkan. nasehat (err..kepada diriku sendiri juga), manfaatkanlah masa cuti yang ada ini sebaiknya. apa-apalah. asalkan bermanfaat.

erm, kepada adek-adek yang selesai SPM, ahah. selamat datang ke dimensi baru dunia anda.

apa-apapun, keep moving forward!!

sekian.

Allahu'alam.

Thursday, November 22, 2007

AS dah abes!

Alhamdulillah. semalam, paper terakhir untuk Advanced Subsidiary Level iaitu Chemistry paper 1 (soklan objektif), dah pun selesai. maka, berlalulah sudah AS. ahah. tinggal menanti result lagi.

KEEP MOVING FORWARD

pernah tengok animasi "Meet the Robinson" ? ahah. bak kata Louis, keep moving forward. jadi, sekarang ini, pelajaran A2 pula akan diteruskan. dan bermula hari ini, (tanpa menoleh ke belakang..hehe), lecturer2 dah mula mengajar sambungan topic A2.

Weekends

last weekend, my friend, Nurisa came to ridzuan. ahah. thx! she helped me in writing my personal statement for my university application.

(haha. betapa 'deteriorating' nya englishku)

apa-apa pun, sekalung penghargaan dan terima kasih kepada beliau yang sudi datang dan memberikan bantuan kecemasan. (ahah. kol brapa tdo ari ya ehs?)

insyaAllah, weekend ini pula, akan ke rumah makcikku di kajang setelah sekian lama terperap di kondo ridzuan. ada birthday party kazenku pada hari ahad ini.

Farewell to my seniors !


From left : (atas) Kak Ain, Fatimah, Kak Shida (akauntan di PNB-merangkap kakak usrah), Farhanah.
(bawah) Mastura, Haura, Kak Nusrah, ana, Kak Azie


huhu. semalam, makan2 di rumah senior A-level. mereka telahpun selesai A2 maka berakhirlah hari-hari mereka di Taylor's University College. insyaAllah, mereka akan meneruskan perjuangan dalam bidang perubatan di New Zealand bermula awal tahun depan.

kchiks. kchiks. haha. lepas makan (by the way, nasi briyani malam tadi sangat sedap walaupun take away), sesi 'penggambaran'.

Last but not least, keep moving forward!!!

Allahu'alam.






Tuesday, November 13, 2007

BERSIH

ahah. sekali lagi dalam tempoh antara paper ke next paper dalam musim peperiksaan ini membuatkan aku berada berhari-hari di kediamanku di pangsapuri ridzuan. sejak paper economics rabu lalu, dari hari khamis sampailah ke ahad, aku di rumahku sahaja. ada juga merencanakan untuk ke rumah makcikku pada hujung minggu yang lalu, tapi dibatalkan rancangan itu.

BERSIH + BLUR + CURIOSITY

oh, yang cuba aku sampaikan ialah, berada di rumah kebanyakan hari mendekatkan aku dengan peti t.v. bermacam-macam rancangan yang aku tonton, drama, tele-movie, movie, etc. dan tidak terkecuali berita.

sebelum hari sabtu tu, aku dengar dari t.v tentang amaran pihak polis kepada orang awam supaya tidak melibatkan diri dengan perhimpunan BERSIH yang bakal diadakan pada hari sabtu yang lalu. beriya-iya sahaja lagaknya polis memberi amaran.

antara 'nasehat' polis itu ialah, jangan pakai baju kuning sebab mereka yang bakal berdemonstrasi nanti akan memakai baju kuning.

chup! chup! apa ni? demonstrasi apa? eh. blurnya aku. ada agenda besarkah yang bakal berlaku? apa 'bersih'? kenapa dengan 'bersih'? ada apa dengan 'bersih' sehingga polis beriya-iya membuat amaran di TV? betul-betul pada ketika itu aku blur. cuba mendapatkan berita lanjutan dari surat khabar. digembar-gemburkan itu perhimpunan haram.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH)

pada mula-mula mendengar berita di t.v, impressi pertama aku 'bersih' itu mungkin satu retorik. maksud aku, aku ingatkan 'bersih' itu berkmasud mereka yang ingin berdemonstrasi itu akan melakukan demonstrasi secara baik sebab itulah mereka menamakannya bersih (pada masa aku berfikir begini, aku tidak tahu-menahu siapa yang terlibat dan apakah agenda BERSIH).

Alhamdulillah. semalam dan hari ini, aku berkesempatan untuk melayari internet di taylors. baca sana dan baca sini. di samping mendengar berita lanjutan di t.v, akhirnya barulah aku tahu apa itu BERSIH. (aku mula ada idea tentang BERSIH apabila melihat berita di t.v /surat khabar yang menunjukkan ramai 'orang kuning' yang berkumpul di beberapa lokasi di ibu negara, kemudian visual FRU, polis, serta klimaksnya, penyerahan memorandum di hadapan istana negara)

cut the story short, BERSIH ini adalah gabungan beberapa badan NGO dan pihak barisan alternatif (BA) untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. dan daripada pembacaanku pada blog-blog insan yang peka dan mempunyai kesedaran perihal pentingnya isu ini, aku mendapati pucuk pimpinan BA turut serta dalam perhimpunan tersebut. betul-betul aku tersentuh apabila mendapat tahu ada juga insan sebayaku yang seperjuangan dengan kita semua i.e masih bergelar 'student' di IPTA atau IPTS yang menyertai perhimpunan BERSIH.

ini link menarik yang berkaitan dengan perhimpunan BERSIH:

saifulislam.com
Ikhwan - blog Qalam Dakwah
Nik Sabariah - blog Long way to Heaven

daripada blog tersebut, boleh lihat jalan-jalan dibanjiri manusia berbaju kuning melalui pics-pics yang mereka tunjukkan. saudara ikhwan dan saudari nik sabariah turut terkena kesan semburan gas pemedih mata.

diharap kalian dapat meluangkan masa membaca pengalaman dan fikrah mereka melalui link tersebut di atas, mudah-mudahan, insyaAllah, akan memberi satu anjakan paradigma pada fikrah kita kerana di bumi sarawak khususnya bumi kelahiranku i.e miri, amat kurang kita didedahkan dengan perkara dan pengalaman seperti ini (mungkin pada suatu masa nanti).
dan pagi tadi, rentetan demonstrasi BERSIH, aku terlihat kenyataan ketua polis negara, tan sri musa hassan menjadi berita muka utama akhbar NST.
berita lanjut di NST online - Parents of 18 to be charged
baca juga copy + paste yang aku baca di blog Long way to Heaven .
setelah membaca intipati link2 tersebut,mungkin boleh aku simpulkan :
last but not least, buka mata dan luaskan minda.
Allahu'alam.

Monday, October 29, 2007

tiba-tiba

erm..sejak dua menjak ini, aku jarang berada di taylors. maksud aku semenjak AS bermula. hal ini kerana, tiada kelas lagi. tiada sesi pembelajaran lagi. cuma memunculkan diri di taylors pada hari-hari yang ada paper. itupun dalam seminggu cuma sehari dua.
konklusinya, kebanyakan masa, aku berada di kediamanku di pangsapuri ridzuan. sebab gap yang agak panjang antara each paper, sebahagian kawanku kembali ke rumah masing2. contohnya, 2 hari lepas, aku sorang2 sahaja di rumah.
erm. i dunno. sik takut ka sorang2 di rumah? entah la. honestly, aku suka duduk di rumah sorang2. maybe sebab kurang orang di rumah, lagi sunyi. maybe more privacy. ahah. pelik2.
Alhamdulillah, aku dapat overcome perasaan takut. since last year, semasa adik-adikku join silat, aku dah 'dibiasakan' tinggal sorang2 di rumah. adik-adikku ada latihan silat biasanya waktu malam lepas isyak. lokasi latihan pula di lutong. rumahku pula di kampung luak. erm. sesiapa yang pernah ke lutong dan luak, amat memahami betapa jaraknya jarak antara luak-lutong.
konklusinya, parents aku terpaksa menghantar mereka ke latihan silat dan menunggu sehingga mereka selesai berlatih silat. sik lelah pulang balit ngantar ngambik. in fact, bapaku pun join silat.
(aku dan silat? nope. sik minat and abis aher gilak. gagagaga)
p/s: kalau ada sifu kungfu..maybe la..heheh..
ehs. isk2. tersasar lagi.
owh, jadi sepanjang berada di rumah, many things occured to my mind..ini konklusinya :
tiba-tiba..
terasa nak tulis cherita pendek (cerpen)..tapi, kering idea bernas...
tiba-tiba..
terasa nak main squash..tapi, tak tahu pun bagaimana nak main + sikda raket pun..
tiba-tiba..
terasa mok tangga drama korea.. and menjadilah satu hari yang ntah apa-apa..
tiba-tiba..
teringat bubur ayam yang enak dimakan dan senang dimasak, juga sempat beli kiub ayam (masa pegi jusco sunway pyramid), potong halia, masak beras, etcetra..and lunch sorang2 pada hari ahad dengan bubur ayam ala-ala bubur ayam mcD (except sikda ayam, but ganti wif tuna dalam tin..hehe)
ahah. itulah antara 'tiba-tiba' pada hari-hari yang mendatar aku berada di rumah.. =p
Allahu'alam.

