Showing posts with label Secebis Cetusan Pemikiran. Show all posts
Showing posts with label Secebis Cetusan Pemikiran. Show all posts

Monday, December 31, 2007

insights + blogging

"man jadda wa jada"
siapa yang berusaha, dia akan dapat hasilnya

"insight" yang didapati di kala membaca post di saifulislam.com tentang rentetan peristiwa kematian benazir bhutto yang dinukilkan oleh ustaz hasrizal.
insight. suatu yang unik bagi setiap individu yang berbeza. dengan kata lain, insight juga dikenali sebagai suatu "ahha..!" yang tecetus dalam diri kita. begitulah dengan post-post yang telah aku nukilkan di dalam myfikrah.blogspot.com ini. dengan izin Allah jua, apa yang tertulis di laman maya ini adalah sebahagian daripada insights yang aku dapati daripada kehidupan sekelilingku.
aku menulis dari kaca mata dan kotak mindaku. penafsirannya, mungkin diinterpretasi pada sudut-sudut yang berlainan. apa yang aku harapkan, apa jua manfaatnya dapat dikongsi bersama. kelemahannya, diperbaiki bersama dan dijadikan sempadan bagi semua. dan mungkin boleh menjadi insight yang lain kepada insan lain juga.
sepanjang tahun 2007 ini, setelah menapakkan kaki di tempat, suasana, perekitaran, dan dunia baru pelbagai persoalan dan konflik diri timbul. dan pada waktu-waktu yang tidak dijangkakan insight-insight tercetus dengan sendirinya. ahah.
"ahha..!" here
"ahha..!" there
anywhere "ahha..!"
'ol mcdonald had a happy meal..eeyar..eeyar..ow..

"haha"
but not everytime la..
('',)
aku rasa, kalian juga pada ketika-ketika yang tertentu mengalami pencetusan insight-insight dalam diri kalian. membaca dan dibaca, aku mendapati ada sebahagian pelajaran hidup ini berharga dan bernilai hanya pada insan yang telah melaluinya. walau betapa rasa ingin mengongsikannya kepada dunia, namun ia hanya terbuku di minda. tiada kata yang mampu meluahkannya. sukar untuk memaknakannya.ataupun, mungkin belum masanya. apa-apa pun ketetapan tuhan yang menentukannya. Allahu'alam.
TATA~ 2007
erm..setiap tahun yang berlainan mempunyai keunikannya yang tersendiri. catatan pengalaman yang berbeza. malahan, antara 2 hari yang berlainan pun mempunyai banyak perbezaan peristiwanya. apatah lagi setahun yang mempunyai 365 hari. tetapi hairan juga, kenapa masih ada yang merungut mengatakan hidup ini bosan dan tiada makna. haha. mungkin, kadang-kadang insan melihat dunia secara dasar sahaja ; makan, kerja/belajar, tido.
APA YANG LAIN PADA 2007 ?
  • Silibus pelajaran yang berubah. dulu SPM, tahun ini CAL.
  • Ada tempat tinggal, bilik, katil, meja, dapur, etc. yang baru (maksudnya telah bermukim di tempat baru)
  • Pergi kelas tak perlu guna uniform.
  • Naik bas pergi sekolah.
  • Ramai kawan baru
  • Beg baru
  • Kasut baru
  • Cikgu baru
  • Alat tulis baru
  • Dulu nokia, sekarang s.e
  • ...bla..
  • ...bla..
  • ..bla...

(err..bosannya list ini)

haha. itu kelainan dari sudut fizikal. semua orang mengalami perubahan fizikal yang hampir sama.(err...maybe..)

INSIGHTS

insight. itulah yang berbeza. apa yang aku faham tahun lepas tidak sama dengan apa yang aku faham tahun ini. 'pelajaran' baru diperolehi. alhamdulillah.

(err..bukan merujuk kepada perbezaan pembelajaran formal..bukan sekolah mahupun buku teks..hehe)

kalian tentu faham apa yang aku maksudkan. pelajaran yang DIPELAJARI di SEKOLAH KEHIDUPAN. mungkin, pelajaran di sekolah kehidupan lebih bermakna. kita belajar di SEKOLAH KEHIDUPAN yang sama, tetapi uniknya, setiap daripada kita melalui proses pembelajaran yang berbeza. kelas yang berbeza. ada masa-masanya, yang boleh diumpamakan seperti masa rehat, kita berjumpa dan bertukar-tukar cerita. jika ada 'homework' yang perlu diselesaikan, kita berbincang (berdiskusi eh..hehe) dan bertukar-tukar pandangan.

KITA TETAP KITA, tetapi kita cuba melihat dunia dengan pandangan yang berbeza. cuba melihat dunia dengan minda yang lebih terbuka daripada sebelumnya. tersilap, kita belajar daripadanya.

KEEP MOVING FORWARD !!

i guess that is all that we have to do. keep moving forward. 2008. no expectation. but vision and mission. insyaAllah. pray for me. and all the best to you wherever you are.

p/s : ada sapa2 yang tahu teknik "power nap"?

welkam 2008!

kembara mencari erti diri sebenar akan diteruskan..

makna diri akan terus cuba dimaknakan..

semoga kita melalui jalan yang diredhai-Nya..ameen.

Tuesday, November 13, 2007

kita generasi pewaris

erm. biasanya kita hanya akan suka untuk berbicara tentang perkara yang 'ada kepentingannya bagi diri kita atau things that we're concern about' atau perkara yang 'sememangnya menarik a.k.a tidak boring' untuk diperkatakan.
yang former tu, contohnya, kalau penyokong manchester united football club, pasti teruja apabila dibuka cerita tentang EPL, etc. kerana dia concern tentang kalah menang Man. Uni. FC. ataupun apabila membicarakan tentang isu Palestin dan Israel, juga mampu menarik minat kita kerana kita concern akan nasib saudara seIslam kita.

contoh bagi yang latter pula, paling sinonim ialah cerita dunia hiburan, artis itu dan ini, gosip itu dan ini dan sebagainya. ataupun isu antarabangsa seperti peristiwa 11 september yang juga mampu menarik minat kita. runtuhnya WTC tiada kena-mengena dengan kita, tetapi berikutan peristiwa itu, misteri, komplot, fitnah, dan kebenaran yang tersembunyi di sebalik peristiwa itu menjadikan ianya menarik.

dan kadang-kadang, sebab sesuatu topik itu terlalu 'biasa' berlaku di sekeliling kita, kita mudah
take things for granted. jadi mungkin itulah kita hilang concern kita terhadap sesuatu perkara. dan hilang minat untuk berbicara, berfikir, ataupun mengambil kisah megenainya.

contoh yang paling dekat, ahli keluarga kita. kadang-kadang kerana kita terlalu rapat dengan ahli keluarga kita (dari kecil hidup bersama keluarga), kita hilang sensitiviti terhadap mereka. mudah sahaja kita menghamburkan marah kita pada mereka. hilang concern kita. kalau adik-beradik minta tolong itu atau ini, berat benar rasanya ingin membantu (hehe. pengalaman sendiri), kalau tolong pun semadi jak. sebab adik-beradik kita telah me'report' kepada parents. hehe.

sebaliknya, kalau dengan kawan-kawan (atau gelfren-boyfren), sanggup berkorban apa sahaja untuk mereka. jarang sekali kawan-kawan dikecewakan permintaan mereka.

ahah. panjang juga yang aku taip tapi belum sampai ke isinya. rumusan daripada di atas, yang aku cuba sampaikan ialah, kita hilang kepekaan pada perkara yang seharusnya kita peka. dan salah satu daripadanya ialah politik.

link di bawah ini mungkin boleh menjelaskan mengapa aku tulis tentang 'politik'.

saifulislam.com
muhtarsuhaili.com

mungkin terlalu banyak untuk dibaca, tapi sudi-sudikanlah untuk membacanya for the sake of menambahkan pengetahuan am, membuka minda, menimbulkan kesedaran, dan yang pernting sekali, memperbaiki diri demi mencapai matlamat sebenar hidup ini.