Monday, October 15, 2007

Raya 2007

Alhamdulillah. pagi tadi selamat sampai dari marudi ke miri dengan penerbangan yang mengambil masa lebey kurang 15 minit.
Sebelum raya
alkisah, pada jumaat yang lepas, seperti yang dijadualkan penerbangan kami ke marudi adalah pada pukul 1515hrs. walau bagaimanapun, atas kesilapan teknikal, pernerbangan pada petang itu dibatalkan!
wah! cuak! the very last day of puasa, and yet mendengar berita peng'kensel'an flight. esok raya! huhu. setelah diikhtiarkan begitu dan begini, akhirnya, dengan izin Allah jua hendak-Nya, kami selamat sampai sampai di marudi dengan menggunakan jalan darat. tetapi tidak sempat untuk berbuka puasa di marudi bersama kazen-mazen dan nenek atuk dan pakcik makcik yang lain. dan kami telah berbuka di atas bukit di tengah hutan!
sesungguhnya, kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan.
Syawal 1428H di Kpg Dagang, Marudi
raya muncul lagi. pagi raya itu memang agak kelam-kabut. semua last minute iron baju. ahah. beratur panjang kami hendak meng'iron' baju. apa tidaknya, malam sebelumnya semua sibuk menbuat kerja-kerja rumah. tv pun 'kurang' sempat untuk dijenguk. =p
yang lelaki semua bersiap-siap awal kerana perlu bergerak ke masjid (masjid baru kat kpg dagang) untuk menunaikan solat sunat aidilfitri. segak berbaju melayu. yang perempuan, agak lewat pagi itu barulah bersiap-siap dengan baju raya masing-masing.
syukur, di kesempatan raya tahun ini, hampir kesemua anak-anak dan cucu-cucu nenek dan atukku di sebelah mak pulang beraya. sudah sekian lama tidak kumpul beramai-ramai di marudi pada raya yang lepas-lepas. biasalah adat berkahwin, perlu ikut giliran. ada pula yang tidak dapat pulang kerana kekangan kerja, dan sebagainya. alhamdulillah, bole dikatakan 95% daripada kami ada di marudi tahun ini kecuali famili Pak Zam, isterinya, Mak Naz, dan kazenku yang kiut-Warith beraya di rumah keluarga mertuanya di Tekajong- sekitar Sibu.
Cut the story short
best! best! raya kat marudi. Alhamdulillah.
uhuhu. ingin sahaja aku meneruskan penaipan 'tentang raya' ini. however, masa tidak mengizinkan.
p/s: lot of pics were taken. (^_^)

Friday, October 12, 2007

30 ramadhan 1428H

Alhamdulillah. tatkala ini, aku berada di rumahku. penerbangan airasia AK5254 telah mendarat di lapangan terbang miri sekitar jam 9.40 pagi tadi.

(uhuk2. agak mengantuk rasa mata nih)

apa tidaknya, sedari malam tadi lagi aku telah menunggu di LCCT. sesampai sahaja di LCCT lewat malam tadi, aku lantas mencari kerusi untuk duduk. syukur, aku bertemu dengan sebuah kerusi untuk diduduki. kemudian aku meng'online'kan diri dengan wifi klia.

online punya online, sehingga ahernya bateri laptop telah lemah. pada ketika itu, sudah melepasi tengah malam (dan aku belum menidurkan diri, by the way, tidak mengantuk kerana dah tertidur di dalam bas ke LCCT). kemudian, aku pun mengambil keputusan untuk bangkit dari tempat duduk dan bersiar-siar (tensi gak duduk di kerusi sahaja).

ingin merehatkan diri di surau LCCT, huh, bertuah punya mangement, surau ditutup dan akan dibuka semula pada pukul 5 am. mungkin pihak mangement ada alasan tersendiri untuk berbuat demikian.

dalam LCCT, manusia bergelimpangan. (hehe. exaggerate nih). maksud aku, ramai yang tidur di tepi-tepi dinding. mungkin mereka sama seperti aku, memilih untuk bermalam di LCCT sementara menunggu flight pada awal pagi berikutnya. ada yang beralaskan kain pelikat, ada yang beralaskan surat khabar, ada yang tidak beralas, ada yang bersandar pada beg, dan banyak lagi lah. isk2.

kemudian, aku makan french fries dan bubur ayam di mcD. ketika itu sudah pukul 2 lebih kalau tidak silap. nasib baik ada meja kosong di satu sudut di luar LCCT. selepas makan, aku bercadang untuk stay sahaja di situ memandangkan bilangan kerusi yang limited di dalam LCCT. dan, ahernya, aku tertidur di meja itu. ZzZzZ. tetiba, aku dikejutkan dengan suara orang. 2 orang 'pakcik' yang membawa tray meminta izin untuk makan di situ kerana tiada meja lain lagi yang kosong.

alamak! seganlah aku nak tidur di situ. aku pun berganjak pergi. huhu. cuba mencari spot yang sesuai. jalan punya jalan, akhirnya aku singgah di kedai membeli newspaper cina-untuk dijadikan alas. dah desperado, terpaksalah dengan slumbernya duduk di atas lantai beralaskan surat khabar. dan aku telah menemui spot yang agak terpencil-di sebelah mesin atm dekat dengan kaunter chek in. di situ tiada orang. ZzZzZ. huhu. nyiluk tulang tido atas lantai yang sejok.

walaubagaimanapun, tidak berapa lama kemudian (orang sarawak kata sik jenak tido), terdengar commotion tidak jauh dari situ. rupa-rupanya, orang sudah mula berpusu-pusu beratur untuk chek in, sekitar pukul 4 lebih kalau tidak silap. dan, lagi sekali, aku terpkasa berganjak pergi.

aku pun join beratur untuk chek in. setelah chek in, barulah aku dapat masuk ke dalam ruang perlepasan. dan berehat-rehat di surau di situ. sehinggalah ke subuh. kemudian, menunggu untuk penerbangan ke miri di pintu P2.

itulah semalaman aku di LCCT. tiada lain yang mampu aku ungkapkan, selain, itulah namanya PENGALAMAN. semoganya pengalaman akan terus memberi pengajaran dan pelajaran buat diri ini.

Chemistry 32
jadi semalam, selama 2 jam aku menduduki paper itu. isk2. 2 soalan iaitu 2 bentuk eksperimen. soalan pertama tentang 'rate of reaction', kami perlu mencampurkan beberapa larutan, menggunakan starch indicator- dari colourless menjadi biru-untuk menunjukkan yang reaction telah complete. ambil masa reaction menggunakan stopwatch. penjadualan data. plot graf. huhu. bunyi macam simple. tetapi eksperimen itu telah memakan masa lebih dari sejam! sedangkan eksperimen kedua iaitu 'Qualitative analysis' belum lagi dimulakan. ergh!

eksperimen 1 itu, ada sahaja kesilapan teknikal yang berlaku. hal ini berikutan, kami perlu mencampurkan 5 reagent dengan ukuran yang berbeza-beza. alat pengukur yang disediakan 2 burette dan 2 measuring cylinder. mula-mula eksperimen dah terkonfius. dan sebagai manusia, sering sahaja buat silap dan terlupa, ada lah beberapa kali aku terlupa untuk memasukkan salah satu daripada reagent tersebut. implikasinya, beberapa kali itu aku tidak mendapat pemerhatian yang sepatutnya. ada juga tersalah ukur isipadu reagent. mistake-mistake. dan aku lihat semua orang pun begitu kerana setelah sejam berlalu, kebanyakan daripada kami masih stuck di eksperimen 1. isk2. saba jak la.