myfikrah

ini sebahagian daripada fikrahku. mungkin sejak dulu lagi (secara tidak langsung), kerana dari kecil aku terdedah dengan orang di sekelilingku i.e famili, berbicara mengenai politik. bapaku dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB-BN), pakcikku dengan SNAPnya (aku tak sure apa nama panjangnya), kemudian sampai hari ini, taib mahmud- CM sarawak- menjadi buah mulut rata-rata orang sarawak termasuklah familiku (dari generasi tua sampai ke yang muda) yang tidak puas hati dengan kemunduran infrastruktur di beberapa tempat serta ketidakadilan dan bermacam lagi. kemudian timbul isu politik yang menggemparkan pada tahun 1998, berkaitan datuk seri anwar ibrahim. dan pada masa itu kami pakat-pakat sokong keADILan. mak su aku yang ketika itu belajar di tanah semenanjung ini, di awal era penubuhan keADILan mungkin terpengaruh dengan rakan sekeliling pun sokong keADILan. ahah.
aku? biarlah rahsia. ahah. yang pasti, aku sokong perjuangan yang benar dan yang sebenar-benarnya dalam mencegah kebatilan. insyaAllah.
kecelaruan pemikiran berkenaan 'politik' adalah implikasi daripada sifat endah tak endah (orang puteh kata ignorance) dan juga kurangnya PENGETAHUAN (orang puteh kata knowledge). ada satu kawasan di Miri, penduduk setempat di situ memang calie. pada satu musim kempen pilihan raya yang lepas, mereka pernah mengibarkan panji keADILan (masa tu, keADILan masih baru lagi di Miri). ahah. berkibar-kibar di tepi jalan. baru-baru ini pula, setelah UMNO mula masuk ke Miri (setelah sekian lama, baru wujud UMNO di miri, so-called 'parti untuk orang melayu'), bendera UMNO pula yang berkibar-kibar. apa jadi kalau PAS ada di miri kelak, adakah mereka akan mengibarkan bendera PAS?
no offence! daripada insiden di atas, aku rasa MUNGKIN pihak terbabit tidak faham, tidak tahu, atau tidak concern apa perjuangan sebenar mereka. mereka sokong keADILan. kenapa? mereka sokong UMNO. kenapa? ada kemugkinan mereka tiada jawapan kepada persoalan ini. mereka juga tidak pasti apa sebenarnya perjuangan kumpulan-kumpulan berkenaan. (by the way, aku pun tak tahu apa sebenarnya yang diperjuangkan keADILan dan UMNO sebetulnya. yang aku tahu, melalui subjek SEJARAH, UMNO zaman dulu-dulu memperjuangkan hak orang Melayu). mungkin sebab aku sendiri tidak pernah kisah selama ini untuk mengambil tahu kerana aku rasa semua itu tiada kaitan denganku.
ALHAMDULILLAH dan segala syukur pada-Nya kerana aku telah diberi kesedaran oleh insan-insan yang prihatin dan memandu aku untuk belajar dan mengenal erti perjuangan yang sebenar-benarnya kini. kepada ALLAH aku memohon agar terpelihara dan istiqamah di atas jalan yang benar. dan besarlah harapanku, rakan seperjuanganku sekalian agar kita berada di atas landasan dan fikrah yang sama.
DEMOKRASI : it's in your hand !
mahu tidak mahu, kita tidak boleh lari dari 'politik'. SEKURANG-KURANGNYA, kita perlu AMBIL KISAH tentang politik. kita mahu perubahan di negeri kita, kita mahu kemajuan bangsa kita, kita mahu kemajuan AGAMA kita, dan dalam dunia hari ini, KUNCI KEMAJUAN terletak pada kuasa politik yang memerintah.

yang menjadi persolan, sejauh mana pemegang kuasa politik BENAR-BENAR selari dengan kepentingan rakyat seluruhnya. rata-rata pada hari ini, kita masih mendengar penindasan terhadap rakyat. rasuah, korupsi, masalah sosial, jenayah, keruntuhan akhlak, dan sebagainya patut dijadikan ukuran dalam membuat penilaian dan dalam menentukan apa yang hendak diperjuangkan. kalau hendak dilihat dengan lebih mendalam, sejauh mana kuasa politik BENAR-BENAR selari dengan Al-Quran dan Sunnah.

Allahu'alam.

isk2.

aku tahu, aku bukanlah sesiapa untuk mengetengahkan perkataan yang bernama 'politik' apatah lagi untuk mengatakan tentang isu politik semasa dan setempat. sesungguhnya, apa yang aku tuliskan adalah berdasarkan pemahaman akalku yang tidak begitu dalam. lebih banyak lagi yang perlu aku pelajari dan kaji.
jika kalian mendapati ketidakfahaman ataupun kesilapfahaman yang ketara dalam diri ini, aku amat alu-alukan apa-apa teguran, nasihat, mahupun kritikan agar sama-sama dapat kita perbaiki diri. nabi pernah bersabda yang lebih kurang maksudnya, " agama itu adalah nasihat, nasihat itu adalah agama".

seperti yang dinukilkan oleh ustaz hasrizal dalam saifulislam.com :

"...Tetapi tidak terlibat dengan politik, tidak bermakna kita tidak boleh belajar, mengambil tahu dan membuat pendirian mengenainya. Buangkan jauh-jauh nama parti politik yang kalian tidak suka, isu-isu yang mereka bawa tetap tidak boleh kita pisahkan dari kehidupan.."
"Negara Kita Tanggugjawab Kita"
p/s : eh! eh! politik dalam blog ini? ahah. mungkin kini masa yang sesuai. nampaknya, isu politik agak hangat kebelakangan ini rentetan daripada perhimpunan agung UMNO dan demonstrasi BERSIH yang lalu. ada juga yang berpendapat, general election is just around the corner!
Allahu'alam.

Thursday, August 30, 2007

Salam Kemerdekaan !!

merdeka! esok - ulangtahun ke-50 kemerdekaan Malaysia. pertama sekali, dipanjatkan kesyukuran kepada Illahi atas NIKMAT kemerdekaan ini. atas perkembangan dan pembangunan ekonomi yang pesat. maka dengan izin-Nya, daripada kemakmuran ini, aku dan kalian berpeluang menerima pendidikan dan mengenal ILMU sejak dari kecil lagi sehinggalah ke saat ini, masing-masing di tempat yang ditetapkan oleh Allah untuk kita. Alhamdulillah.

Malaysiaku Gemilang !

tema kemerdekaan tahun ini. terkenang zaman persekolahan. hampir setiap tahun, sambutan kemerdekaan peringkat sekolah pasti diadakan. dan tidak aku nafikan, jika dibandingkan aura sambutan kemerdekaan pada tahun ini, tidaklah sehebat aura yang pernah dirasakan semasa di sekolah. hal ini kerana, di sekolah, ada sahaja pelbagai aktiviti yang diadakan. pertandingan, nyanyian lagu tema : keranamu Malaysia, Jalur Gemilang, Tanggal 31(lagu Allahyarham Sudirman), dan entah berapa banyak lagi lagu-lagu tema, ada sketsa, persembahan bertemakan kemerdekaan,etc. cuma tahun ini, aku tidak berapa kenal atau familiar dengan lagu tema tahun ini. hanya sekali dua terdengar di radio atau t.v. cambes. huhu. rindu dengan sekolah.

masa sekolah rendah, aku masih ingat, kami ahli lembaga pengawas 2001 (masa tahun 6), kami membuat sketsa. walaupun samar-samar dalam memoriku, tapi ia satu memori yang indah. keseronokan dan patriotisme seorang aku pada usia 12 tahun. bercakap mengenai patriotisme, apa kata kita teliti maksud sebenar patriotisme. hehe. aku pun sebenarnya tidak tahu. cuma faham maksud patriotisme melalui tindakan-tindakan dan contoh-contoh yang aku lihat di sekeliling. saban tahun, disebut-sebut, disana-sini, patriotisme. melalui yang aku lihat, membuatkan aku menafsirkan patriotisme itu sebagai ; mengibarkan bendera di rumah, di kereta, menyanyikan lagu patriotik, terlibat dalam akitiviti yang menyemarakkan bulan dan hari kemerdekaan, dan banyak lagi. dan kalian mungkin mempunyai persepsi yang sama dan mungkin berbeza tentang patriotisme.

menurut kamus dewan edisi ketiga; patriotisme ialah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. mungkin tindakan-tindakan yang aku sebutkan di atas tadi menepati maksud patriotisme. maksudnya, kerana 'perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air', orang mengibar bendera, orang menyanyi lagu tema merdeka. tetapi, adakah tindakan-tindakan itu benar-benar menujukkan patriotisme?

aku cuba untuk menyalurkan semangat patriotik itu dengan MEMAKNAKAN dengan makna yang lebih bermakna bagi makna patriotsme. bukan sekadar mengibarkan 20 bendera di atas atap rumah atau bumbung dan bonet kereta. diringkaskan, jikalau benar kita cintakan negara, maka pikullah tanggungjawab sebagai warganegara dengan MENJAGA negara dan MEMELIHARA negara dan mungkin suatu hari nanti, khususnya bagi yang lelaki akan menjadi PEMIMPIN negara. maka PIMPINLAH negara seperti pentadbiran Rasulullah dan Khulafa' ar-Rasyidin, yang menjadikan PERATURAN dan Undang-undang Allah sebagai paksi utama negara.

selama ini, aku tidak faham hakikat ini. apakah perbezaannya jikalau negara melaksanakan undang-undang konvensional dengan melaksanakan undang-undang Islam. alhamdulillah, dengan peringatan, penceritaan, perkongsiaan oleh insan-insan yang prihatin tentang isu ini, aku mula cuba untuk memahaminya. dulu dalam kelas, ustaz pernah menyebut, tentang kewajipan melaksanakan undang-undang Islam dalam pentadbiran negara. Analogi yang ustaz berikan; jika kita membeli kereta Vios, maka untuk memastikan Vios berada dalam tahap yang baik kita perlu rujuk kepada manual/buku panduan untuk kereta Vios. apa terjadi jika kita merujuk manual kereta Kancil, membaiki Vios dengan penyelenggaraan kereta Kancil, tidakkah ia mengeruhkan keadaan? penyelenggaraan untuk Vios, hanyalah pembuat/pengilang Vios yang tahu bagaimana untuk menyelesaikan permasalahannya.