qualitative analysis pula, eksperimen untuk menentukan apakah ion yang wujud dalam 3 larutan yang disediakan. jadi, cuma perlu buat beberapa confirmation test. masa spm, pernah belajar tentang ini cuma tidak berpeluang mempraktikkannya secara amali.

contohnya, tambahkan NaOH atau NH3, lihat sama ada mendakan terbentuk atau tidak. perhati apakan perubahan warna mendakan itu. dan adakah larut dalam NaOH atau NH3 secara berlebihan. ada juga confirmation test seperti menggunakan kayu uji bernyala untuk meng'confirm'kan kehadiran gas hidrogen dengan bunyi 'pop'. ataupun kayu uji berbara yang akan menyala dengan kehadiran oksigen. dan sebagainya lagi.

dulu-dulu, masa mula-mula belajar qualitative analysis, aku tidak berapa gemar kerana tidak faham. alhamdulillah, dengan bimbingan cikgu, menjadi seronok apabila sudah memahaminya.

overall, exam semalam memang kesuntukan masa. huhu. jadual pun tak berapa nak kemas. huhu. kawan seangkatan yang lain pun mengalami permasalahan masa yang lebih kurang serupa. mudah2an, gredding diturunkan. itulah harapan kami.

okies. enough about that. lagi sekali, doakan segalanya khair buatku untuk paper seterusnya.

gtg. perlu bersiap-siap. petang nanti perlu ke airport untuk ke marudi.

lagi sekali selamat hari raya untuk semua! (^_^)

subhanaka laa 'ilmalana illa ma 'alamtana innaka antal 'alimul hakim

Wednesday, October 10, 2007

28 ramadhan

uhuk2. setelah berhari-hari aku tidak membuka blog ini, aku mendapati chatbox yang wujud dalam blog ini telah 'sot'. entah mesej dari mana dan dari siapa yang muncul dan entah ke mana perginya mesej-mesej lama dari insan-insan yang aku kenali. huhu.

okies. 28 ramadhan 1428 bersamaan 10 oktober 2007. insyaAllah, hari ini angkasawan malaysia yang pertama akan berlepas ke angkasa lepas. dr. sheikh muszaphar. semoga segalanya khair buat beliau dan semoga perbelanjaan dan persiapan negara untuk ke angkasa lepas akan mendatangkan manfaat kepada warganegara dan kerajaan malaysia hendaknya.

dan, esok, insyaAllah, aku akan menduduki kertas AS Final yang pertama, Chemistry 32 (iaitu ujian praktikal berbentuk eksperimen). doakan semoga dipermudahkan bagiku memahami dan menjawab soalan2 dengan sebaiknya. dan peperiksaan AS final ini akan berterusan sehingga 21/11/2007. bittaufik wannajah buatku dan buat sesiapa sahaja yang akan menduduki peperiksaan di mana sahaja kalian berada.

cuak!

erm, insyaAllah, aku akan kembali ke miri untuk syawal ini dengan flight pada 12/10/2007, yakni pada pagi hari jumaat ini. pada sebelah petangnya pula, flight ke marudi. dan flight kembali semula ke sini, pada hari isnin, sebelah malamnya. sekali lagi, doakan segalanya khair buatku dalam perjalanan kelak.

mungkin hari ini terlalu awal untuk aku ucapkan selamat hari raya pada kalian, jadi apabila tiba hari raya nanti, anggaplah aku sedang mengucapkan ucapan "Selamat Hari Raya dan Mohon Maaf Zahir dan Batin" buat kalian. (^_^)

okies. selamat berpuasa.

Monday, October 01, 2007

formula

Alhamdulillah, pertemuan singkat semalam dengan ukhti shi (baru graduate and dapat 1st class honour from uni. of sheffield in electronic engineering majoring in semiconductor..tabik springgg!!) yang baru dikenali memberikan sedikit sebanyak pedoman berguna daripada beliau.

seorang yang kecil cilik tetapi amat bersemangat dalam menuturkan patah-patah katanya.

mudah-mudahan kejayaannya dan rakannya lain dapat memberi inspirasi kepada diri ini dan kalian semua tentang semangat : YES, WE CAN DO IT!!

dan yang penting sekali, ada satu dua formula yang membuka mata dan hati ini :

berusahalah, belajar sesungguh-sungguhnya, sehingga kita LAYAK untuk mendapat pertolongan Allah. sentiasa ingat, KEJAYAAN adalah satu rahmat Allah dan bukanlah kerana usaha kita, bukanlah kerana kita hebat ataupun sebagainya. yang menjadi kewajipan kita ialah, BERUSAHA dan BERTAWAKAL kepada-Nya. serta menjelmakan rasa SYUKUR dengan MENTAATI perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya.

jikalau ada ketikanya kita berada dalam low self-esteem : kita boleh berehat daripada apa yang sedang kita lakukan, TETAPI bukan berehat untuk selama-lamanya. maksudnya, apabila ada masa-masa kita berasa penat dalam belajar atau kerja kita, ambillah masa untuk berehat dan mengumpul semula tenaga. dan yang paling utama, kembali BANGKIT dengan semangat dan harapan yang baru dan berkobar-kobar untuk mencapai jaya.

event + response = outcome. dalam hidup ini, kita boleh berdepan dengan pelbagai perkara (event) yang menyukakan hati kita mahupun perkara-perkara yang kita tidak suka. perkara-perkara yang kita rasa sukar. dan sebagainya. dan, most of the time, kita tidak ada kuasa untuk mengawal event yang muncul dalam hidup kita. sebagai contohnya, menghadapi seseorang yang suka marah ataupun mengahadapi subjek yang mencabar. mahu tidak mahu, nak tak nak, kita perlu menghadapinya.

WALAUBAGAIMANAPUN, dalam menentukan OUTCOME sama ada baik ataupun tidak, OK atau KO, kita masih punya peluang itu, iaitu, RESPONSE kita. merujuk contoh tadi, jika orang marah dan kita bersabar, insyaAllah, 'outcome'nya ialah keadaan menjadi terkawal. tetapi jika respon kita juga adalah marah, fikirkan apa 'outcome' yang bakal kita hadapi. contoh kedua pula, jika berhadapan dengan 'event': subjek yang mencabar, tidak semestinya 'outcome'nya akan menjadi 'fail' ataupun 'tidak dapat menjawab soalan exam'. sebabnya, kita masih ada 'response' diri kita untuk menentukan 'outcome' yang kita kehendaki (berjaya) iaitu dengan belajar/ulangkaji dengan sebaiknya. InsyaAllah.

Atas segalanya, SEMUA yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t jua hendaknya. kerana itulah, selaku seorang Muslim, penyerahan dan pergantungan kepada Allah menjadi satu elemen yang perlu diselitkan dalam resipi kejayaan.

buatlah target yang relevan dengan kemampuan diri. yang aku faham, sebagai contohnya, (erm, ambik contoh kak shi), kak shi mendapat 1st class honour, dan pada kita, itu suduh cukup membanggakan. Alhamdulillah. semalam kak shi memberitahu, kita perlu sentiasa target 'to achieve the best' (which is 1st class in this example) dan tidak semestinya 'to be the best' (maksudnya, menjadi student yang terbaik iaitu 1st class dengan markah yang paling tinggi).

kita perlu letakkan target yang tinggi untuk dicapai agar kita mampu menggerakkan motivasi diri kita. tetapi pada masa yang sama, jangan terlalu memaksa diri hendak menjadi yang PALING BAIK. contohnya lagi, target untuk dapat A1 dalam SPM, tetapi tidak semestinya PERLU mendapat markah 100% untuk menjadi atau mencapai tahap yang diklasifikasikan 'terbaik' itu...maksudnya, 86% pun terbaik, 95% pun terbaik, 100% pun terbaik-iaitu kategori A1.

alangkah baiknya jika nilaian 'terbaik' itu diukur pada tahap USAHA yang dicurahkan. bukan semata-mata pada yang 'dihasilkan/terhasil'. cuba bandingkan, orang yang kuat berusaha dan mendapat B dengan orang yang meniru tetapi mendapat A. sudah tentu yang mendapat B itu adalah LEBIH BAIK daripada yang meniru.

learn to say 'NO' erm, ini ditujukan kepada individu yang mungkin terlalu sibuk dalam kehidupan sebagai seorang pelajar kerana aktif juga dalam ko-kukurikulum, aktiviti berpersatuan, aktiviti sukarelawan, dan sebagainya. konklusinya, kita perlu mengutamakan yang utama. (hal ini, saya menyerahkan pada kalian untuk menafsirkan dan menilaikan apa yang UTAMA dan KURANG UTAMA dalam kehidupan kalian). katakan 'TIDAK' pada benda-benda atau aktiviti-aktiviti yang tidak penting atau kurang penting. (erm. mungkin bole rujuk buku FiQh al-awlawiyyat by Yusuf Qardhawi- yang aku pun belum selesai pembacaannya. huhu)

selain itu, kak shi cakap dia banyak membaca buku-buku motivasi (saya tidak ingat siapa penulisnya). katanya, penulisan-penulisan itulah yang menjadi 'success coach' beliau. TETAPI, kak shi mengingatkan, APA-APA PUN, kita sebagai MUSLIM, atas segalanya perlu menyerahkan segala usaha kita kepada Allah. PENGHARAPAN dan PERGANTUNGAN hanya semata-mata pada-Nya.

lagi dan lagi peringatan untuk diri ini.