begitu juga manusia. Allah yang menciptakan manusia dan Allah jualah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk manusia. maka hanya undang-undang Allah yang terbaik untuk memimpin manusia, untuk membaiki 'kerosakan-kerosakan' manusia.

jikalau diteliti isu ini, dapat dilihat impaknya jika negara tidak Islam. salah satu contoh yang aku terfikirkan, riba'. riba' itu haram. tetapi kita semua amat terdedah dengan amalan riba' ini. terutamanya dalam urusan dengan bank, pinjaman, serta kad kredit. astaghfirullah. sedih jika ingin difikirkan mengenainya. dengan kekhilafan dan kejahilan diri ini tentang pemahaman Islam yang sebenar-benarnya. banyak lagi yang diri ini tidak punya kefahaman untuk menghindari daripada terlibat dengannya. hanya mampu bergantung kepada informasi-informasi yang dikongsikan oleh aktivis-aktivis Islam yang prihatin, contohnya isu pelaburan internet, FOREX, dan banyak lagi.

itu baru dari skop yang kecil iaitu, sudut ekonomi sahaja! bagaimana dengan sudut-sudut kehidupan yang lain? sedihnya. :(

jadi, penyelesaiannya hanya dengan tertegaknya negara Islam yang syumul. maka, insyaAllah, pemimpin kita pada masa itu dapat melaksanakan sistem muamalah yang mengikut syara'. insyaAllah, mungkin riba' pada masa itu akan diharamkan sama sekali dalam mana-mana sistem ekonomi. insyaAllah, bukan sekadar bidang ekonomi tetapi cara hidup Islam yang syumul atau menyeluruh juga dapat diaplikasikan dalam kalangan Muslim dan pada masa yang sama memelihara keharmonian pelbagai kaum di negara kita ini.

formula Piagam Madinah telah terbukti kejayaannya. negara Islam Madinah pada ketika itu tidak menindas rakyatnya yang bukan Islam sebaliknya menjaga mereka. adakah tidak mungkin perkara yang yang sama berlaku jika negara yang berusia hampir 5o tahun ini menggunakan formula yang sama? tambahan lagi, dengan formula yang diamalkan sekarang ini, tetap ada menampakkan beberapa pergeseran dalam kalangan kita di sebalik keharmonian yang terpancar. peraturan yang diadakan oleh manusia, walaupun baik tetapi tetap ada kekurangannya.

coretan pagi ini. 13 jam lebih lagi sebelum menghampiri ulangtahun kemerdekaan yang ke-50. penaipan ini sebagai ingatan kepada diri ini. mudahan kita semua dalam pemeliharaan-Nya dan hidayah-Nya.

buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.

kalau salah tolong tunjukkan. yang tertaip ini semangnya terbatas dengan pengetahuanku yang sememangnya terbatas.

Subhanaka laa 'ilamalana illa ma 'alamtana innaka anta 'alimul hakim.

Allahu'alam.

Monday, August 06, 2007

layakkah aku?

"Sebenarnya saya rasa saya tak layak lagi untuk tugasan dakwah sebegini. Bagaimana saya nak tegur orang kalau saya sendiri tak settle lagi? Biarlah saya perbaiki diri saya dulu. Dalam hadis 34 ada menyebut, kala kita tak berkuasa untuk menegur kemungkaran dengan tangan dan lidah, kita tegur dengan hati walaupun itu selemah-lemah iman. Kalau macam tu, bersesuaian dengan kelemahan dan tahap saya, memadailah kalau saya hanya tegur dalam hati. Boleh ke? "

erm. pernyataan di atas ini aku copy+paste dari satu diskusi. mari sama-sama kita merefleksi hakikat ini. inilah realitinya. realiti aku juga. sungguh tidak benar jika aku mengatakan yang aku tidak pernah mempunyai paradigma yang sedemikian. dan kebanyakan kita. paradigma tentang 'layak' atau tidak dalam perjuangan menyampaikan yang haqq.
erm. dos yang paling asas bagi mengaktifkan neuron-neuron di dalam otak berkenaan hakikat 'layak' atau tidak ini serta perkara yang sepatutnya dilakukan, marilah renungkan sejenak, quote dari Task Force Miri :
"KALAU BUKAN KITA, SIAPA?"
"KALAU BUKAN SEKARANG, BILA?"
seterusnya di bawah ini lagi dan lagi sambungan sambungan diskusi yang aku copy+paste bagi membuka minda dan hati ini tentang 'layakkah aku?' :
Wajiblah ada di antara kamu suatu ummat (golongan) yang menyeru (manusia) kepada melakukan kebaikan, menyuruh berbuat yang baik dan melarang berbuat yang jahat. Mereka itulah orang yang berjaya (bahagia). (al Imran, 104).
Saidina Ali r.a pernah berkata (dipetik daripada buku Bimbingan Muminin Imam Ghazali m/s: 388);Aku merasa amat hairan, bila seorang Muslim didatangi saudaranya Muslim yang lain dengan suatu keperluan, malangnya ia tiada menganggap dirinya layak untuk membuat kebajikan. Apakah ia tiada mengharapkan pahala ataupun tiada takut kepada balasan? Sepatutnya ia akan menyegerakan dirinya kepada budi pekerti yang mulia, kerana yang demikian itu akan menunjukkan dia ke jalan yang selamat.
Dalam masa kita sibuk mempersoalkan isu layak atau tidak layak, pernahkah kita ambil masa untuk berfikir? Masihkah ada hari esok untuk ku? Cukupkah bekalan ku untuk ku berhadapan dengan Allah Taala? Sanggupkah aku melihat sahabat-sahabatku hanyut dibuai arus duniawi sedangkan aku bertungkus lumus untuk mencari Redha Ilahi? Apakah jawapan yang bakal aku berikan apabila Allah Taala mempersoalkan sama ada kita mengajak sahabat-sahabat kita melakukan kebaikan dan melarang mereka melakukan kemungkaran?
1. Sesungguhnya yang memilih kita bukanlah manusia tetapi pilihan itu adalah dari Allah SWT. Manusia hanya sebagai penyampai. Jadikanlah dunia ini sebagai tempat kita melabur untuk bekalan kita di akhirat. Tinggalkan soal layak atau tidak layak pada Allah SWT kerana hanya Allah lebih mengetahui. Tiada bezanya kita dengan sahabat kita yang lain di sisi Allah melainkan taqwa kepada Nya.
2. Jika kita masih tidak ada keyakinan, maka marilah kita kembali kepada janji Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 286:Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
3. Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani lebih tahu kemampuan kita dan sudah pasti tidak akan membebani hamba-hamba Nya. Insya Allah. Ambil peluang yang Allah kurniakan kepada kita dan lakukannya dengan seikhlas mungkin. Janganlah kita menolak takdir Allah untuk kita kerana mungkin peluang untuk melakukan kebaikan ini tidak akan datang lagi.
sekali lagi, peringatan untuk diri ini daripada diri ini sendiri dan daripada sesiapa yang pernah dan sentiasa sudi memberi peringatan kepada diri ini (dengan izin dan kurnia-Nya jua). alhamdulillah dan syukran.
fuhh. terserlah lagi kekhilafan diri ini. betapa sikitnya diri ini memanfaatkan ruang dan peluang untuk membuat kebaikan, umpama salah satu prinsip ideal gas; the volume of the gas is negligible compared to the volume of the container. betapa besarnya isipadu container itu, tetapi diri ini yang boleh dianalogikan sebagai gas tersebut, hanya menempatkan fungsi diri ini untuk isipadu yang begitu kecil. yang tidak signifikan langsung.
tuntasnya, kepada diri ini dan sesiapa yang masih mempunyai paradigma yang kurang meluas itu, maka lebar-lebarkanlah. kalau masih ingin berfikiran, "aku tidak layak kerana aku sendiri pun tidak perfek", ingatlah bahawa, tiada manusia yang sempurna, hanya Allah s.w.t yang Maha Sempurna. ingatlah bahawa, kalau ingin menunggu saat ilmu penuh-sepenuhnya di dada baru tergerak untuk melaksanakannya, entah bila saat itu hendak kunjung tiba. dalam kita belajar ilmu-ilmu berguna, dalam masa yang sama itulah kita berusaha mengamalkannya dan menyampaikannya, kerana bak kata orang puteh, 'learning is a never ending process'.
apabila disebut 'menyampaikan', bukanlah bermaksud cuba menjadi seorang guru agama (tetapi kalau boleh ke tahap itu, amatlah digalakkan), istilah 'menyampaikan' itu boleh dimungkinkan dengan pelbagai pendekatan. antaranya memberi nasihat yang berguna walau hanya sepatah dua. mungkin boleh juga 'menyampaikan' melalui akhlak yang baik. dan berbagai-bagai cara yang approachable. insyaAllah. buat perkongsian lagi (dipetik dari muhtarsuhaili.wordpress.com) ;
...di dalam berdakwah, konsep “Aslih nafsak, wad’u ghairak” wajar menjadi panduan. Maksudnya ialah bersama-sama kita memperbaiki diri kita sendiri dan dakwahkan/ ajak orang-orang lain untuk sama-sama memperbaiki diri dan memperjuangkan kebenaran serta mendaulatkan Islam.
Sebagai muhasabah, bersama kita renungi kata-kata ini: “Hati yang mati tidak akan menghidupkan hati mati yang lain.”
apa yang boleh disimpulkan dari pernyataan tersebut, usaha pembaikan dan memperbaiki diri perlulah istiqamah dilakukan dan pada masa yang sama menjadi tanggungjawab kita untuk mengajak insan lain bersama-sama memperbaiki diri dan menuju kebaikan serta mencegah kemungkaran. oleh hal yang demikianlah, peri pentingnya kesalingan antara kita. saling mengingatkan antara satu sama lain. kerana, aku dan kalian ada kekurangan, kealpaan, kelalaian, dan kelebihan kita masing-masing yang telah dikurniakan-Nya.
walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang telah lama 'bebas' dari pemikiran yang kurang luas tersebut, Alhamdulillah. teruskan perjuangan kalian dan diri ini mengharapkan sokongan dan dorongan kalian untuk sama-sama berjuang dan membina kekuatan diri.
sama-samalah aku dan kalian saling memberi peringatan antara kita. mudah-mudahan kita sentiasa terpelihara dalam hidayah-Nya. mudah-mudahan dipermudahkan kita dalam perjuangan ini. mudah-mudahan hati-hati kita istiqamah dalam perjuangan ini. mudah-mudahan ukhuwwah antara kita diperkuat dari hari ke hari. dengan limpah rahmat-Nya jua. ameen.
syukur dipanjatkan kepada-Nya atas kehadiran insan-insan yang sentiasa menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran baik yang terdiri daripada kawan-kawan, bloggers, pengirim emel dan sms, ustaz-ustazah, penulis-penulis buku ilmiah, penyampai ceramah, usrah dan tazkirah serta ingatan-ingatan yang baik, yang besar mahupun kecil, yang dekat mahupun jauh. semoga kalian sentiasa mendapat limpahan rahmat dan baraqah-Nya.
Allahu'alam.

Saturday, July 07, 2007

di sini aku sendiri?

wah! rasanya, hari inilah kali pertama aku memunculkan diri di taylor's pada hari sabtu. apa tidaknya, kebanyakan sabtu-sabtu sebelum ini, aku menghabiskan masaku di rumah saudara mahupun di rumahku sahaja.

yeap, masih dalam minggu pertama di semester 2 ini. masih lagi fresh dan segar. hehe. sebenarnya hari ini merupakan Parents.Teachers'.Day, sebagai satu kesinambungan setelah berlalunya musim peperiksaan semester 1. jadi, aku mengambil kesempatan ini untuk bertemu dengan lecturerku. lecturer physics, Mr.Selva dan chemistry, Ms. Kuek. oh, this P.T.D was mainly held in the Multi-Purpose Hall (MPH). semasa aku melangkah masuk ke pintu MPH tadi, kelihatan beberapa orang dari bahagian pentadbiran tucsj bertindak sebagai penyambut tetamu. salah seorang daripadanya menghampiriku.

"where's your parent?"
"they don't come", jawabku dengan english yang masih lagi tidak berapa konfiden.
"so, what're you doing here?"
"err, if i want to see the lecturer.."balasku ditambah dengan bahasa badan yang lain.
"haha..(bole dia ketawakan aku)..of course..can..can..u look for your lecturer who is free first" aku melihat sekeliling, meja dan kerusi bersusun-susun. pelbagai ragam manusia. aku tercari-cari kelibat yang aku kenali.

almaklumlah ibu bapaku berada di bumi sarawak. jadi aku pun menemui lecturer physics. soalan yang sama,

"where's your parent?"
"they cannot come. they are in sarawak"
"owh.."
"erm..there's nothing much that i can say..so, what do you want to do?"
"owh, i just wanna know what can i do to improve my results"

wah..i'm quite impressed with myself. maksud aku, atas kelancaranku menuturkan bicara, maksud aku, kelancaran untuk berkomunikasi dengannya. bukan apa, sebelum ini, di dalam kelas, aku agak segan dengan Mr.Selva. aku ingat lagi, masa aku mula2 belajar di dalam kelasnya pada awal tahun dahulu, pernah sekali, selepas aku bertanyakan soalan kepadanya, dia berkata," try to speak louder". hehe. hal itu terjadi kerana aku tidak konfiden untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris. insyaAllah, dari semasa ke semasa, aku cuba untuk memperbaiki kelemahan ini. sambung ceritera,

"owh, just do a lot of past years questions..you all have been doing that right?" 'you all' yang dimaksudkannya ialah kami, scholar petronas. 'Ya!' jawabku dalam hati, rakan-rakanku, bukan aku!
"yes, for me not so much" aku merujuk kepada diriku sendiri.
"so, do all past years. you buy the past years, try the question but don't look at the answers" katanya sambil terangguk-angguk.
"ok, so just do all the past years and.." kataku, cuba untuk mendapat kata-kata lanjutan daripadanya.
"yea, of course, ask more..i mean not 'more'..'more'.." sambil tersenyum. maksudnya 'more'..'more' janganlah bertanya perkara yang tidak sepatutnya.
"ok.." hehe. aku tersengih

"you didn't do that right..so, just ask. .so that i know what you don't understand or what you understand wrongly.." sambungnya.

hehe. aku tersengih lagi. terasa ke'hampeh'an diri. mana perginya prinsip 'malu bertanya sesat jalan' yang pernah dipegang suatu ketika dahulu?

isu yang sama turut diungkapkan oleh Ms.Kuek.."do a lot of past years questions.."

dipendekkan cerita, melalui pertemuan singkat itu, konklusinya : aku perlu membuat banyak latihan..(yang sebelum ini tidak mencukupi)..salah satu langkah daripada beribu-ribu langkah yang perlu aku mulakan dan istiqamah dalam meneruskannya..

[p/s : dialog mungkin tidak 100% sama seperti yang menjadi butir bicara, tetapi masih membawa maksud yang sama, insyaAllah] :o)

erm. secara umumnya, tidak salah jika aku nyatakan di sini, kepada aku dan sesiapa sahaja yang belajar dalam satu sistem yang berorientasikan peperiksaan sepenuhnya (seperti SPM, PMR, UPSR, a-level, etc) salah satu keperluan dalam merangka formasi dan strategi pembelajaran ialah dengan membuat sebanyak-banyaknya latihan soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.

aku masih ingat (dan mungkin akan sentiasa ingat), semasa di tingkatan 5 dahulu, Mdm.Chai seorang guru berdedikasi yang mengajar fizik begitu gigih dan cekal dalam menyediakan buat kami soalan2 peperiksaan sebenar mahupun percubaan tahun2 lepas. sebut sahaja dari mana, seluruh pelosok malaysia disediakannya. terima kasih cikgu, budimu yang tak terbeli. sayangnya, cuma kebanyakan kami bak kata orang puteh take for granted atas apa yang beliau usahakan. begitu juga di tusen kimia, Mr. Chin di holiday park, beliau sentiasa memberikan latihan2 soalan peperiksaan tahun lepas. aku kira, setebal satu fail tebal koleksi yang telah disediakan. Alhamdulillah, dengan izin Allah jua, berkat strategi itu, aku mendapat gred yang baik untuk kedua-dua subjek tersebut dalam peperiksaan spm. sedangkan pada asalnya, penguasaanku lemah dalam kedua-dua subjek tersebut.

tercoretnya apa yang telah aku coretkan di atas adalah sebagai satu lagi peringatan buat diriku yang lalai dan khilaf ini yang sesuatu tidak datang bergolek. usaha tangga kejayaan. utamakan yang utama. dan menyedarkan diri ini lagi dan lagi, adanya manusia di dunia ini bukanlah untuk perkara yang sia-sia. hatta lalat yang menjengkelkan manusia turut mempunyai hikmah penciptaannya. apatah lagi manusia yang merupakan sebaik-baik ciptaan yang dikurniakan akal. manusia di dunia ini, adalah bagi menunaikan perintah-Nya demi mencapai keredhaan-Nya. cuma, manusia yang harus memilih yang haq dan yang batil.

owh. hari ini juga, tucsj diramaikan dengan kedatangan pelajar-pelajar intake july tajaan jpa. sememangnya ramai. apa yang kelihatan pada pandangan mataku, pelbagai ragam insan, ibu bapa mahupun dengan saudara-mara yang menghantar mereka. di satu sudut, aku melihat seorang anak lelaki memeluk dan mengusap-usap bahu ibunya. memujuk mungkin. mungkin inilah yang dikatakan si anak tersebut,

"janganlah ibu menangis, saya ke sini bukannya untuk suka-suka ibu, saya ke sini hendak belajar, hendak ubah nasib keluarga kita, hendak balas jasa ayah dan ibu, bukannya lama ibu. pejam-celik, pejam-celik, saya sudah bekerja, insyaAllah, masa itu nanti biar saya yang tanggung keluarga kita ibu.."