Allahu'alam.

subhanaka laa 'ilmalana, illa ma 'alamtana, innaka antal 'alimul hakim.

Thursday, September 27, 2007

puasa

lebih kurang 2 minggu lagi untuk kita berpuasa.

erm..

(uhuk2. ekceli i've no idea what to type...)

okies, slamat menyempurnakan ibadat puasa untuk ramadhan tahun ini.

semoga kita semua dipertemukan lagi dengan ramadhan berikutnya. amin.

:o)

Saturday, September 15, 2007

one litre of tears

famili yang tabah

aya (main character dalam 'one litre of tears')

[keciknya gambar..]

erm. despite the not-really-productive midsem holiday that i'm having, i've watched some episodes of a japanese drama entitled 'one litre of tears'. at the moment, the drama is showing every saturday ; 6pm ; on 8tv. but, i watch it no more on tv. i've bought the dvd (which is much more cheaper compared to the korean drama vcd). heheh.

erm. i won't be advertising the drama for nothing and i recommend all of you to watch the drama. so far, i've cried twice while watching the drama. most of the episodes are very touching (err..provided that you have enough sensitivity and sympathy or empathy, etc).

always, if we're talking about people's life, the most important thing is the lesson that we can learn from others' life and experiences. be it their happiness, sadness, success, failures, ups and downs of life, anything, which are valuable and able to give something for us to ponder on.

this drama is based on a true story of a 15-year-old girl named Aya who suffered from a brain disease called 'spinocerebellar degeneration'.

Synopsis

15-year-old Ikeuchi Aya was an ordinary girl, the daughter of a family who works at a tofu shop, and a soon-to-be high schooler. However, odd things have been happening to Aya lately. She has been falling down often and walks strange. Her mother, Shioka, takes Aya to see the doctor, and he informs Shioka that Aya has spinocerebellar degeneration – a terrible disease where the cerebellum of the brain gradually deteriorates to the point where the victim cannot walk, speak, write, or eat. A cruel disease, as it does not affect the mind in the least. How will Aya react when told about her disease? And how will Aya live from now on?

dipendekkan cerita, 'one litre of tears' mengisahkan tentang hubungan kekeluargaan, persahabatan, ketabahan, kecekalan, keyakinan, kegigihan, (ketekunan?)-nama-nama kelas kat ktdthb. =p

so, just watch it yourself!

p/s : it is not a new drama actually. it happened that i just knew about the drama last month. thanks to my housemate, a japanese freak; mana-chan a.k.a aesha for promoting the drama to all the members of our house. hehe.

Wednesday, September 12, 2007

laporan lawatan ke perkampungan orang asli - with pics

(posted on 24/08/2007)
sudah agak lama aku tidak mengupdate blog ini. kira-kira 2 minggu lebih. 2 minggu lepas, aku telah menyertai lawatan ke Kampung Sri Pantai, Senggarang, Batu Pahat, Johor. Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja sebelum, semasa, dan selepas perjalanan ke sana. secara ringkasnya, pengalaman ke sana sememangnya suatu pengalaman yang menarik.

yup, kampung yang menjadi destinasi lawatan kami merupakan sebuah kampung yang diduduki oleh orang asli. tetapi, tidak seperti yang biasa digambarkan di dalam TV di mana, orang asli duduk di dalam hutan dengan berumah kayu. itulah implikasi yang timbul akibat kurangnya pendedahan yang sebenar dan MENYELURUH terhadap kepelbagaian bangsa yang ada di Malaysia ini. pernah berlaku insiden, ada segelintir insan yang bertanya kepada rakan-rakanku yang sebumi, "korang masih duduk atas pokok ke?". dan mungkin bermacam lagi. syukur, aku tidak pernah mengalami pengalaman ditanya sedemikian.

Bumi Sarawak merupakan salah satu negeri yang mempunyai kepelbagaian kaum yang amat unik sekali. Memanglah jika dilihat dalam dokumentari, jika berkisar tentang Sarawak, ditunjukkan -rumah panjang, pakaian yang kelihatan seperti cawat, dan banyak lagi unsur-unsur tardisional SEBAHAGIAN daripada kaum bumiputera sarawak. jadi secara konklusinya, aku cuma ingin membetulkan persepsi-persepsi sempit segelintir insan tentang hakikat sebenar sesuatu keadaan. kini, ada rumah panjang yang diperbuat daripada batu, ada astro, dan mungkin ada kemudahan internet! dan orang Melayu Sarawak adalah sama sahaja dengan orang Melayu lain di Malaysia, cuma 'loghat' Melayu yang berbeza. bukanlah bermaksud aku tahu semua perkara yang betul, cuma, apabila kita disempitkan oleh persepsi, kita juga yang akan rugi. tambahan lagi, ada yang sampai menyakiti orang lain. tidak sepatutnya. last but not least, I'M PROUD TO BE A SARAWAKIAN. unik. dan apa yang dipaparkan melaui media massa sememangnya terhad. bayangkan, negeri sarawak merupakan negeri terbesar di malaysia dengan pelbagai kaum dan etnik, masakan boleh dinilai melalui dokumentari yang mengambil masa hanya setengah jam itu. sempena cuti-cuti Malaysia 2007, datanglah ke sarawak, bak kata orang puteh, seeing is believing.

aiseh, tersasar dari topik..hehe..

dalam bas-yang dipenuhi dengan hamper sebagai cenderahati untuk keluarga angkat


jadi, sesampainya di sana setelah melalui perjalanan yang berjam-jam, kami dibahagi-bahagikan kepada rumah keluarga angkat. kpg sri pantai ini, boleh dikatakan kawasan pedalaman, tetapi berbeza dengan pedalaman yang aku faham (merujuk kepada pedalaman di sarawak, biasanya perlu melalui jalan air. contoh pedalaman di sekitar bahagian miri[baram] ; Bario, Mulu, Lubok Nibong, Long Lama, dan pelbagai lagi 'Long' yang lain), kerana pedalaman bagi kpg sri pantai ini ialah, kami (dan bas) perlu melalui jalan yang hanya satu lorong dari jalan utama. uhuh. susah hendak aku describekan di sini. dan di hujung kampung, terdapat laut dan pantai yang merupakan kawasan pantai lumpur (bukan pasir). kalau aku tidak silap, hutan yang terdapat di pesisir pantai itu ialah hutan paya air masin (mungkin, aku pun tidak pasti.. =p lama sudah meninggalkan pelajaran geografi), yang aku perasan, terdapat pokok-pokok nipah.