MUNGKIN. mungkin itulah yang dikatakannya. paling tidak pun itulah ayat tipikal yang biasa menjadi dialog drama melayu di tv. tipikal. klise. apa lagi? SESUNGGUHNYA, tipikal itulah, klise itulah yang seharusnya menjadi ingatan dalam diri seorang anak.

aku melihat lagi, di suatu sudut, ibu bapa berbaju batik dan berbaju kurung, segak dan gembira di sebalik raut wajah yang dipenuhi garis-garis usia. betapa syukur bergema di hati-hati mereka. dengan ruang dan peluang kurniaan-Nya ini. bangga, gembira, syukur, dan macam-macam lagi gejolak perasaan. seakan-akan aura itu terkumpul menjadi gelombang besar yang melemparkan tempiasnya pada sisi hati ini, seakan-akan dapat merasakan apa yang mereka rasakan.

di suatu sudut lagi, seorang anak yang bersendirian, duduk bermenung, dengan 1001 kerisauan yang terpancar di wajahnya. mungkin. masakan aku mampu menerobos dasar mindanya. aku teringatkan diri aku sendiri. mungkin apa yang dia rasakan sama seperti yang pernah aku rasakan. kerisauan dan kerinduan berjauhan dengan keluarga. ya, aku menangis ketika mula-mula sekali memasuki alam belajar di perantauan. setiap kali meninggalkan miri, aku akan diterpa kesayuan dan kesedihan itu. tetapi, bila lagi manusia akan belajar menghargai jika tidak di saat perpisahan? yang utama, biarlah setiap pertemuan dan perpisahan itu adalah kerana-Nya.

satu formulasi lagi boleh diterbitkan : ibu bapa sebagai salah satu pemangkin motivasi. apabila berasa diri tersasar dari laluan sebenar dalam meniti perjuangan ini, kenangkanlah ibu bapa. betapa besarnya harapan mereka terhadap kita. betapa besarnya pengorbanan mereka. betapa ikhlasnya kasih sayang mereka. kepercayaan yang diberi, genggam sekuatnya. kadang-kadang membuat diri ini bergetar, andai diri ini menjadi punca kekecewaan mereka. Na'uzubillah min zalik. mudahan belantara menuju harapan dan redha-Nya dapat diredah dan ditempuh dengan sebaiknya.

lagi dan lagi, semua ini menjadi satu refleksi diri. seperti yang pernah aku tuliskan buat diriku di laman maya ini, mungkin, kita dapat melihat, belajar dan mengenali diri kita dalam diri insan yang lain.

wallahu'alam.

di sini aku sendiri? saat ini aku sedar..ramai lagi di sini...dalam kembara ini..

Friday, June 29, 2007

berkobar-kobar

erm. result semester 1 telah dikeluarkan. aku dapati secara online (woh! canggih woo..! hehe, dulu2 kena tunggu 2-3 minggu lepas cuti barulah kita dapat full result)

erm. alhamdulillah, dengan izin-Nya jua, aku mampu mendapatkan gred minima untuk melayakkan diri mendapat loan komputer. walau bagaimanapun, hakikatnya, itu tidaklah sebaik mana. SEKADAR itu. sekadar. aku berhubung dengan seorang dua rakan se'scholar', dan keputusan mereka agak memberansangkan berbanding dengan diriku ini. syukur, alhamdulilah atas pencapaian mereka.

melihat betapa khilaf diri ini, tatkala inilah 'sejenak' yang mampu membuat aku terpaku. where do i stand? where should i stand? di mana aku sekarang? dan di mana sepatutnya tempat aku berada? refleksi.

kadang-kadang, aku punya semangat yang begitu membara. kalian juga begitu. tetapi, adakah kalian bersetuju, ada ketikanya, motivasi itu runtuh bak tersembamnya menara WTC di amerika ke tanah pada 11 september 2001. adakalanya. bukan sentiasa. aku rasa itu lumrah. TETAPI, menghadapi sesuatu yang menjadi lumrah tidak menjadikan ianya patut bagi kita untuk menyerah. tidak sesekali.

aku rindu. mungkin. rindu dengan kata-kata, walaupun hanya sepatah dua, tapi mampu membuat mataku terbuka, jiwa meronta-ronta, untuk meneruskan langkah dengan gagahnya. tepat menuju ke destinasi yang dicita. kalian semestinya pernah merasai kobaran semangat itu bukan? malahan, melalui bait-bait lagu pembangun jiwa juga mampu membangkitkan kembali semangat itu. mungkin, ada yang mengambil enteng perkara seperti itu. kata-kata, emel, sms, hatta sentuhan lembut di bahu mahupun genggaman erat di tangan mampu menaikkan nafsu untuk mencapai kejayaan yang dicitakan BERSAMA. ya, BERSAMA. fiddunya wal akhirah. kejayaan sebagai seorang individu itu tiada maknanya, kerana kalau diikutkan hati sendiri sahaja, mungkin tiada siapa yang ingin berjaya.

maksud aku, ada ketikanya, soalan seperti "kenapa aku perlu berjaya?" dan "untuk siapa aku perlu berjaya?" sering mengasak-asak kotak mindaku yang tidak begitu luas ini. di saat itu, aku mencari-cari suara-suara, kata-kata, nota-nota, mahupun sentuhan yang membangunkan jiwa yang pernah aku dengar dan rasa di belakang kehidupanku yang telah berlalu. aku lihat sekeliling. aku terlalu jauh dari semua itu. semua itu yang pernah menyedarkan aku, 'siapa aku?'. juga pernah menyedarkan aku, kewujudanku dan kita semua di atas muka bumi ini, bukanlah suatu yang sia-sia. juga pernah menyedarkan aku, kita perlu BERUSAHA untuk berjaya sebagai satu APRESIASI atas nikmat kurniaan-NYA. andai aku berpeluang merakam semua unsur pembangun jiwa itu, pasti aku rewind2kan sentiasa. hehe. sekali lagi, Alhamdulillah, atas kehidupan yang telah dilalui serta insan-insan yang telah aku kenali di sepanjang perjalanan ini.

konklusinya, terlalu banyak kelemahan diri ini yang perlu diperbaiki. terlalu banyaknya. terlalu banyak lagi yang perlu aku pelajari dan kenali. aku juga perlukan peringatan mahupun nasihat-nasihat yang berguna. kerana, aku dan kita semua, manusia yang leka dan alpa. leka dan alpa, bukanlah itu dijadikan alasan, cuma membangkitkan kesedaran bahawa manusia itu tidak dapat hidup dengan sendirinya.

dan, perjalanan ini masih jauh lagi. kewajipan dan tanggungjawab semasa dan yang sedang menanti di kemudian hari, perlukan persiapan selengkapnya daripada diri ini dan kelompok ini. kelompok KITA ini.

"kalau bukan kita, siapa?"
"kalau bukan sekarang, bila?"

lagi dan lagi, peringatan buat diri ini.

mudahan kita semua sentiasa mendapat hidayah-Nya dalam memilih arah perjalanan dalam hidup kita. ameen.

wallahu'alam.

Friday, June 08, 2007

semester ini

salam!

hari ini jumaat. baru sahaja selesai kelas yang terakhir untuk semester ini pada pukul 1 tadi. dan, berakhirnya sesi semester 1 ini, maka menjelanglah musim peperiksaan semester 1. insyaAllah, bermula isnin ini, aku dan pelajar2 lain, akan menduduki peperiksaan semester 1. mudah-mudahan dipermudahkan dalam menghadapi soalan2 dan kenangkanlah daku dalam doa kalian. ;P

seperti yang mungkin kalian sedari, UTP telahpun mula bercuti. rakan-rakan seperjuangan dari miri dahulu kebanyakannya sudah meninggalkan utp. ada yang telah selamat sampai di miri. ada yang singgah sebentar di kuala lumpur untuk shopping, bersiar-siar, dan sebagainya. dan aku, insyaAllah akan kembali jua ke miri selepas selesainya peperiksaan semester 1 ini kelak untuk bertemu dengan cuti semester 1.

oh ya, walaupun tiada kebarangkalian untuk ucapan ini dibaca oleh PM yang disegani, aku ingin mengucapkan tahniah atas perkahwinan beliau yang bakal berlangsung esok. mudah-mudahan Pak Lah dan keluarga akan mendapat keberkatan dan mudah-mudahan Malaysia akan terus maju di bawah pimpinan beliau. amin.

erm. aku ada satu lagu yang aku gubah dari lagu "mr. lonely" by akon :

sunyi..
aku di sini..
terasa sepi..
seorang diri..

hehe. kadang-kadang itulah yang aku rasakan. kadang-kadang. pernahkah kalian mendengar istilah "self-fulfilling prophecy" ? erm. kalau aku tidak silap memahamkan, istilah tersebut bermaksud, jika kita menjangkakan sesuatu perkara itu untuk berlaku, perkara itu akan jua berlaku. (err..dari segi psikologi maksud aku. bukan berkenaan 'ramalan tukang tilik'. hehe)

sebagai contoh, inflasi (ataupun yang bemaksud, kenaikan harga secara persisten dalam satu tempoh masa). jika seorang ekonomis meramal akan berlakunya inflasi, maka kita sebagai pengguna akan bertindak terhadap ramalan itu (reaction). jika kita mengetahui harga sesuatu barang(sebagai contoh: gula) akan naik pada masa akan datang, sudah semestinya kita akan membeli banyak gula pada masa ini. untuk membuat stock-up. apabila ramai pengguna membeli gula pada masa ini, permintaan untuk gula akan melebihi bekalan untuk gula (demand exceeds supply / excess demand). maka, bekalan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pengguna. maka, terpaksalah harga gula dinaikkan agar pengguna mengurangkan permintaan terhadap gula. erm. setakat ini, adakah kalian melihat konsep istilah "self-fulfilling prophecy" ini?

(dengan erti kata lain, mun kita DENGAR harga mok nait, n kita PERCAYA harga akan nait, kita akan bli banyak2 kinek tok. implikasinya, bila dah orang ramei2 bli banyak2, barang ya jadi sik cukup kat pasaran n harga pun BENAR-BENAR nait). hehe.

see, it is a self-fulfilling prophecy right?

apa kaitan? hehe. sejak kecil, especially semasa musim-musim peperiksaan (UPSR,PMR,SPM), di kem-kem motivasi, seringkali diungkapkan kepada kita, if we SAY we can do it, we BELIEVE that we can do it, insyaAllah, we can ACTUALLY do it. why? kerana, apabila kita telah PERCAYA, mekanisme badan dan pemikiran kita akan memberi REACTION ke arah mencapai atau merealisasikan apa yang kita PERCAYA. tanpa kita sedari. dipendekkan cerita, semua ini kerja 'sub-conscious mind' , (dengan izin Allah jua lah hendaknya). dan begitulah sebaliknya, if we SAY we can do it, but we DON'T BELIEVE in it, don't be surprise if we ACTUALLY CAN'T do it. but surely be surprise if we can do it.

apa kaitan lagi? bukan dari segi perjuangan dalam pelajaran ataupun kerjaya sahaja konsep ini boleh dikaitkan. tetapi, yang tidak patut diabaikan, dalam hubungan sesama manusia. hablu minannas.

CONTOH, sebagai contoh, jikalau kita mengatakan kepada diri kita bahawa orang tidak suka kepada kita dan kita PERCAYA yang orang tidak suka kepada kita, maka, implikasinya, mentaliti kita akan memberi REACTION terhadap kepercayaan kita itu. mungkin, kita akan menjauhkan diri dari orang itu, sedangkan HAKIKATNYA orang itu tidak pun seperti yang kita fikirkan. jadi apa yang berlaku seterusnya? orang itu mungkin akan merasa perubahan pada diri kita, dan mungkin menganggap kita pula yang tidak suka kepada mereka. akhirnya, perkara yang yang kita PERCAYA pada awalnya (iaitu orang tidak suka kepada kita dan sentiasa menjauhkan diri daripada kita) akan benar-benar berlaku pada akhirnya. (tapi HAKIKATNYA tidak begitu, bukan?)

mungkin benar, kita adalah apa yang kita fikirkan.

apa kaitannya lagi dan lagi ? aku menaipkan ini secara general. secara umum. aku akui, KADANG-KADANG aku juga terpedaya dengan kerisauan dan kebimbangan yang membinasakan. fuhh. mentaliti boleh memanipulasi. konklusinya, jika kita berfikiran POSITIF, insyaAllah, positiflah hasilnya. dalam apa jua situasi kehidupan sekalipun. pelajaran, kerjaya, perhubungan, dan sebagainya.

lagi satu lagu popular yang memberi refleksi tentang mentaliti dan reaksi (reaction) :

" jika kau FIKIRKAN kau boleh,
kau hampir boleh melakukan,
jika kau FIKIRKAN ragu-ragu,
usahamu tidak menentu

jika kau FIKIRKAN kekalahan,
kau hampiri kegagalan,
jika kau FIKIRKAN kemenangan,
kau hampiri KEJAYAAN

engkaulah apa kau FIKIRKAN,
terkandung dalam PEMIKIRAN,
berfikir boleh melakukan,
kau BOLEH

PERCAYA apa kau lakukan
tabah apa USAHAKAN,
BERTINDAK atas kemapuan,
kau BOLEH !
kau BOLEH ! "

lama sudah tidak mendengar lagu ini. aku tidak pasti sama ada susunan lagu yang aku taip ini betul mengikut susunan atau tidak. jika berlaku ralat, harap dimaafkan. hehe.

akhir kata, peringatan lagi untuk diri ini, bak kata bijak pandai,

" Usahlah bimbang jika kita tidak dihargai, tetapi kita
perlu bimbang jika kita tidak berharga lagi"

what we can GIVE is far more important that what we can GET from what we give.

wallahu'alam.

:o)

Friday, May 18, 2007

Pelayaran hidup

erm. semalam, aku baca satu post di saifulislam.com. dan membuatkan aku terfikir.

hidup kita umpama sebuah pelayaran? mungkin. pelayaran di tengah-tengah lautan yang luas, jauh dari daratan. bayangkan, jika sebuah kapal tersadai di tengah lautan, tidak tahu hendak menghala ke mana, dan membiarkan sahaja diri dibawa arus lautan, entah menuju ke mana-mana destinasi. bagaimana jika hidup kita begitu? berapa lama masa yang perlu diambil untuk sampai ke daratan, ke destinasi agar kita dapat berpijak di bumi nyata?

aku rasa, kadang-kadang, hidup aku begitu. aku tenggelam di tengah lautan, dek pukulan arus yang kuat. aku tidak dapat mencari jalan keluar untuk sampai ke daratan. mengapa? kerana aku membiarkan sahaja kapal layarku dibawa arus. ke timur, ke barat, ke selatan, atau ke utara. aku tidak mengumpulkan seluruh tenagaku untuk berkayuh menuju ke satu-satu destinasi yang tertentu. jikalau berkayuh pun, tidak sesungguh-sungguhnya. bagaimana akan aku sampai ke destinasi, jika seringkali haluanku diubah arus?akhirnya, pusing-pusing, di situ juga kembalinya. tersekat di tengah lautan.

pelayaran ini, perlu digunakan segala kekuatan. seluruh tenaga perlu kita gunakan untuk mengayuh laju. menuju ke destinasi yang hendak dituju. menongkah segala arus yang mendatang. biar kapal tenggelam, kita masih boleh berenang. yang penting kekuatan dan keinginan yang padu. berkayuhlah ke satu arah yang tetap sehingga sampai ke daratan.

mungkin, 100 meter lagi menuju daratan, destinasi yang telah ditemui, tidak indah pada pandangan mata, tidak seperti yang pernah dijangka. teruskan kayuhan, berpijaklah di daratan itu dahulu. usah pesimis, usah berputus asa jika destinasi yang ditakdirkan jauh daripada apa yang pernah digambarkan. bayangkan, 100 meter lagi menuju daratan, jika kita berputus asa. impaknya, kita akan kembali hanyut dalam arus yang bergelora.

kerana, segala kekuatan telahpun kita curahkan untuk sampai ke destinasi itu, dan dalam jarak 100 meter itu, jika kita baru hendak membuat keputusan untuk tidak berpijak di sana, bayangkan apa yang akan terjadi? dengan keadaan yang lemah dan kehabisan tenaga dan jika ditambah dengan putus asa, maka punahlah kita. lemaslah kita dalam lautan itu. mengapa tidak kita cepatkan kayuhan, agar cepat sampai ke daratan. menjadikan daratan itu sebagai satu persinggahan untuk kita, untuk kita mengumpulkan kembali tenaga, mengambil pelajaran berguna sebagai bekalan untuk kita meneruskan pelayaran yang seterusnya.

mungkin, dalam pelayaran menuju ke destinasi yang sebenarnya, kita akan kerapkali tersadai di daratan-daratan yang kita rasakan tiada maknanya dalam hidup kita. sesungguhnya, tentu ada hikmah di sebalik segalanya. oleh itu, optimis dan positiflah sentiasa.

ke mana-mana pun kita akan menuju, ke mana-mana pun kita akan belayar, belayarlah dengan selajunya dan sehabis baiknya. dan jangan sekali-kali berhenti di tengah lautan dan berserah pada takdir semata-mata.

"... Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila dikehendaki oleh Allah keburukan kepada sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolak, dan tidak ada pelindung bagi mereka selain daripada-Nya..." 13:11

lagi dan lagi, peringatan untuk diri ini.

wallahu'alam.