jalan menuju ke kpg. sri pantai

oh, hampir terlupa, komuniti orang asli di kampung tersebut merupakan orang asli beragama Islam yang berbahasa melayu. rasanya, tidak ada perkataan yang aku tidak fahami sepanjang aku berkomunikasi ataupun mendengar mereka berkomunikasi sesama mereka. sekali dengar macam bunyi melayu. dua kali dengar pun macam bunyi melayu. mungkin dari segi fizikal sahaja yang nampak perbezaannya. apa-apapun di sisi Allah, semua manusia adalah sama seperti lirik lagu kumpulan raihan ;

miskin kaya susah senang

ada di mana-mana

orang desa orang kota

kita semua sama

biar rambut sama hitam

tapi hati kita berbeza

walau muda

walau tua

yang beza hanyalah Taqwa

yang beza hanyalah taqwa. secara ringkasnya aktiviti yang telah kami sepanjang berada di situ, pada hari sabtu; antaranya sukaneka, demonstrasi penyembelihan-2 ekor kambing, dan lebih kurang 50 ekor ayam- setelah didemonstrasikan oleh ustaz, para pelajar lelaki pula yang membuat penyembelihan ayam-ayam tersebut. aku tidak pasti jikalau terdapat pelajar perempuan yang menyertai penyembelihan tersebut kerana pada ketika itu aku meng'join'kan diri dalam operasi mengupas bawang. rasa cam pengilan jak. hehe. ada juga yang terlibat dalam 1. operasi mencabut bulu ayam. dan yang paling ekstrim- 2. mengeluarkan isi perut ayam! dua pengalaman yang tidak sempat aku rasai.

bowling kelapa?


sukaneka bersama kanak-kanak kpg. sri pantai (gula-gula dalam tepung)


sukaneka pelajar bersama golongan dewasa (erk! aktiviti ini diberi nama 'semakin jauh semakin sayang')

penyembelihan kambing - mbekk!


penyembelihan ayam oleh pelajar


err..


kain pelikat futsal club? (acara penutup bagi sukaneka)

kemudian, pada malamnya ada forum. antara isi forum yang menarik yang boleh dikongsikan di sini, tentang perlunya USAHA untuk berjaya. asbab untuk berjaya itu perlu. tetapi Allah jualah yang berkuasa memberikan kejayaan itu. seperti contoh yang disebutkan oleh ahli panel pada malam itu ;

1. kisah Maryam, ibu kepada nabi Isa, ketika Maryam hendak melahirkan baginda, Maryam meminta makanan. dan Allah telah berfirman supaya Maryam menggoncangkan pokok kurma yang ada di sebelahnya. kalau difikirkan ikut logika semata-mata, mana mungkin kudrat seorang perempuan hendak menggoncangkan pokok kurma dan mengharapkan kurma itu jatuh. seperti ingin menggoncangkan pokok kelapa. mungkinkah buah kelapa jatuh? ya, dengan izin Allah jua hendaknya. maka, ini menunjukkan perlunya USAHA itu.

2. Nabi Nuh. Allah telah memerintahkan nabi Nuh untuk membina bahtera. kerana Allah akan menurunkan azab kepada kaumnya. kapal yang dibina nabi nuh itu menunjukkan, perlunya USAHA, dalam mencari kejayaan. kerana, dengan kuasa Allah, boleh sahaja Allah menyelamatkan Nabi Nuh dan kaumnya yang beriman serta haiwan-haiwan lain daripada bala itu mengikut kehendak-Nya tanpa terbinanya bahtera itu.

mini forum - "Cemerlang, Gemilang, Terbilang"


wallahu'alam. mungkin kalian boleh membuat rujukan lanjut mengenai hal ini melalui tasir al-Quran. jika ada ralat, harap dibetulkan.

kesimpulan : untuk berjaya, kita perlu berusaha. tetapi, jaminan kejayaan itu bukan terletak kepada usaha, tetapi kurniaan Allah semata-mata. maksudnya, kita yang melakukan USAHA, tetapi yang MEMEBERI JAYA ialah Allah jua hendaknya.


seperti panadol ; jika pening kepala, orang makan panadol. pening kepala pun hilang. adakah panadol yang menghilangkan pening kepala itu? jawapannya sudah tentulah tidak. yang BERKUASA menghilangkan pening kepala dan juga segala kesakitan hanyalah Allah. panadol hanya bertindak sebagai satu asbab sahaja. makan panadol merupakan usaha kita untuk menghilangkan sakit kepala.

yang penting USAHA, sekalipun kita tidak berjaya, insyaAllah mudah-mudahan Allah memberkati dan meredhai USAHA kita, dan daripada USAHA itulah kita beroleh ganjaran pahala. insyaAllah. jadi sekali lagi, MATLAMAT hidup perlu menjadi fokus utama. iaitu mencapai redha-Nya. bukan semata-mata fokus untuk kesenangan dunia. dan tidak dinafikan, dalam meniti jalan ke arah mencapai MATLAMAT itu, perlunya kejayaan-kejayaan kecil di dunia ini untuk dicapai untuk mengarah kepada kejayaan yang paling besar di akhirat kelak. oleh itu, kita tidak seharusnya mengambil enteng terhadap apa-apa bentuk usaha walau sekecil mana pun usaha itu, khususnya usaha ke arah kebaikan.


sebahagian daripada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"..hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas.."
-Riwayat Muslim-


pada petang sabtu itu, aku juga sempat menghirup udara ketenangan di pantai yang aku sebutkan di atas tadi. keindahan pantai yang sungguh bermakna.


Subhanallah..laut di hujung kampung.. (bersiar-siar bersama beeha, farhanah, dan carol sambil makan jagung dan ais krim)

Pics and pics..

are you ready kids? ayay captain! sukaneka bermula..

antara student yang turut serta
(from left : ana, nadia, berry, atik, syikin)

yay!


ukhuwwah fillah!
(from left : beeha, farhanah, ana, fiza, azi)


pada hari ahad, kami sempat singgah di sebuah lagi kampung orang asli. iaitu Kpg. Minyak Beku. cuma, bezanya dengan kpg. sri pantai ialah, dari segi kemudahan infrastruktur. di kpg. minyak beku, kemudahan infrastruktur agak kurang berbanding kpg. sri pantai. boleh dikatakan kurang teratur. tetapi, bak kata pengerusi JKK kampung itu, mereka akan berpindah ke suatu penempatan baru yang lengkap kemudahan infrastrukturnya pada masa akan datang.

selepas majlis penutupan pada petang ahad, kami pun kembali ke rumah masing-masing.

erm. sekian untuk lawatan itu.


nikmat itu satu ujian, kesusahan itu pun satu ujian.


Allahu'alam.

Thursday, September 06, 2007

pengumuman cuti

hehe. sudah menjadi satu kelaziman (err..sejak aku bersekolah di TUCSJ di Tanah Melayu ini) untuk aku mengumumkan atau membuat pengisytiharan cuti. maka, tanpa ada kaitan dengan mana-mana penyimpan mohor besar raja-raja, aku (dan rakan-rakan yang lain) dengan rasminya memulakan cuti mid semester setelah berakhirnya trial AS petang tadi.

insyaAllah, akan berangkat ke miri dari LccT pada malam esok.

petang tadi, sempat berkunjung ke kutpm di shah alam. menziarahi rakan seperjuangan, nurisa. huhu. perjumpaan yang agak singkat. insyaAllah, next time berjumpa lagi. thanks! for the very warm welcome. jemput datang umah! (^_^)

untuk seketika, i feel that i'm being myself again. i feel recharged. kat ctok, with new people around, it's quite hard for me for being myself. because i rarely 'communicate' to this new world the way i used to back in miri. honestly, for example i don't how to plente using our 'usual' way here. it is so different! bahasanya lain. istilah-istilah yang digunakan untuk plente and katik orang pun lain. modal mok katik orang pun sikda! hehe. sengsara juak bila kena restrict dirik kedirik from doing benda-benda yang biasa dipolah. =p

err..12.25 a.m. tengah malam? i better be going now.

okies, selamat cuti-cuti Malaysia 2007!

:o)

Saturday, August 04, 2007

weekends

erm, hari ini, telah ke PIKOM PC Fair 2007 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
ramai orang, pelbagai produk dengan variasi pilihan dan harga. rambang mata juga aku dibuatnya. tapi aku tidak membeli apa-apa. hehe.

insyaAllah, 10-12 Ogos ini, akan mengikuti trip ke perkampungan Orang Asli di Johor yang dianjurkan oleh Kelab Bina Insan (KBI), Taylor's dengan kerjasama PERKIM. aku pun tidak pasti bagaimana dan di mana kami akan menginap. semasa perjumpaan pertama KBI, apabila ditanyakan kepada mereka mengenai penginapan, menjawab, "surprise". ergh. just wait and see.

jadi, diharapkan lawatan ini akan memberi manfaat kepadaku, kepada kami semua umumnya di samping menjadi wasilah buatku bagi merintis ERTI HIDUP PADA MEMBERI. mudah-mudahan dapat belajar sesuatu yang baru, pengalaman yang baru yang mungkin akan dapat dimanfaatkan pada masa akan datang. insyaAllah. lagipun, aku tidak pernah mengenali Johor dengan dekat. erm, rasanya, aku pernah ke Johor sekali sahaja, itu pun sekadar singgah semasa kecil dahulu. kurang pasti. hehe.

jadi, doakan mudah-mudahan aku selamat berangkat dari sini dan ke johor, sepanjang berada di johor, dan seterusnya sehingga kembali ke sini.

dan hujung bulan ini, akan bermulanya peperiksaan trial AS (Advanced Subsidiary Level), menurut pemahaman aku, AS ini ialah peringkat pertama Cambridge A-Level (CAL). InsyaAllah, tahun hadapan barulah menduduki A2-CAL peringkat kedua. final AS akan bermula sekitar oktober tahun ini manakala final A2 akan bermula sekitar pertengahan tahun hadapan, insyaAllah. sekali lagi, doakan kejayaan aku dan kami semua dalam peperiksaan-periksaan tersebut. dan buat kalian aku mendoakan kejayaan yang cemerlang, gemilang, terbilang dalam apa sahaja ujian akademik mahupun ujian kehidupan yang sedang atau bakal kalian hadapi. ameen.

Allahu'alam.

Sunday, July 29, 2007

KRIM

semalam aku berkesempatan mengikuti satu perjumpaan ringkas dengan wakil dari KRIM- kelab rakan intelek muda. mereka merupakan lepasan pelajar malaysia UK-Ireland. jadi perjumpaan semalam adalah sebagai satu perkongsian pengalaman dan nasihat kepada pelajar pra-universiti. diadakan di masjid sunway. cuma agak sayang hanya berbelas-belas orang sahaja yang hadir. antara ahli KRIM yang hadir ialah Kak Rena-kini akauntan di CIMB, Kak Jua-kini lecturer microbiology di UIAM Kuantan, Bro Azli (kalau tidak silap)-kini geologist di Carigali Petronas, dan beberapa lagi pelajar malaysia yang kini sedang menghabiskan cuti summer antaranya, Kak Haliana (medic-Leeds Uni.), Bro Zainul (medic-Queen's Uni. Belfast, Ireland), dan beberapa orang lagi yang tidak sempat dikenali.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. mudah-mudahan dengan input yang diberi akan mendatangkan kebaikan kepada kami semua.
secara ringkasnya, antara perkara yang sempat dikongsikan oleh mereka ialah sedikit sebanyak bagaimana suasana sebenar di sana dan pengalaman mereka mengadaptasikan diri. sebagai contohnya, dari segi makanan halal, ibadah solat dan puasa, di samping nasihat mereka tentang peri pentingnya menyiapkan diri dengan sebaiknya bagi menghadapi cabaran sosial di sana. cabaran komunikasi, isu islamophobia, serta tanggungjawab pelajar malaysia sebagai duta kecil malaysia dan Islam. dan banyak lagi yang tak sempat dikongsikan di sini.
apa-apa pun, sesungguhnya, pertemuan ringkas itu telah mampu membuka mata ini. menyedarkan diri ini, kita hidup dan menjalani kehidupan ini, bukan semata-mata untuk diri kita. tidak dinafikan kebenarannya, ERTI HIDUP PADA MEMBERI.
aku masih meniti perjalanan ini, doakan mudah-mudahan aku dan juga kalian dapat menjejaki langkah-langkah mereka itu. sokongan dan nasihat agar diri ini terus gagah melalui pra-universiti ini dengan sehabis baiknya dan dapat sampai ke destinasi dicita dengan jayanya. kepada Rabbi aku bertawakal.
Allahua'alam.

Friday, July 27, 2007

at last..the Deathly Hallows...finished..by me..

hehe. sudah genap seminggu sejak aku menaipkan post yang lalu. alhamdulillah, aku telah mendapatkan Harry Potter and the Deathly Hallows pada sabtu lepas. alkisah, pada hari itu, seawal pagi itu, aku meng'sms' nurisa. 30 minit lagi sebelum HP7 keluar di pasaran secara rasmi. malang yang tidak berbau bukan disebabkan belum mandi, aku amat terkejut mendengar berita buletin pagi di tv3. kedai-kedai buku terbesar ; MPH, Popular, dan Times, menari balik jualan kecuali kepada mereka yang telah membuat pre-order. ggagagag. tensi2!mungkin ke'tensi'an ini dapat dirasakan oleh sesiapa yang tidak membuat apa-apa booking, terutamanya sesiapa yang mengikuti siri HP dan tinggal di Tanah Melayu ini. di sebelah Borneo aku tidak tahu, mungkin tidak mengalami apa-apa kesulitan. wallahu'alam. mungkin, kalian sudah mengetahui bagaimana timbulnya isu ini. tidak lain dan tidak bukan TESCO dan Carrefour yang telah membuat promosi bahawa mereka menjual Harry Potter and the Deathly Hallows dengan harga 69.90 !!! berbanding dengan harga 109.90 yang ditawarkan oleh kedai-kedai buku terbesar. wah! harga yang paling mahal pernah ditawarkan untuk antara koleksi buku-buku HP. itulah yang dikatakan, dalam economics, inelastic demand : walaupun berapa banyak harga dinaikkan, ataupun dikurangkan (dalam kes HP7, dinaikkan), para pengguna (yakni pembaca setia HP) tetap akan membeli buku tesebut walaupun tidak setebal Harry Potter and the Order of Phoenix.

ergh! aku terfikir-fikir sepagi itu bagaimana aku hendak mendapatkan HP7 pada hari itu. perancangan asalku hendak ke Summit Subang Jaya (lokasi di mana aku menonton movie Harry Potter and the Order of Phoenix pada pukul 9pm pada malam sebelumnya) yang berdekatan dengan rumah makcikku. mendengar pengumuman di kaca tv itu, mulanya aku tidak percaya. beberapa jam kemudian, makcikku dari kajang menjemput kami, kerana dia mengadakan sedikit jamuan makan-makan sempena dengan rumahnya yang baru siap. dia telah membeli the Star. dan right on the front page, a small column at the bottom of the page, realiti memunculkan diri di hadapan aku. realiti bahawa HP7 tidak dijual pada hari itu! dan aku terfikir, Borders! kedai buku Borders di Berjaya Times Square, kL. kL! jenuh benakku dengan tanda seru! (hehe) bagaimana aku hendak ke tengah metropolitan kL? ergh. kemudian, aku meng'consider', HP7 yang dijual di TESCO dan Carrefour, dan dengan 0.65 keyakinan, aku memberitahu kazenku bahawa buku di TESCO dan Carrefour kemungkinan bukan hard-cover.
betapa salahnya aku!
ergh. dengan kecetekan akal pada awal pagi itu, dengan perut yang kosong, aku telah makan durian. jadi sehari-hari itu, perutku dilanda serangan dari dalam. bagaikan peperangan antara Dumbledore's Army dan The Order of Phoenix menentang tentera Voldemort iaitu Death's Eater in The Battle of Hogwarts. (hehe. gotcha! dun worry, i spill no more! nevertheless, we have already known that there'll be a war between the good and the dark forces in the end after all. im not spoiling anything rite? hehe.)
jadi, setelah berhempas-pulas ; bagaikan Harry Potter, Ron, and Hermione dalam pengembaraan mereka mencari horcruxes, mungkin umpama terkena Cruciatus Curse, aku menahan perutku yang sakit. berjalan ke sana-ke mari bersama saudara-maraku membeli-belah bahan-bahan memasak untuk jamuan petang sabtu itu. apakan dayaku untuk mengelak umpama terkena panahan Avada Kedavra. sekali terkena, tiada maaf bagimu, except, for The Boy Who Lived. oh, direct to the point, makcikku telah singgah di Tesco Puchong. well, i was slightly exited since i've been anticipated the day before. tidak seperti yang aku jangkakan, tidak begitu ramai orang di rak buku yang menjual HP7. adalah segelintir orang yang mengerumuni tempat itu dan membelek-belek HP7, tetapi tidaklah begitu ramai. biasa-biasa. dan mengambil kesempatan itu, dan menyedari hakikat bahawa HP7 di situ hard-cover, aku mengambil satu.
dek kerana kesibukan di dapur (selaku sidekick tukang masak), pada hari itu, aku tidak begitu berpeluang untuk membaca HP7. setakat dibelek-belek begitu sahaja. kalau hendak baca, biarlah terus melekat dalam dunia pembacaan. (err..rasanya fakta ini benar dalam pembacaan novel sahaja.. ;p .hehe) dan malam menjelma. lewat malam. sangat lewat. beberapa muka surat sahaja yang mampu aku buka dan baca. dan zZzZz.