Friday, May 11, 2007

kesiankah Podachit?

haha. just wondering...does Podachit really have a good friend? no need to talk about being the best friend, i bet Podachit's so-called friend don't even qualify as a good friend. sounds cruel eh? sorry seh. we are neither a good friend to our friends also.

how to measure a friend is a good friend or a bad friend?

simple, a friend is someone who cares for Podachit. who wants the best for Podachit. now and hereafter.

pathetic, if Podachit considers a friend is someone who is always willing to hear to Podachit. to wipe Podachit's tears. who speak softly to Podachit. who will never hurt Podachit.

if Podachit doesn't want to be hurt, Podachit will never find a true friend. if Podachit accepts someone as Podachit's friend, what Podachit should expect from Podachit's friend is 'amar ma'ruf nahi munkar'. i know, easier said than done. yeap, sometimes there are certain things that were wrong that Podachit was never had the courage to speak it to Podachit's friend. if that is the case, it is because Podachit did the same mistake too. so, at this point then Podachit can say about.."that's what a friend is for.."

friends should be a complement to each other. what kind of complement? Podachit should remind Podachit's friends if they did something wrong or things that are forbidden. maksiat. and a good friend of Podachit must also reminds Podachit if Podachit did something wrong and which is forbidden. why should Podachit do so? and why should Podachit's friend also? so that they will become the true friend fiddunya wal akhirah.

this is the fact that i really hate. making me sad. forgetting the sadness after a little while of happiness. temporarily happiness. the happiness to hide the untruthfulness. Podachit's friend was kind to Podachit. Podachit's friend never talk bad behind Podachit. Podachit was also very kind to Podachit's friend. Podachit's friend said that Podachit is angelic. Podachit smiles. with a broken heart. what was that words for? don't Podachit's friend realise that Podachit is not angelic, actually? nobody is angelic. except for malaikat serta nabi dan rasul yang maksum.

do you understand that feeling, like what Podachit is feeling, the feelings when Podachit knows that Podachit's friend is doing bad things, still, Podachit laugh together with Podachit's friend. just because Podachit's friend has never done bad things to Podachit and never talk bad about Podachit doesn't mean Podachit can give all the green-lights to Podachit's friend to continue doing inappropriate and fobidden things. right? what the herghkt is that? tutup sebelah mata? ignorance? does a friend ignore? don't you think that Podachit is actually ignoring Podachit's friend? don't you think that Podachit never cares if Podachit's friend is going to suffer in the hereafter life due to all the wrong-doings that was by done by Podachit's friend in this life? neraka to be specific. is it neither Podachit nor Podachit's friend believe about the judgement day? don't you think that Podachit is neglecting Podachit's responsibility in 'amar ma'ruf, nahi munkar'? what do you feel if you're Podachit? neglecting + ignorance. under the mask of kindness, caring, happiness, and maybe friendship.

there is this one book. written by Prof. Yusuf al-Qardhawi. i only managed to read the first few subtopics in the book. i left the book at my house in miri. honestly, i feel the book contains a very heavy writings. maybe that's why i stop reading the book at the moment, because i'm not ready yet. shame on me! completing the book means gaining some knowledge, and also realising that as a the servants of Rabb, we have a bigger responsibility than what we know all this time. knowing what our responsibilities are meaning we should move towards fulfilling the responsibilities. about the responsibilities and priorities of a muslim. there are some stages of priority that a muslim should know. well, i forgot the order. but one of the top priorities are our ummah. after Allah and Rasulullah. in that book, he said that, nowadays there are so many muslims don't know what their priorities are. eventhough they know what their responsibilities are ; meaning rukun islam n rukun iman ; doesn't mean they know their priorities.

in one of his example, he said that many millionaires and billionaires went to perform their umrah and haji every year. they make performing haji as their annual activity. they even sponsored some of the poor to perform umrah and haji. no doubt that this is a good deed. the question is, are they putting their priorities right? in rukun Islam, performing haji is a must, but dengan syarat : berkemampuan dari segi fizikal dan kewangan. this is where people have put their priorities not in the right place.

kewajipan menunaikan haji telahpun dipenuhi memadailah dengan menunaikan haji buat kali pertama. ya, tidak salah jika ada orang-orang yang berkemampuan untuk melakukan haji buat kali kedua, ketiga, dan seterusnya. tetapi, alangkah lebih molek, jika sumber yang digunakan untuk menunaikan haji berkali-kali itu disalurkan untuk membina sekolah-sekolah. rumah anak-anak yatim. mahupun membantu Palestin yang dianiaya kafir laknatullah. hal ini kerana, antara 2 kebaikan yang dituntut iaitu, menunaikan haji dan memabangunkan ummah, ternyata pembangunan ummah lah yang lebih utama. ummah akan sejahtera jika ummah membangun. ummah perlu kekuatan untuk bangkit menentang penindasan. ummah perlu berilmu untuk maju.

hanya setakat itu yang telah aku baca. :(

apa-apa pun, sama-samalah kita berusaha ke arahnya. andai di suatu ketika, kita hilang punca, kembalilah pada tujuan sebenar hidup kita.

cuma ingin merefleksi, sejauh mana yang telah dilakukan diri-diri kita yang khilaf ini dalam memenuhi tanggungjawab terhadap ummah. kita mungkin mampu melaksanakan amar ma'ruf, tetapi mengatakan nahi munkar seolah-olah tersekat di pangkal kerongkong. hendak dimuntahkan, tetapi lebih rela ditelan semula kerana malu yang tidak diletakkan pada tempat yang sebetulnya!

malu kerana diri kita tidak layak untuk menegakkannya tetapi tidak malu pula atas perbuatan kita yang menyebabkan kita tidak layak untuk menyempurnakannya. jadi, sentiasa, segalanya bermula dalam diri kita. jika tiada orang ingin berubah demi diri kita, maka kita perlunya berubah untuk diri kita sekalipun kita akan menjadi sebahagian yang asing daripada diri mereka. biar asing pada pandangan manusia, jangan asing pada pandangan Pencipta. kerana pada-Nya lah kembalinya kita.

sesungguhnya, coretan ini adalah untuk peringatan dari diriku untuk diriku. jika sudi berkongsi bersama, tiada jua salahnya. andai kalian melihat diri ini bicara sahaja tanpa pernah melaksana, cebiklah diri ini, malukanlah diri ini, di depan diri ini agar diri ini tidak alpa.

jangan mudah menghukum sehingga melupa hukum yang telah ditentukan-Nya.

wallahu'alam.

Monday, January 15, 2007

rentetan peristiwa

[ welkam! nafas baru untuk blog ini. kombinasi warna-warna baru. berbeza dengan sebelumya walaupun ada kesamaannya ]
mukadimah : hari ini aku bermain NFS Carbon (hehe..game lumba kereta). sebelum ini aku tak berminat. fuhh. dengan peruntukan yang ada, aku mulakan career dan mengubahsuai kereta aku. err..aku tak pasti model apa kereta yang aku gunakan. hehe. warna biru muda. metallic. perlumbaan demi perlumbaan aku join. hehe. dapat banyak peruntukan. boleh 'upgrade' lagi kereta aku. kena tangkap polis pun ada. hehe. inilah aku. kalau terlalu lama di depan skrin, pening kepala. kerana itulah aku kurang gemar terhadap game. kalau outdoor games, ok la. dapat sihatkan tubuh badan. tambahan lagi, aku memang gemar bersukan. cuma, sudah sekian lama ditinggalkan dunia kesukanan.
hujan. agak lebat di luar sana. dan kini. tengah malam. dan aku, sekali lagi, menaip di depan pc ini. petang semalam, kerana kesilapan teknikal, sedikit minyak masak panas tertumpah. ke atas kaki aku. dengan segera, aku menuju ke bilik air dan membasahkan kaki aku denga air pili. sejuk. aku biarkan beberapa ketika. aku tidak ingat dari mana aku mendapatkan tips itu. jika melecur (terkena benda panas), dengan segara, basahkan dengan air pili. jangan disapu dengan 'colgate' etc. yang biasanya aku lihat dilakukan oleh orang-orang yang tiada pengetahuan first aid kid. hehe. alhamdulillah, kaki aku sihat-sihat sahaja, walaupun terasa panas sedikit.
dengan izin Allah s.w.t jua, aku akan mendaftarkan diri ke taylors koles, subang jaya, rabu ini. semuanya bermula sebelum spm lagi. aku dan sejumlah rakan persekolahan, diberi peluang untuk memohon menggunakan keputusan trial (pelajar ktdthb menggunakan forecast result)untuk menyertai educamp petronas. tambahan pula, aku merupakan sebahagian kakitangan petronas. mungkin faktor itu, aku berpeluang. alhamdulillah.
jika diteliti, ramai kawanku yang berbakat dan berkebolehan, tidak ditakdirkan untuk ke educamp tersebut. sesungguhnya, semuanya ketentuan Allah. ada ura-ura mengatakan, pemilihan ke educamp dibuat secara rambang kerana terlalulah ramainya yang memohon. erm. wallahu'alam.
aku tidak mengiyakan juga tidak menidakkan pernyataan tersebut. i'm neutral. kerana itu adalah sebahagian daripada pengetahuan yang hanya dimiliki oleh Allah s.w.t dan orang-orang yang dikehendaki-Nya sahaja. aku dan mungkin juga kalian, terkecuali.
aku ada seorang rakan dari jauh. memohon untuk ke educamp dengan keputusan stret A dalam trial spm. dan dia mengambil 12 subjek dalam spm. dan menurut yang aku dengar, seorang yang aktif dalam kokurikulum. tetapi, tidak ditakdirkan untuk menyertai educamp. dan ada lagi yang aku dengar, dari seorang kenalan baru, terdapat rakan sekolahnya yang tidak stret A dalam trial, berjaya ke educamp. dan selepas semua itu, aku tidak menafikan. aku juga tertanya-tanya bagaimana pemilihan dibuat. namun hanya sekadar itu. bukan hak aku untuk mempersoalkan. yang pasti, semuanya adalah ketentuan Illahi.
seramai lebih kurang 900 orang menyertai educamp yang berpusat di utp (tronoh, perak) dan hanya 65 orang untuk pusat sabah/sarawak di mrsm kuching.
dan aku. juga bukan golongan stret A dalam trial spm. cuma, kelihatan baik dengan 'forecast result'. dari segi perkataan, kalian mampu memahami erti 'forecast'. dan tafsirkanlah sendiri.
kemudian, dalam minggu kedua menduduki peperikasaan spm sebenar, aku mendapat berita daripada bapa kawanku, nama yang tersenarai pendek untuk ke educamp. di sekolah turut dikhabarkan berita tersebut. tidak dinafikan, ada yang merasa telah berlaku 'bias' di sebalik senarai itu. dan sekali lagi aku, tidak mengiyakan mahupun menidakkan. profesional. apa yang pasti, senarai itu adalah ketentuan Illahi. yang ada hikmah di sebalik setiap ciptaan-Nya.
kira-kira seminggu selepas spm selesai, educamp dan temu duga pun dijalankan. dan begitulah kisahnya.
hari demi hari. menjadi penantian yang tidak dinantikan senanti-nantinya olehku. aku pada awalnya, tidak meletakkan apa-apa harapan tinggi. bagiku, itu adalah percubaan pertamaku dalam ditemu duga. dengan berbekalkan pengetahuan yang seciput, aku mendepani temu duga. bagiku, alhamdulillah jika diterima. jika sebaliknya, sekurang-kurangnya, aku punya pengalaman yang berguna dan kenalan-kenalan baru yang baik-baik belaka. sesungguhnya, sekali lagi, sememangnya ketentuan Illahi. rakanku menelefon dan mengatakan keputusan temu duga telah dikeluarkan di internet. dan dengan memasukkan no. KP beserta password, laman yang berkenaan aku buka. alhamdulillah, suatu yang tak terduga. aku diterima. dan begitulah seterusnya. hingga kini, aku menerima.
penerimaan yang sebenarnya tak seberapa. aku berasa diuji oleh-Nya. dan aku tidak pasti aku melaluinya dengan bagaimana. lagi dan lagi, kelemahan diri ini terus ketara. aku mahu membaikinya. dengan harapan, aku punya peluangnya. agar tidak merana di dunia seterusnya. sini dan sana, aku meneroka. ya, aku temui pelajaran berguna. sayang dan sayang, tidak tersedia untuk mengaplikasikannya. hanya mampu disemat di dada.
perjalanan aku teruskan jua.
benar seperti yang pernah dituliskan kawanku, "we talk the talk, but we don't walk the walk"
lain di kata, lain yang di rasa. yang terluah, bukan apa yang mampu dirasa.
benar seperti yang perumpamaan yang diperkenalkan oleh ustaz, "iman manusia kini, hanya senipis kulit bawang. dan mungkin, lebih nipis lagi"
betapa sedihnya.
cinta. dunia ini penuh dengan cinta. tetapi, di mana cinta teragung di mata manusia. mencintai Allah dan Rasulullah, melebihi segalanya. hingga terkalahkan cinta pada diri dan dunia. itulah cinta agung yang dimiliki para salafussoleh.
kita? tepuk dada, tanya iman. wallahu'alam.
[nota kaki : menurut laman http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/istilah%20fekah/default_4.htm , salafussoleh ialah;
tiga generasi terbaik yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w. Umat Islam akan selamat selagi mereka mengikut jejak langkah tiga generasi ini. mereka ialah, sahabat, tabiin dan tabi' tabiin. ]
kini, aku cuba seadanya. meneruskan langkah dengan gagahnya.
yang tersimpan di jiwa, yang sentiasa terbayangkan di minda, yang tak terjangkau dek akal sehingga qada' dan qadar Allah merealitikannya, akan tetap menjadi 'biarlah rahsia'.
dengan keyakinan yang sangat diinginkan ; pasti ada hikmah di sebaliknya.
sesungguhnya, Allah Maha Luas Pengetahuan-Nya, hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya..
catatan rentetan peristiwa, sekadar cetusan rasa. buat pedoman diri di hari seterusnya. mudahan dimanfaatkan pengajarannya. agar bahagia dengan bahagia.
yang baik itu dari Allah datangnya.
segala kekurangan, kekhilafan diri yang kian terasa
wallahu'alam.

Saturday, December 30, 2006

...no idea...

erm. no idea. msn messenger. ada masalah kesihatan. mungkin sebab main hujan. aku tgh dengar lagu 'nafsifida' tatkala aku menaip perkataan-perkataan ini. hehe. sampai sekarang aku tidak memahami. apa maksud lagu ini (bukan yang tersirat. tersurat). perbezaan bahasa. lagu ini aku dapat ketika menyediakan slideshow utk BPI'06 (ppik merupakan salah satu kenangan terindah aku). layan sahaja lah lagu ini. harapnya aku berpeluang untuk memahami lagu ini suatu masa kelak. mendalami keindahan bahasanya. insyaAllah.
[nampak sungguh aku tidak ada idea kala ini]
erm. aku bukan insan sempurna. bukan insan yang miliki segalanya. insan. semua insan begitu. jika dunia miliki kesempurnaan. kenapa ada penderitaan? kenapa. bukan bermaksud mempersoalkan. cuma cuba membawa kepada penghayatan. pemahaman. penilaian. penerimaan. dan syukran.
aku pernah bertanya- kenapa? kenapa untuk pelbagai perkara dan dilema. dan aku tidak mendapat jawapannya. perlukah setiap kenapa itu ada yang menjawabnya? kalau begitu, terlupuslah segala persoalan dunia.
kenapa bertanya kenapa? tanyalah kenapa, asalkan bukan untuk mempersoalkan. kepercayaan dan keyakinan. perlu dipelihara. berlandaskan keyakinan itu. cuba rungkaikan segala persoalan yang menghambat jiwa. bukan mempersoalkan. lebih kepada mencari sinar yang tersembunyi di sebaliknya.
ergh. sounded too serious. kinda mendirikan rambut halus di tengkuk. erm. this not-really-something-to-do-somtimes-nothing-to-do period has...affected me? or effected me? (which one is correct eh?) i read some novels. malay novel. i read friend's blogs. what else did i do? (of course i do eat, sleep, watch tv, etc.)
[again. no idea]
apabila kita berkenalan dengan seorang manusia itu. tidak semestinya kita mengenalinya. apabila seorang manusia itu dikenali ramai manusia. tidak semestinya manusia itu terkenal.
siapa kenal sesiapa? kesimpulannya, tidak elok untuk menduga. cuba terima. itu sebaiknya.
[bila larut malam..lalala..]
gagahnya seorang manusia. bukan bermakna dia memiliki kegagahan. hinanya seorang manusia. bukan bermakna dia hidup kehinaan.
[erm. isi tersirat : apa yang dimiliki seseorang tu, bukan dia punya sebenarnya. macam, mungkin seseorang tu kaya, tapi kekayaan tu bukan dia punya. Allah Al-Ghaniy. yang 2nd tu, contoh: perompak. hina kerja merompak. tapi seorang perompak tak merasa hina pun kan? kalaulah perompak merasa hina, adakah perompak akan merompak?]
in easy word, what we see, sometimes, is not what it seems to be.
manusia ada pelbagai rupa. terpulang, bagaimana mahu dia menjelmakan dirinya. mungkin sekadar berpura-pura. mungkin ilham, cetusan rasa. ikut selera. mungkin sekadar bersahaja. mungkin itu manusia sebenarnya. kadang-kadang, manusia tidak merancangnya. kadang-kadang manusia merencana, Maha Kuasa menentukannya. begitu manusia menjelmakan dirinya. kadang-kadang manusia keliru siapa dirinya. jangan sampai manusia terpedaya.
usah diduga siapakah seseorang manusia itu. mungkin manusia tidak minta begitu. mungkin manusia cuba menjadi manusia itu. menjadi manusia yang dilihat sebagai manusia itu! manusia itu yang tertakluk pada yang SATU.
[aku tetap aku][tunjuki aku dan jangan biarkan aku, andaikata aku bukan lagi aku]