dipendekkan cerita, setelah melalui minggu ini dengan hari-hari di college yang penuh liku dan cabaran, mengelakkan diri daripada terdengar orang bercerita mengenai HP7, terutamanya rakan sekelas, akhirnya, tengah hari tadi, aku telah menamatkan pembacaanku. terima kasih kepada rakan-rakan sekelasku yang telah tamat pembacaan mereka pada hujung minggu lepas yang langsung tidak membuka apa-apa cerita tentang HP7. cuma, rakan-rakan se'scholar' yang lelaki, sengaja mencari ruang dan peluang menakutkan kami yang belum selesai pembacaan dengan pelbagai versi cerita. dengan sepayah usaha Harry Potter menggunakan Occlumency untuk menutup mindanya daripada Voldemort, kami memekakkan telinga kami dan aku berhenti daripada melayari laman maya ini buat seketika.
All was well.
komen untuk HP7 : very touching at certain chapters of the seventh book especially towards the end. many of surprises. more secrets revealed. more deaths. more magic. much-much more interesting.
rasanya, kalau dilihat dengan dua mata tanpa membuka minda, mungkin segelintir orang akan mempertikaikan pembacaan Harry Potter. bagi aku, siri Harry Potter sememangnya memberikan banyak pengajaran terutamanya tentang kasih-sayang, kepercayaan, perjuangan, kekeluargaan, persahabatan, dan banyak lagi elemen-elemen yang kian pudar dalam diri insan dewasa ini. tentang betapa pentingnya melawan anasir jahat dengan penuh hikmah dan keyakinan terhadap "buat baik dibalas baik, dibuat jahat, jangan sekali dibalas jahat"
niat tidak menghalalkan cara. sekalipun apa yang dilakukan atas niat yang baik tetapi dengan cara yang salah, tetap salah. apatah lagi kalau dibuat dengan niat yang salah, sememangnya akan salah.
i've imagined, bagaimana kalau, kita dapat berjuang seperti itu..good versus evil..sememangnya, kita dalam perjuangan ini..semoga akhirnya, kita menang dalam perjuangan ini..have faith, insyaAllah..
last but not least bak kata Dumbledore...for the greater good...
sekian.
Allahu'alam.

Friday, July 20, 2007

Harry Potter and the Deathly Hallows


21st of July 2007. esok!! di kedai-kedai buku utama, seawal 7.01 am. err, tetapi, aku tidak akan tergolong dalam kalangan yang akan beratur panjang. kerana aku tidak membuat apa-apa booking. hehe. dudi2 kit. hehe. hopefully berpeluang dan berkesempatan untuk mendapatkannya esok. sebelum ini, Harry Potter and the Half-Blood Prince, aku telah dikantoikan bahawa Dumbledore mati. huhu. kalau tidak silap, ketika itu, ada ujian progresif semasa form 4. hehe. HP 7..nebes2!

setelah melalui 2 test dalam minggu ini (sepatutnya 3, tetapi lecturer econs tidak dapat menghadirkan diri), aku merasakan ingin menyantaikan diri. hehe. walaupun movie Harry Potter and the Order of Phoenix telahpun keluar lebih seminggu lalu, aku belum menjejakkan kaki ke layar perak untuk menontonnya. insyaAllah, ingin menonton pada hujung minggu ini!! yeah! tetapi, aku telah mendengar sedikit sebanyak kekurangan (seperti biasa) dalam movie jika dibandingkan di dalam novel. seperti movie HP 3 dan 4, aku menonton bersama kazen atau adik-beradikku. insyaAllah, kali ini juga begitu. sudah lama aku merancangkannya bersama dengan kazenku yang sedang berada di darjah 5, ariz. hehe. ;o) -my best kazen- seperti yang diiystiharkan olehnya. hehe.

okies..i hope there would be no spoiling moment this time. hehe. OR, I'll be the spoiler?
hehe.

to all Harry Potter fans, happy reading HP 7 - Harry Potter and the Deathly Hallows.

Saturday, July 07, 2007

di sini aku sendiri?

wah! rasanya, hari inilah kali pertama aku memunculkan diri di taylor's pada hari sabtu. apa tidaknya, kebanyakan sabtu-sabtu sebelum ini, aku menghabiskan masaku di rumah saudara mahupun di rumahku sahaja.

yeap, masih dalam minggu pertama di semester 2 ini. masih lagi fresh dan segar. hehe. sebenarnya hari ini merupakan Parents.Teachers'.Day, sebagai satu kesinambungan setelah berlalunya musim peperiksaan semester 1. jadi, aku mengambil kesempatan ini untuk bertemu dengan lecturerku. lecturer physics, Mr.Selva dan chemistry, Ms. Kuek. oh, this P.T.D was mainly held in the Multi-Purpose Hall (MPH). semasa aku melangkah masuk ke pintu MPH tadi, kelihatan beberapa orang dari bahagian pentadbiran tucsj bertindak sebagai penyambut tetamu. salah seorang daripadanya menghampiriku.

"where's your parent?"
"they don't come", jawabku dengan english yang masih lagi tidak berapa konfiden.
"so, what're you doing here?"
"err, if i want to see the lecturer.."balasku ditambah dengan bahasa badan yang lain.
"haha..(bole dia ketawakan aku)..of course..can..can..u look for your lecturer who is free first" aku melihat sekeliling, meja dan kerusi bersusun-susun. pelbagai ragam manusia. aku tercari-cari kelibat yang aku kenali.

almaklumlah ibu bapaku berada di bumi sarawak. jadi aku pun menemui lecturer physics. soalan yang sama,

"where's your parent?"
"they cannot come. they are in sarawak"
"owh.."
"erm..there's nothing much that i can say..so, what do you want to do?"
"owh, i just wanna know what can i do to improve my results"

wah..i'm quite impressed with myself. maksud aku, atas kelancaranku menuturkan bicara, maksud aku, kelancaran untuk berkomunikasi dengannya. bukan apa, sebelum ini, di dalam kelas, aku agak segan dengan Mr.Selva. aku ingat lagi, masa aku mula2 belajar di dalam kelasnya pada awal tahun dahulu, pernah sekali, selepas aku bertanyakan soalan kepadanya, dia berkata," try to speak louder". hehe. hal itu terjadi kerana aku tidak konfiden untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris. insyaAllah, dari semasa ke semasa, aku cuba untuk memperbaiki kelemahan ini. sambung ceritera,

"owh, just do a lot of past years questions..you all have been doing that right?" 'you all' yang dimaksudkannya ialah kami, scholar petronas. 'Ya!' jawabku dalam hati, rakan-rakanku, bukan aku!
"yes, for me not so much" aku merujuk kepada diriku sendiri.
"so, do all past years. you buy the past years, try the question but don't look at the answers" katanya sambil terangguk-angguk.
"ok, so just do all the past years and.." kataku, cuba untuk mendapat kata-kata lanjutan daripadanya.
"yea, of course, ask more..i mean not 'more'..'more'.." sambil tersenyum. maksudnya 'more'..'more' janganlah bertanya perkara yang tidak sepatutnya.
"ok.." hehe. aku tersengih

"you didn't do that right..so, just ask. .so that i know what you don't understand or what you understand wrongly.." sambungnya.

hehe. aku tersengih lagi. terasa ke'hampeh'an diri. mana perginya prinsip 'malu bertanya sesat jalan' yang pernah dipegang suatu ketika dahulu?

isu yang sama turut diungkapkan oleh Ms.Kuek.."do a lot of past years questions.."

dipendekkan cerita, melalui pertemuan singkat itu, konklusinya : aku perlu membuat banyak latihan..(yang sebelum ini tidak mencukupi)..salah satu langkah daripada beribu-ribu langkah yang perlu aku mulakan dan istiqamah dalam meneruskannya..

[p/s : dialog mungkin tidak 100% sama seperti yang menjadi butir bicara, tetapi masih membawa maksud yang sama, insyaAllah] :o)

erm. secara umumnya, tidak salah jika aku nyatakan di sini, kepada aku dan sesiapa sahaja yang belajar dalam satu sistem yang berorientasikan peperiksaan sepenuhnya (seperti SPM, PMR, UPSR, a-level, etc) salah satu keperluan dalam merangka formasi dan strategi pembelajaran ialah dengan membuat sebanyak-banyaknya latihan soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.

aku masih ingat (dan mungkin akan sentiasa ingat), semasa di tingkatan 5 dahulu, Mdm.Chai seorang guru berdedikasi yang mengajar fizik begitu gigih dan cekal dalam menyediakan buat kami soalan2 peperiksaan sebenar mahupun percubaan tahun2 lepas. sebut sahaja dari mana, seluruh pelosok malaysia disediakannya. terima kasih cikgu, budimu yang tak terbeli. sayangnya, cuma kebanyakan kami bak kata orang puteh take for granted atas apa yang beliau usahakan. begitu juga di tusen kimia, Mr. Chin di holiday park, beliau sentiasa memberikan latihan2 soalan peperiksaan tahun lepas. aku kira, setebal satu fail tebal koleksi yang telah disediakan. Alhamdulillah, dengan izin Allah jua, berkat strategi itu, aku mendapat gred yang baik untuk kedua-dua subjek tersebut dalam peperiksaan spm. sedangkan pada asalnya, penguasaanku lemah dalam kedua-dua subjek tersebut.

tercoretnya apa yang telah aku coretkan di atas adalah sebagai satu lagi peringatan buat diriku yang lalai dan khilaf ini yang sesuatu tidak datang bergolek. usaha tangga kejayaan. utamakan yang utama. dan menyedarkan diri ini lagi dan lagi, adanya manusia di dunia ini bukanlah untuk perkara yang sia-sia. hatta lalat yang menjengkelkan manusia turut mempunyai hikmah penciptaannya. apatah lagi manusia yang merupakan sebaik-baik ciptaan yang dikurniakan akal. manusia di dunia ini, adalah bagi menunaikan perintah-Nya demi mencapai keredhaan-Nya. cuma, manusia yang harus memilih yang haq dan yang batil.

owh. hari ini juga, tucsj diramaikan dengan kedatangan pelajar-pelajar intake july tajaan jpa. sememangnya ramai. apa yang kelihatan pada pandangan mataku, pelbagai ragam insan, ibu bapa mahupun dengan saudara-mara yang menghantar mereka. di satu sudut, aku melihat seorang anak lelaki memeluk dan mengusap-usap bahu ibunya. memujuk mungkin. mungkin inilah yang dikatakan si anak tersebut,

"janganlah ibu menangis, saya ke sini bukannya untuk suka-suka ibu, saya ke sini hendak belajar, hendak ubah nasib keluarga kita, hendak balas jasa ayah dan ibu, bukannya lama ibu. pejam-celik, pejam-celik, saya sudah bekerja, insyaAllah, masa itu nanti biar saya yang tanggung keluarga kita ibu.."

MUNGKIN. mungkin itulah yang dikatakannya. paling tidak pun itulah ayat tipikal yang biasa menjadi dialog drama melayu di tv. tipikal. klise. apa lagi? SESUNGGUHNYA, tipikal itulah, klise itulah yang seharusnya menjadi ingatan dalam diri seorang anak.

aku melihat lagi, di suatu sudut, ibu bapa berbaju batik dan berbaju kurung, segak dan gembira di sebalik raut wajah yang dipenuhi garis-garis usia. betapa syukur bergema di hati-hati mereka. dengan ruang dan peluang kurniaan-Nya ini. bangga, gembira, syukur, dan macam-macam lagi gejolak perasaan. seakan-akan aura itu terkumpul menjadi gelombang besar yang melemparkan tempiasnya pada sisi hati ini, seakan-akan dapat merasakan apa yang mereka rasakan.

di suatu sudut lagi, seorang anak yang bersendirian, duduk bermenung, dengan 1001 kerisauan yang terpancar di wajahnya. mungkin. masakan aku mampu menerobos dasar mindanya. aku teringatkan diri aku sendiri. mungkin apa yang dia rasakan sama seperti yang pernah aku rasakan. kerisauan dan kerinduan berjauhan dengan keluarga. ya, aku menangis ketika mula-mula sekali memasuki alam belajar di perantauan. setiap kali meninggalkan miri, aku akan diterpa kesayuan dan kesedihan itu. tetapi, bila lagi manusia akan belajar menghargai jika tidak di saat perpisahan? yang utama, biarlah setiap pertemuan dan perpisahan itu adalah kerana-Nya.

satu formulasi lagi boleh diterbitkan : ibu bapa sebagai salah satu pemangkin motivasi. apabila berasa diri tersasar dari laluan sebenar dalam meniti perjuangan ini, kenangkanlah ibu bapa. betapa besarnya harapan mereka terhadap kita. betapa besarnya pengorbanan mereka. betapa ikhlasnya kasih sayang mereka. kepercayaan yang diberi, genggam sekuatnya. kadang-kadang membuat diri ini bergetar, andai diri ini menjadi punca kekecewaan mereka. Na'uzubillah min zalik. mudahan belantara menuju harapan dan redha-Nya dapat diredah dan ditempuh dengan sebaiknya.

lagi dan lagi, semua ini menjadi satu refleksi diri. seperti yang pernah aku tuliskan buat diriku di laman maya ini, mungkin, kita dapat melihat, belajar dan mengenali diri kita dalam diri insan yang lain.

wallahu'alam.

di sini aku sendiri? saat ini aku sedar..ramai lagi di sini...dalam kembara ini..

Sunday, July 01, 2007

julai dan semester baru

Alhamdulillah, sepantas masa berlalu, aku kini telah hampir 6 bulan berada di bangku pembelajaran a-level.

julai ini, aku akan memulakan semester kedua. perjalanan yang masih jauh. dengan suka duka yang tidak diketahui lagi wajahnya. mudah-mudahan semester ini akan menjadi lebih baik daripada semester yang lalu. amin.

esok, dengan rasminya cuti semester 1 akan berakhir. esok juga, keberangkatan aku ke LccT, insyaAllah. meneruskan perjuangan di bumi tanah melayu dengan 1001 harapan dan kekuatan. harapan akan selalu menjadi sandaran dan kekuatan pula akan terus dikumpulkan.

kepada teman sekalian, sudi-sudilah sama-sama memberi peringatan kepada diri ini, yang diri ini berada di sini, bersama-sama kesempatan dan peluang ini, punya kewajipan dan amanah yang perlu dipenuhi. ingatkanlah diri ini, yang ramai lagi insan yang mahu berada di sini andai diri ini tidak benar-benar mendiami tempat ini dengan sepenuh hati. sama-sama kita meneruskan langkah ini ke destinasi keredhaan Illahi.

salam perjuangan!

p/s : segala kesulitan amatlah dikesali bcos x jadi wat bbq yang sekian lama telah diwar-warkan..insyaAllah, mudah-mudahan di kesempatan yang lain kita berpeluang untuk berkumpul lagi.. :o)

Saturday, June 16, 2007

ketika ini

salam alaikum !

alhamdulillah. telah selamat mendarat di lapangan terbang miri lebih kurang pukul 9.25 p.m tadi.

fuhh. agak penat hari ini. apa tidaknya, sepagi tadi keluar ke bandaraya kuala lumpur. almaklum lah, hari ini tiada kelas lagi kerana telah selesai exam semalam. seawal pagi, aku membangunkan diri, melakukan rutin harianku. agenda diteruskan dengan mengemas pakaian serta katil. malam semalam, aku ke CC sehingga 11 lebih p.m, melayarkan diri di msn messenger, berdiskusi dengan rakan-rakanku yang berada di miri. hehe. sekembalinya sahaja dari CC, aku sudahpun agak mengantuk, tetapi kusempatkan juga diri untuk mengemaskan fail2 dan kertas2 yang tidak tersusun. kemudian, zZzZz...

sempat juga menyempatkan diri singgah ke klcc, borders-berjaya times square, lunch di kedai nasi ayam hainan di bukit bintang. emm. sedap! hehe.

sekitar pukul 4, pak cik ku menjemput aku di rumah. kami menelusuri lebuh raya dan menuju ke LccT. finally, up,up, and away !

alhamdulillah, kini di depan pc menaip cebisan ayat-ayat ini.

:o)